5
ANGKASA
Kerjasama Sistem Pengurusan Pekerja Asing Atas Talian Oleh : RAHMAT MOHD DID Presiden ANGKASA
A NGKASA telah menanda- tangani memorandum perse- fahaman (MoU) dengan Koperasi Nasional POSNAKER Karya Sejahtera Indonesia (POSNAKER) yang berpengkalan di Bekasi, Jawa Barat, Indonesia bagi memasarkan pekerja asing (pembantu rumah dan pekerja asing sektor lain) secara atas talian kepada majikan dari komuniti koperasi. Di bawah projek ini, Sistem MyCOOP eMaids akan digunakan sebagai platform berasaskan web untuk menampung pangkalan data bagi tujuan perlantikan, pengambilan dan penggajian tenaga kerja dari Indonesia. ANGKASA juga turut bekerjasama dengan syarikat MyeWorkers Sdn. Bhd. yang merupakan agensi perhubungan dengan POSNAKER dan merupakan syarikat yang bertanggungjawab membangunkan portal MyeWorkers yang akan diguna pakai dalam Program MyCOOP eMaids.
yang juga merangkap Presiden ASEAN Cooperative Organisation (ACO) , Dato’ Abdul Fattah Abdullah menandatangani perjanjian tersebut bersama Ketua Umum POSNAKER Indonesia, Encik Jose Rizal BH Abdullah sambil disaksikan oleh Gabenor Nusa Tenggara Barat Indonesia, Dr. H. Zulkieflimansyah. Turut hadir ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Naib Presiden ANGKASA, Haji Mohamad Azmi Omaruddin; Pengasas MyeWorkers, Dato’ Yahyuddin Nordin dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya. Dato’ Abdul Fattah berharap, kerjasama ini akan memberi keuntungan kepada kedua-dua belah pihak dan melestarikan nama koperasi di kedua buah negara di samping memastikan kebajikan pekerja-pekerja tersebut lebih terjaga.
» Dato’ Abdul Fattah (lima dari kanan) dan Ketua Umum POSNAKER Indonesia, Encik Jose Rizal BH Abdullah (empat dari kiri) bersama dokumen MoU yang telah ditandatangani pada 26 Februari 2019.
MyCOOP eMaids akan berfungsi sebagai: 1. Sistem untuk memadankan dan mencari Bio-Data berkualiti 2. Platform untuk majikan menggaji Pekerja Migran Indonesia secara langsung atas talian. 3. Sistem untuk menjejaki Proses penggajian Pekerja Migran Indonesia yang digajikan. 4. Semakan untuk memastikan kesahihan agensi pekerjaan dan Bio-Data Pekerja Migran Indonesia. 5. Pangkalan Data yang lebih lengkap untuk majikan, agensi pekerjaan dan BioData Pekerja Migran Indonesia.
ANGKASA Sasar Tanam 1 Juta Pokok Oleh : NOR LELA ABDUL GHANI (Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA) Foto: ARMAN YUSUF
Ghani, Besar
Pengurus
Koperator anjuran dengan
Alam
Bahagian Komunikasi K o r p o r a t ANGKASA, Borhan Mat Aris dan Pengarah Jabatan Korporat Majlis Perbandaran Selayang, Encik Mohamad Zin Masoad. Sementara itu, Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail telah
Sekitar
ANGKASA kerjasama
Majlis
Perbandaran Selayang di Hutan
Taman
Rimba
Templer
(Templer
Park)
Rawang Selangor. Menurut Dato’ Fattah, penanaman
Abdul pokok pokok pokok
tidak hutan
semestinya sebaliknya
bunga juga boleh ditanam untuk mengindahkan per- sekitaran komuniti. Katanya pada sambutan Hari Koperasi Sekolah
» Bergambar bersama Rakan Sukarelawan Coop Malaysia.
» Dato’ Abdul Fattah Abdullah menanam pokok topiari (PODOCARPUS MACROPHYLLUS TOPIARY) sebagai simbolik perasmian Program Amal “Coop Care” Koperator Alam sekitar anjuran ANGKASA dengan kerjasama Majlis Perbandaran Selayang.
mengadakan
kunjungan Sekolah Menengah Kebangsaan Rawang bagi merasmikan sudut ‘Laman ANGKASA-KOMEKAR’. Pada majlis tersebut, ke ANGKASA memberi sumbangan meja rekreasi dan pokok hiasan sebagai penghargaan kepada SMK Rawang atas penglibatannya sebagai sukarelawan dalam Program amal “Coop Care” Koperator Alam Sekitar anjuran ANGKASA di Hutan Taman Rimba Templer (Templer Park). Turut hadir ialah Pengetua SMK Rawang, Puan Norzalina Abd Kadir, Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat merangkap Pegawai Khas Presiden ANGKASA, Haji Borhan Mat Aris serta Naib Yang Dipertua PIBG SMK Rawang, Encik Mohd Faudzi Mohd Hashim.
K esedaran penjagaan alam sekitar menjadi amat penting bagi mengekalkan kelestarian kepelbagaian biologi hutan, keseimbangan ekologi serta menggalakkan sektor eko- pelancongan agar ia dapat mengharmonikan kehidupan masyarakat dan boleh menarik minat pelancong. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata, sebagai badan apeks koperasi negara, ANGKASA menyarankan koperasi agar menyertai program memelihara dan memulihara alam sekitar menerusi penanaman pelbagai pokok. “Tanggungjawab menjaga alam sekitar perlukan kesedaran serta pembabitan semua pihak untuk dijayakan. Saya mencadangkan semua koperasi di seluruh negara bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk menanam satu juta pokok pada tahun 2019”, katanya ketika merasmikan Program Amal Coop Care
2019 yang dianjurkan di semua koperasi sekolah juga akan menjadi acara menanam pokok dan pemarkahan akan diberi dalam menilai pertandingan koperasi sekolah terbaik tahun ini. Dalam program tersebut, sebanyak 75 pokok sumbangan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah disediakan bagi ditanam oleh pasukan sukarelawan “Rakan Sukarelawan Coop Malaysia” dari ANGKASA, pelajar, guru dan ibubapa dari Sekolah Menengah Kebangsaan Rawang. Pada majlis yang sama, Dato’ Abdul Fattah turut merasmikan sudut “Laman ANGKASA” dengan memberi sumbangan meja rekreasi dan pokok topiari untuk memberi manfaat kepada pengunjung Templer Park. Turut hadir Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Pengarah Jabatan Landskap Majlis Perbandaran Selayang, Tuan LAr. Mokhtar Affandi Abdul
» Dato’ Haji Kamarudin merasmikan sudut ‘Laman ANGKASA-KOMEKAR’.
» Meninjau aktiviti penanaman cendawan secara hidroponik yang dijalankan oleh Koperasi SMK Rawang Berhad (KOMEKAR).
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease