Wadah PELANCAR Edisi April 2019

11 KOPERASI

gemilang,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian di hadapan 145 anggota Koperasi Harapan Mutiara Pulau Pinang Berhad. Sementara itu, Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah dalam ucapan aluannya turut menyarankan agar Koperasi Harapan Mutiara Pulau Pinang Berhad memberi tumpuan kepada aktiviti perniagaan berskala tinggi dan berperanan sebagai pengeksport barangan dan perkhidmatan untuk pasaran luar. “Saya menyeru kepada anggota koperasi supaya mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan secara lebih berkesan dan kepimpinan yang jujur agar

Tumpu Perniagaan Berskala Tinggi Oleh : AIZAL AZIZAN SAJARI

M esyuarat Agung Tahunan Pertama Koperasi Harapan Mutiara Pulau Pinang Berhad menempa sejarah tersendiri apabila dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna, YB Datuk Seri

Saifuddin Nasution pada 2 Mac lalu di Perai, Pulau Pinang. YB Menteri dalam ucapan perasmiannya telah melahirkan hasrat agar gerakan koperasi dapat membantu kerajaan dalam menangani masalah utama rakyat iaitu peningkatan kos sara

hidup dan kenaikan harga barangan keperluan pengguna. “Saya percaya menerusi kerjasama dengan ANGKASA, koperasi mampu memberi sumbangan yang lebih tinggi kepada ekonomi negara dan melakar masa depan yang lebih

berupaya membawa koperasi ke tahap yang lebih moden dan maju,” jelasnya. Turut hadir dalam majlis itu ialah Pengerusi JPAN Pulau Pinang, Haji Mohd Jamil Othman dan Pengerusi Koperasi Harapan Mutiara Pulau Pinang Berhad, Tuan Syed Azmi Ahmad Syed Nazir Ahmad.

Semakin Hampiri Sasaran Perolehan RM1 Juta Koperasi SMK Subang Bestari Shah Alam Berhad Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ

P residen ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah, telah mengadakan ringkas ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Subang Bestari, Selangor bagi meninjau perkembangan perniagaan koperasi sekolah berkenaan yang diletakkan sebagai antara koperasi berpotensi untuk menjana perolehan RM1 juta menjelang tahun 2020. Koperasi SMK Subang Bestari Shah Alam Berhad merupakan salah sebuah daripada enam buah koperasi sekolah yang disasarkan bagi negeri Selangor selain koperasi–koperasi dari SMK Seri Puteri, SMK Bandar Baru Sungai Long, SMK Taman Jasmin 2, SMK Jalan Tiga dan SMK Sultan Alam Shah. Pengetua SMK Subang Bestari, Encik Bahrudin Mustar berkata, perolehan koperasi itu pada tahun 2018, berjumlah RM802,418.00 dan meletakkan sasaran melebihi RM1 juta pada tahun ini. Jelasnya, selain bidang perniagaan kunjungan yang pelbagai, jumlah kakitangan dan pelajar yang berjumlah 3,000 orang, turut menyumbang kepada perolehan yang tinggi. Mereka merupakan nadi

dan tulang belakang kepada kejayaan koperasi sekolah itu. Ketika beliau meneraju koperasi sekolah itu pada tahun 2015, pendapatan koperasi sekitar RM400 ribu. Setahun kemudian meningkat kepada RM600 ribu dan pada tahun 2017, perolehannya melebihi RM800 ribu. Sebanyak 80 peratus perolehan koperasi adalah

» Dato’ Abdul Fattah melawat kedai koperasi semasa urusan jual beli

Katanya, ANGKASA akan terus memberi sokongan dan bantuan kepada gerakan koperasi sekolah terutamanya dalam mengembangkan perniagaan sekolah. Sekiranya tercapai matlamat mendapat perolehan RM1 juta, ANGKASA akan mengiktiraf sekolah itu sebagai Koperasi Sekolah Jutawan. Tambah beliau, koperasi sekolah perlu berani mengambil risiko dalam bidang perniagaan, termasuklah berani melabur dan berdikari dalam mengumpulkan dana. Anggota koperasi yang terdiri daripada pelajar juga, diharap dapat meningkatkan kesungguhan dalam ilmu keusahawanan koperasi.

kiosk, tempat letak kereta untuk guru dan kakitangan, menyumbang wayar sambungan kepada bazar makanan, mengadakan program kitar semula, menyumbang jersi sukan dan meningkatkan sumbangan untuk kebajikan. Terdahulu, Dato’ Abdul Fattah berkata, kesemua sekolah tersebut, merupakan sebahagian daripada 2,406 buah koperasi sekolah di seluruh negara. Sehingga kini, terdapat sebanyak 276 buah koperasi sekolah di negeri ini, membabitkan keahlian seramai 268,204 orang. Aset bagi semua koperasi berjumlah RM43 juta dan menyumbang perolehan pendapatan sebanyak RM42 juta.

hasil jualan makanan, minuman, alat tulis, hamper dan pakaian sukan manakala 20 peratus lagi daripada perkhidmatan lain seperti menyediakan perkhidmatan bas, percetakan dan lain-lain. Koperasi juga turut menjalankan perniagaan runcit secara atas talian, melibatkan pelbagai produk seperti pakaian, makanan, peralatan elektrik untuk guru dan kakitangan, yang menjadi penyumbang kepada perolehan terbesar koperasi sekolah itu sejak tiga tahun lalu. SMK Subang Bestari juga berharap dapat menyumbang buku dan lain- lain keperluan kepada sekolah lain, selain berhasrat untuk membuka

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease