Wadah PELANCAR Edisi April 2019

7

ANGKASA

Infaq Lil-Waqf ANGKASA Sumbang Tiga Mesin Dialisis Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ I nfaq Lil-Waqf ANGKASA menyalurkan sumbangan sejumlah tiga buah mesin

dan pusat-pusat dialisis kepunyaan koperasi. Beliau turut menyarankan agar hasil manfaat yang diterima penerima sumbangan mesin ini diinfaqkan semula melalui skim Infaq Lil-Waqf ANGKASA supaya dapat terus berkembang dan dimanfaatkan kepada tujuan yang lebih luas dan besar. ANGKASA juga mengalu-alukan kerjasama dengan syarikat, badan-badan korporat dan agensi berkaitan yang ingin menyumbang dana dan mengembangkannya melalui Infaq Lil-Waqf. Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Kelantan, Encik Amran Abd. Kadir dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Kelantan, Encik Wan Mohamad Zain Wan Abdullah.

hemodialisis bernilai RM117,000 kepada Pusat Dialisis Lestari Sdn. Bhd. Kota Bharu, milik Koperasi Warga Universiti Sains Malaysia Malaysia Kelantan Berhad (COOPUSMA), pada 18 Mac lalu. Penyerahan mesin berkenaan disampaikan oleh Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Dan Pembangunan Syariah ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan kepada Pengerusi COOPUSMA, Prof. Madya Dr. Haji Mohamed Saat Haji Ismail. Datuk Haji Mohamad Ali Hasan berkata, sehingga kini, dana Infaq Lil-Waqf ANGKASA telah berjaya memberi sumbangan sebanyak 20 buah mesin dialisis kepada klinik-klinik wakaf; Yayasan Buah Pinggang; hospital-hospital kerajaan

» Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan (tengah) menampal plak Sumbangan Infaq Lil-Waqf ANGKASA pada mesin dialisis. Turut sama ialah Pengarah SKM Negeri Kelantan, Encik Amran Abd Kadir (kiri) dan Pengerusi COOPUSMA, Prof. Madya Haji Mohamed Saat Haji Ismail (kanan) pada 18 Mac lalu.

Seminar Infaq Lil-Waqf ANGKASA

Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI

RM13.51 juta t e r m a s u k RM1 juta yang disumbangkan oleh ANGKASA setiap tahun. Agihan terkini yang telah dijayakan adalah seperti sumbangan perbelanjaan operasi Pusat jagaan Darul

» Sebahagian daripada peserta bergambar bersama-sama selepas tamat program.

Majlis Dialog Pengetua Sekolah

» Dato’ Abdul Fattah ketika menyampaikan ucapan perasmian seminar.

S eminar Infaq Lil-Waqf ANGKASA Peringkat Negeri Pulau Pinang 2019 berlangsung selama sehari pada 10 Mac 2019 di Bayan Lepas dan dihadiri seramai 94 peserta. Program tersebut yang melibatkan beberapa buah negeri di seluruh negara telah dirasmikan oleh Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Cooperative Organization (ACO). Dalam ucapannya, beliau menyata- kan bahawa ANGKASA menyediakan pelbagai kaedah untuk memastikan amalan berwakaf dipermudahkan seperti melalui sumbangan tunai dan potongan gaji dan secara dalam talian melalui CIMB Click. Menurut beliau, sehingga Januari 2019, sumbangan terkumpul Infaq Lil-Waqf ANGKASA adalah sebanyak

Sakinah, pembangunan Koperasi Kariah Masjid di Kemboja, sumbangan tafsir Al-Quran bahasa Kemboja, pembinaan laluan keselamatan Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia di Semenyih dan kos rawatan pesakit buah pinggang. Turut hadir dalam seminar tersebut ialah Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Pulau Pinang, Haji Mohd Jamil Othman; Ahli Jawatankuasa Hisbah Infaq Lil-Waqf ANGKASA, Dato’ Wira Dr. Ismail Ibrahim dan wakil Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dari Unit Pembangunan Hartanah dan Harta Wakaf, Ustaz Haji Fakhruddin Abd. Rahman.

Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI

M ajlis Dialog Pengetua Koperasi Sekolah Negeri Pahang 2019 telah berlangsung di Kuantan pada 18 Mac dan dihadiri seramai 132 peserta dalam kalangan pengetua dan guru-guru koperasi sekolah seluruh negeri Pahang. Program anjuran Bahagian Koperasi Sekolah ANGKASA itu dianjurkan di setiap negeri bagi tujuan perkongsian maklumat dan hala tuju gerakan koperasi sekolah khususnya di negeri Pahang untuk tahun 2019. Sebanyak empat kertas kerja dibentangkan termasuk taklimat dan sesi ucapan yang disampaikan oleh Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail.

Pembukaan selama sehari itu telah dirasmikan oleh Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan JPN Pahang, Haji program Mohd Raauf Haji Jali manakala majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah. Turut hadir ialah Pengerusi- Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Pahang Zon 1, 2 dan 3; Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Sukan dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia, Encik Alias bin Yoop dan Ketua Unit Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Encik Mohd Roslan Shamsuddin

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease