Wadah PELANCAR Edisi April 2019

2

ANGKASA

Bantu Koperasi Dapatkan Pensijilan MSPO

U saha ANGKASA untuk membantu 19 buah koperasi mendapatkan pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) terus dibawa ke peringkat menteri menerusi satu kunjungan hormat ANGKASA, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Malaysian Palm Oil Certification Council (MPOCC) bertemu Menteri Industri Utama, YB Puan Teresa Kok Suh Sim di pejabat beliau di Putrajaya pada 18 Mac 2019. Turut hadir ke pertemuan tersebut ialah Timbalan Menteri Industri Utama, YB Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Menteri Industri Utama, YBrs Encik Toisin Gantor. Pensijilan MSPO adalah amat penting untuk koperasi yang terlibat dalam industri sawit bagi memastikan tiga perkara iaitu memenuhi matlamat negara ke arah penghasilan produk sawit mampan, memenuhi permintaan pasaran antarabangsa yang berkehendakkan produk sawit yang mampan dan memastikan penerimaan minyak sawit Malaysia oleh pasaran global. Oleh : NADIAH KAMARUDIN M ajalah PELANCAR yang diterbitkan setiap bulan sejak Februari 1974 kini telah memasuki fasa baharu penerbitannya seiring dengan arus perubahan dan kemajuan medium informasi dan sumber maklumat. Pengisian informasi yang dipaparkan dalam bentuk tabloid juga turut diterbitkan secara digital melalui aplikasi mudah alih PELANCAR dan kini boleh diakses secara percuma dengan memuat turun menerusi Google Play atau Apple Store. Seiring dengan populariti yang wujud di media sosial, ANGKASA menerusi Facebook rasmi “ANGKASACoop” juga akan dilengkapi dengan pelbagai segmen menarik bagi mengimbangi penyaluran berita-berita terkini sektor koperasi. Rangkaian sumber maklumat yang lebih pantas dan meluas membolehkan koperasi meneroka peluang merangkumi pelbagai skop sosioekonomi dan peluang-peluang perniagaan secara lebih menyeluruh. ANGKASA mahu perkongsian maklumat tersebut dapat memberi manfaat secara langsung kepada gerakan koperasi negara seperti

Pensijilan MSPO yang diterima oleh koperasi membuktikan bahawa produk sawit yang dikeluarkan oleh koperasi tersebut memenuhi tiga elemen kemampanan; People (Manusia), Planet (Alam Sekitar), dan Profit (Keuntungan) Dalam pertemuan tersebut, YB Puan Teresa turut menyokong cadangan ANGKASA untuk berperanan sebagai badan pensijilan MSPO oleh MPOCC dan sebagai agensi bagi pekerja asing dalam usaha membantu koperasi menangani masalah kekurangan tenaga buruh ladang. Kunjungan hormat ANGKASA telah diketuai oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah. Beliau diiringi oleh Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd. Shukree Che Isa dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya. Wakil dari MPOB diketuai oleh Pengerusinya, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Bakke Salleh; Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr. Ahmad Kushairi Din dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Palm Oil Certification Council, Encik Chew Jit Seng.

» Kunjungan hormat ANGKASA yang diketuai oleh Presidennya, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah (tiga dari kiri) bertemu Menteri Industri Utama, YB Puan Teresa Kok Suh Sim (dua dari kiri) turut memberi peluang kepada ANGKASA untuk membentangkan secara lebih terperinci mengenai peranan dan hala tujunya sebagai badan puncak Gerakan Koperasi Negara.

» Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah bersalaman dengan Timbalan Menteri Industri Utama, YB Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin selepas selesai perbincangan antara pihak ANGKASA, MPOB dan MPOCC dengan pihak Kementerian Industri Utama

ANGKASA Kukuhkan Kerjasama Berterusan dengan JANM Oleh : NADIAH KAMARUDIN

Dari Meja Presiden

Kunjungan hormat tersebut turut memberi peluang kepada ANGKASA untuk membentangkan secara lebih terperinci m e n g e n a i peranan dan hala tujunya sebagai badan puncak Gerakan

mengambil memasarkan produk dan perkhidmatan koperasi ke luar negara. Koperasi berpeluang untuk peluang mengiklankan perniagaan menerusi PELANCAR dengan kadar bayaran yang sangat kompetitif sama ada di peringkat domestik mahupun luar negara melalui segmen khas ‘Coop Malaysia Update’ yang disiarkan menerusi aplikasi mudah alih dan juga di laman sesawang rasmi ANGKASA (www.angkasa.coop) Justeru, pengisian platform informasi yang dijayakan melalui pendekatan yang dibuat oleh PELANCAR diharap dapat memberi peluang dan kemudahan kepada koperasi dalam usaha untuk melancarkan lagi program pembangunan perniagaan koperasi.

» Datuk Saat Esa (tengah) bersalaman dengan Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah ketika mengadakan kunjungan hormat ke pejabat beliau di Putrajaya.

J abatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) sedia memberi jaminan kerjasama dalam memastikan perkhidmatan potongan gaji penjawat awam yang disediakan ANGKASA berjalan dengan lancar. Demikian menurut Akauntan Negara, Datuk Saat Esa kepada delegasi ANGKASA yang hadir dalam satu kunjung hormat bertemu beliau di Putrajaya, 14 Mac lalu. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah yang mengetuai kunjungan hormat tersebut menyambut baik kerjasama tersebut di samping menyatakan penghargaan ANGKASA kepada JANM yang terus memberi kepercayaan kepada ANGKASA untuk menguruskan proses pemotongan gaji membabitkan lebih daripada tiga juta akaun milik kakitangan awam. Sebagai rekod, ANGKASA menerusi Biro Perkhidmatan ANGKASA telah menyediakan perkhidmatan tersebut sejak tahun 1977.

Koperasi Negara. Selepas selesai pembentangan tersebut, Datuk Saat turut menyatakan rasa bangga beliau terhadap pelbagai usaha dan inisiatif yang digerakkan oleh ANGKASA dalam membangun serta merangsang perniagaan koperasi di seluruh negara dan pada masa yang sama prihatin terhadap pembangunan sosioekonomi masyarakat Turut serta dalam kunjungan itu ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail; Penasihat Korporat (Sektor Kerajaan) ANGKASA, Datuk Ahmad Jamil Hashim; Penasihat Korporat Kewangan ANGKASA, Puan Rihatun Abddah Meor Zainal Abidin; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Perniagaan Operasi ANGKASA, Datuk Haji Abdullah Haji Jusoh.

SIDANG PENGARANG Presiden Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah

Pengurus Besar Bahagian Sekretariat Halim Haji Ibrahim Pengurus

Pruf Dan Rekaletak Haji Anuar Ismail Datin Hajah Fauziah Zainal

Timbalan Presiden Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail

Mohd. Zakuan Azmi Penolong Pengarang Nor Azah Abd. Aziz Wan Adlina Wan Ab. Aziz

Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Sekretariat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd. Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam,

Naib Presiden Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan Haji Mohamad Azmi Omaruddin Dr. Mohd. Azlan Yahya Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa Panel Penasihat Editorial Dato’ Haji A. Aziz Deraman Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Haji Nasir Khan Yahaya

Pegawai Media Sosial Nadiah Kamarudin

Pereka Grafik Faizatulliza Mohd. Nor

Selangor Darul Ehsan. Telefon: 03-5101 3388 Faks: 03-5101 3600

Pemberita / Jurugambar Rahmat Mohd. Did Aizal Azizan Sajari

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease