3
ANGKASA
Sistem Kewangan Patuh Syariah
Tingkat Keyakinan Pelanggan Koperasi Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ bagi meningkatkan keyakinan dalam kalangan pelanggan, sekaligus mampu meningkatkan jumlah pendapatan koperasi yang terlibat. Beliau berucap pada Majlis Penutup syariah yang efektif, khususnya dalam memperluaskan tawaran rangkaian produk dan aplikasi pelbagai kontrak syariah bagi memenuhi kehendak pelanggan yang pelbagai. Justeru, dengan peningkatan
Pada konvensyen tersebut, sebanyak 121 Sijil Pematuhan Syariah telah dikeluarkan kepada koperasi bagi tahun 2018 dan ANGKASA menyasarkan tambahan 144 sijil pada tahun ini. . Turut hadir ialah Timbalan Presiden ANGKASA merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Dan Pembangunan Syariah, Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail; Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan dan Pengarah SKM Negeri Selangor, Haji Rusli Jaafar.
permintaan kewangan patuh Syariah dan tumpuan kerajaan ini, koperasi seharusnya mengambil peluang ini dalam menawarkan pelbagai produk patuh Syariah. ANGKASA juga begitu komited untuk membuat transformasi Kewangan Islam daripada kaedah konvensional yang terlibat dengan elemen riba, gharar (ketidakpastian), maisir (perjudian) dan syubhah (kesamaran) kepada kaedah Patuh Syariah dengan menggunakan teknologi terkini. Beliau turut berharap agar
Konvensyen Kebangsaan Kewangan Islam 2019 yang berlangsung di Bangi, Februari lalu. Setakat ini, lebih 200 koperasi kredit telah mendapat pengiktirafan ANGKASA dalam penawaran perniagaan mematuhi
» Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah menyampaikan Sijil Patuh Syariah kepada salah seorang wakil koperasi penerima.
A NGKASA akan memperluaskan Skim Kewangan Patuh Syariah dengan menyasarkan sebanyak 600 buah koperasi melaksanakan skim kewangan 100 peratus patuh Syariah menjelang tahun 2020. Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Cooperative Organisation (ACO), Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, sistem tersebut adalah penting
Sistem Kewangan Patuh Syariah. Menurut beliau, sebanyak RM200 juta jumlah potongan gaji setiap bulan yang dicatatkan oleh koperasi kredit di bawah ANGKASA, melaksanakan skim pembiayaan Kewangan Syariah. Kerajaan kini sedang memberi tumpuan untuk menyokong pelaksanaan dan operasi pematuhan piawaian
konvensyen yang berlangsung selama dua hari itu memberi manfaat dalam usaha untuk mempertingkatkan pematuhan Syariah dalam koperasi dan menginovasikan kewangan Islam.
» Sebahagian peserta konvensyen yang hadir.
Sasar Daftar 100 Ribu Wasiat Menjelang 2020 Oleh : RAHMAT MOHD DID MyANGKASA Amanah Berhad Dato’ Abdul Fattah turut berharap MyANGKASA Amanah mampu
M yANGKASA Amanah Berhad (MAAB) menyasarkan jumlah terkumpul wasiat yang didaftarkan sehingga berakhir tahun 2019 sebanyak 100,000 wasiat dengan nilai pusaka yang bakal ditadbir sebanyak RM10 bilion. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, sasaran itu dijangka mampu dicapai melalui kerjasama perniagaan strategik yang berterusan, perancangan rapi serta pemasaran berterusan dari rakan korporatnya. Seiring dengan matlamat korporat dan tanda penghargaan kepada rakan korporat di atas pencapaian yang telah diperoleh, MAAB telah menganjurkan Majlis Makan Malam dan Anugerah Rakan Korporat MyANGKASA Amanah Berhad di Kuala Lumpur. Majlis tersebut yang dirasmikan oleh Dato’ Abdul Fattah juga bertujuan untuk meraikan kecemerlangan MAAB dalam mengharungi lima tahun pertama sebagai sebuah Institusi Amanah milih penuh ANGKASA.
menambah jumlah koperasi yang menjadi rakan strategik tahun ini daripada lima buah kepada 100 buah. Turut hadir ialah Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi MyANGKASA Amanah Berhad, Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan, Naib- Naib Presiden ANGKASA , Haji Azmi Omaruddin dan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa; Ahli-Ahli Lembaga Pengarah MyANGKASA Amanah Berhad, Haji Sazali Abdul Hamid dan Encik Mohd Darulnizam Mat Darus serta Ketua Pegawai Eksekutif MyANGKASA Amanah Berhad, Dato’ Ahmad Saruji Abdul Aziz. Sebanyak 12 buah rakan korporat dan koperasi MyANGKASA Amanah Berhad menerima trofi dan sijil penghargaan melibatkan dua kategori anugerah iaitu Anugerah Jualan Wasiat Tertinggi 2018 dan Anugerah Kes Rujukan Wasiat Tertinggi 2018. MyANGKASA Amanah Berhad merupakan subsidiari milik penuh ANGKASA yang menawarkan perkhidmatan pengurusan harta pusaka, wasiat, hibah amanah dan khidmat nasihat tanah.
» Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah (tujuh dari kiri) dan Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan (enam dari kiri) bergambar bersama para pemenang pada 1 Mac 2019.
ANUGERAH JUALAN WASIAT TERTINGGI 2018 Anugerah ini diberikan kepada rakan korporat MyANGKASA Amanah Berhad yang berjaya membuat jualan wasiat tertinggi bagi tahun 2018. Anugerah ini diberikan atas usaha dan komitmen baik yang diberikan oleh rakan korporat kepada MyANGKASA Amanah Berhad dalam memasarkan produk kepada masyarakat luar berkaitan perancangan harta pusaka. Anugerah Jualan Wasiat Tertinggi 2018 Bagi Sektor Perbankan Pertama : Bank Pertanian Malaysia (AGROBANK) Tempat Kedua : Coop Bank Persatuan Pertama Tempat Ketiga : Bank Muamalat Malaysia Berhad Anugerah Jualan Wasiat Tertinggi 2018 Bagi Sektor Rakan Korporat Pertama : Tekun Nasional (TEKUN) Tempat Kedua : Pos Malaysia Tempat Ketiga : Al Kahfi Consultant Anugerah Jualan Wasiat Tertinggi 2018 Bagi Sektor Rakan Niaga Koperasi Pertama : Koperasi Pekerja CIMB Berhad Tempat Kedua : Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka (KopDBP) Tempat Ketiga : Koperasi PEKAP Kuala Lumpur Berhad (KoPEKAP) ANUGERAH KES RUJUKAN PUSAKA TERTINGGI 2018 Anugerah ini diberikan kepada rakan korporat yang berjaya membawa kes rujukan pusaka kepada MyANGKASA Amanah Berhad. Kriteria yang diambil kira bagi anugerah ini ialah berdasarkan nilaian tertinggi harta pusaka simati yang ditadbir oleh MyANGKASA Amanah. Ia hanya dikira bagi fail yg ditutup bagi tahun 2018 sahaja. Oleh itu, Kita mengharapkan pada tahun 2019 banyak kes-kes rujukan pusaka yang dihantar oleh semua rakan korporat yang nilaiannya tinggi untuk ditadbir. Pertama : Bank Pertanian Malaysia Bhd (AgroBank) Tempat Kedua : POS Malaysia Tempat Ketiga : Patuh Syariah Consultancy
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease