6
JPAN
Peluang Koperasi Peroleh Rangsangan Modal Untuk Kemajuan Koperasi
Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
Modul Integriti Koperasi Bentuk Etika Anggota » Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Risiko, Tadbir Urus & Integriti ANGKASA, Dr. Mohd Azlan (duduk tiga dari kanan) dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Perak, Haji Mohd Rosli Haji Basri (duduk tiga dari kiri) bergambar dengan peserta program.
» Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Perak, Haji Mohd Rosli menyampaikan ucapan perasmian.
A NGKASA dan Suruhanjaya Pencegahan Anti Rasuah Malaysia (SPRM) komited dalam memberikan pendedahan ilmu dan bimbingan dalam usaha membina anggota koperasi yang berintegriti, bermoral dan beretika menerusi pelaksanaan program berkaitan. Kerjasama kedua-dua pihak ini direalisasikan dengan pelaksanaan program melalui Bengkel Pelaksanaan Modul Integriti Koperasi Kerjasama SPRM dan ANGKASA yang bertempat di MyANGKASA Akademi & Resort (MAAR) Langkawi pada 1 Mac lalu. Bengkel yang menampilkan panel penceramah dari SPRM dan Pusat Governans, Integriti Dan Anti Rasuah (GIACC) dilaksanakan bagi membangunkan Modul Integriti Koperasi bagi program kesedaran anti rasuah yang meliputi tadbir urus koperasi, liabiliti korporat, pencegahan rasuah dan kepentingannya dalam sektor koperasi. Pelaksanaannya memfokuskan kepada pengukuhan integriti, ketelusan dan kebergantungan dalam urusan operasi harian dan prosedur perniagaan koperasi bagi mewujudkan persekitaran aktiviti koperasi yang berintegriti dan bebas rasuah. Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Risiko, Tadbir Urus & Integriti ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya menyatakan, bengkel sebegini adalah hasil daripada Perjanjian Memorandum Persefahaman Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
K operasi berpeluang mendapatkan pelbagai informasi berguna mengenai pakej-pakej rangsangan yang terdapat di pasaran untuk pembangunan koperasi. Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Perak, Haji Mohd Rosli Haji Basri berkata, ANGKASA menerusi Sektor Perkhidmatan Kewangan memberikan komitmen terbaik untuk koperasi ahlinya dengan penyertaan pelbagai institusi perbankan dan agensi kewangan berkaitan seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Bank Rakyat; dan Koperasi Pembiyaan Syariah ANGKASA (KOPSYA). Menurut beliau, Taklimat Sektor Perkhidmatan Kewangan ‘Pelaburan Dan Pembiayaan Kepada Koperasi’ bertempat di Hotel Perdana Taiping, Perak pada 26 Februari lalu bermatlamat
mewujudkan platform kepada koperasi yang terdiri daripada pelbagai lapangan perniagaan untuk mendapatkan modal kerja bagi pembangunan koperasi. “Penyertaan menerusi kursus ini diharap dapat membuka ruang pencerahan kepada peserta khususnya dalam melontarkan idea dan pandangan ke arah mengurangkan risiko supaya koperasi dapat menjalankan perniagaan dengan lebih lancar,” katanya ketika merasmikan program berkenaan. Seramai 95 koperator daripada 70 koperasi kredit menyertai taklimat tersebut yang disampaikan oleh Penolong Pengarah SKM Wilayah Taiping, Encik Mohd Fakhrurazzi Mohd Nor; wakil Bank Rakyat, Encik Mohd Amin dan Ketua Pegawai Eksekutif KOPSYA, Dato’ Syed Mohd Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa.
(MoU) antara ANGKASA dan SPRM sekaligus menjadi platform terbaik buat SPRM untuk menembusi sektor koperasi dalam memberikan ilmu dan bimbingan berkaitan rasuah. Katanya, usaha ini adalah bertepatan dengan Pelan Integriti Nasional (PIN) yang bermatlamat meningkatkan kesedaran, komitmen serta kerjasama pelbagai sektor dalam usaha meningkatkan integriti supaya ia menjadi budaya dalam masyarakat serta diamalkan dalam semua bidang. “Selain itu, PIN turut menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara, dan peningkatan kesejahteraan hidup serta menggalakkan semangat bertanggungjawab dalam kalangan anggota masyarakat serta menegakkan prinsip integriti,” katanya ketika merasmikan program berkenaan. Seramai 45 koperator daripada 20 buah koperasi pelbagai bidang negeri Perak berpeluang mendapat pendedahan ilmu dan perkongsian pengalaman melalui pembentangan kertas kerja yang disampaikan oleh panel penceramah SPRM dan GIACC. Kertas kerja yang dibentangkan bertajuk “Rasuah dan Integriti Dalam Pengurusan Koperasi”; Rasuah Menurut Akta SPRM 2009 – Penyelewengan Dan Langkah Pencegahan Rasuah Dalam Koperasi”; “Perlindungan Pemberi Maklumat dan Saksi Kes Rasuah” dan “Kesalahan Rasuah Organisasi Komersil (Korporat Liabiliti).
» Sebahagian 95 koperator yang menyertai Taklimat Sektor Perkhidmatan Kewangan ‘Pelaburan Dan Pembiayaan Kepada Koperasi’
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease