8
ANGKASA
Koperasi Nadi Komuniti
T ransformasi koperasi menyaksikan kemajuan gerakan koperasi negara berada pada landasan yang betul serta memperlihatkan peranannya yang begitu signifikan dalam negara. Menyedari akan sektor koperasi sebagai nadi komuniti sejagat, aktiviti koperasi wajar memberi penekanan kepada keusahawanan sosial; mewujudkan peluang pekerjaan; meningkatkan produktiviti dan mentaliti ahli serta menjana aset koperasi yang lebih produktif. Selaras dengan lima strategi utama Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) iaitu antara lain mengiktiraf gerakan koperasi dalam agenda pembangunan negara dan koperasi sebagai perusahaan kecil dan sederhana (PKS), usaha meningkatkan keyakinan orang awam dan komuniti koperasi terhadap gerakan koperasi negara akan terus diperkasa. A NGKASA merancang untuk menerbitkan buku direktori memudahkan koperasi di seluruh Malaysia untuk memajukan tanah-tanah dimiliki mereka. Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Sektor Pembangunan Hartanah ANGKASA, Dato’ Che Mohd Shukree Che Isa berkata, ‘Perunding Koperasi’ Hartanah Mesra bagi penerbitan buku direktori itu akan memberi manfaat bukan sahaja kepada koperasi, malah perunding hartanah sendiri, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Maktab Koperasi Malaysia (MKM) untuk tujuan kajian. “Disebabkan model perniagaan dan tadbir urus koperasi berbeza daripada syarikat swasta, lebih-lebih lagi dari segi bayaran perkhidmatan, maka ANGKASA sebagai koperasi Apeks dan pemudah cara koperasi berharap perunding-perunding hartanah dapat memberi kelonggaran dan bekerjasama dengan ANGKASA untuk memajukan beribu-ribu tanah milik koperasi yang terbiar,” katanya sewaktu merasmikan Program “Tea Talk” Bersama Perunding Oleh : RAHMAT MOHD DID Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
Koperasi sebagai penyumbang ketiga ekonomi negara melalui enam sektor ekonomi utama iaitu Perkhidmatan Kewangan; dilihat Pemborongan Dan Peruncitan; Pertanian Dan Industri Asas Tani; Perladangan; Pembangunan Hartanah Dan Industri Binaan; Pelancongan, Penjagaan Diri Dan Kesihatan. Menurut Ketua Setiausaha MED, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, perkembangan gerakan koperasi menyaksikan sektor koperasi pada alaf ini berhadapan dengan kepelbagaian isu dan cabaran yang menuntut semua pihak sama ada Anggota Lembaga Koperasi (ALK); anggota; Kementerian Pembangunan Usahawan (MED); Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan ANGKASA berganding bahu bersama-sama menanganinya. Datuk Wan Suraya menjelaskan, antara polemik isu dan cabaran yang sering menjadi halangan kepada
sektor koperasi untuk terus maju ialah kurangnya penglibatan koperasi dalam aktiviti perniagaan baharu. Keadaan ini berlaku katanya adalah disebabkan oleh kebanyakan anggota- anggota koperasi terlalu menumpu kepada sektor pembiayaan kredit di samping koperasi secara relatifnya masih bersaiz kecil apabila sumbangan keseluruhan sektor koperasi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) hanya satu hingga tiga peratus. Beliau berkeyakinan bahawa dengan kekuatan anggota berjumlah 6.5 juta orang, kemajuan dan kejayaan mampu dicetuskan oleh koperasi dengan menyahut cabaran Menteri Pembangunan usahawan (MED), Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof yang mahu koperasi mempelbagaikan bidang khususnya dalam penerokaan aktiviti logistik, perladangan dan asas tani yang dilihat menjamin pulangan pelaburan tinggi kepada ekonomi negara.
Seruan ini bertepatan dengan hasrat Kerajaan yang mahu melihat gerakan koperasi terus meningkatkan perolehan sehingga mencapai angka RM55 bilion menjelang tahun 2020 dengan mempelbagaikan aktiviti perniagaan koperasi sekaligus menyumbang lima peratus kepada KDNK dalam usaha melonjakkan pencapaian sektor koperasi negara. “Pemilikan modal yang kecil; kurang pendedahan dan insentif menceburi aktiviti perniagaan yang strategik serta kurangnya latihan dan pembudayaan gerakan koperasi yang mantap juga menjadi isu dan cabaran yang dihadapi koperasi-koperasi untuk ke hadapan. Beliau berkata, kekuatan dan peluang yang dimiliki dalam gerakan koperasi membuktikan sektor ini berupaya menjadi instrumen utama ke arah melonjakkan kemajuan sesebuah koperasi dan berpotensi menjadi ‘Economic Driver’ kepada keusahawanan sosial dalam komuniti.
ANGKASA Rancang Terbitkan Buku Direktori “Perunding Hartanah Mesra Koperasi”
hadir bagi mendengar, bertanya soalan seterusnya mendaftar sebagai Perunding Hartanah Mesra Koperasi. Turut hadir ialah Naib Presiden ANGKASA merangkap Ahli Jawatankuasa Sektor Pembangunan Hartanah ANGKASA,
Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan; Ahli- Ahli Jawatankuasa Sektor Pembangunan Hartanah ANGKASA iaitu Dato’ Azih Muda, Haji Ismail Muda dan Encik Shukry Mat Arif dan Pengarah Sektor Hartanah dan Industri Pembinaan MKM, Encik Razali Rafee.
Hartanah Koperasi di ANGKASA, 14 Mac lalu. Satu sesi dialog turut diadakan untuk menjawab segala persoalan daripada perunding-perunding hartanah. Seramai 60 perunding hartanah dari seluruh negara
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease