Wadah PELANCAR Edisi April 2019

9

ANGKASA

Koperasi Disaran Beri Tumpuan Pensijilan MSPO Oleh : NADIAH KAMARUDIN ANGKASA – MPOB K operasi yang terlibat dalam pelbagai aktiviti berkaitan Sektor Perladangan khususnya menetapkan 30 Jun 2019 sebagai tarikh akhir pensijilan MSPO. Dato’ Haji Kamarudin yang juga

industri sawit disaran supaya memberi tumpuan terhadap pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO). Perkara tersebut perlu diberi penekanan dalam usaha untuk menangani isu berkaitan pengurusan kualiti dan kekangan dalam pemasaran seperti sekatan penggunaan bio bahan api berasaskan sawit oleh Kesatuan Eropah. Menurut satu rumusan data koperasi perladangan yang dilaporkan oleh Sektor Perladangan ANGKASA, sebanyak 19 koperasi daripada 81 buah koperasi tunggal (Entry Point Project) sedang dalam proses mendapatkan pensijilan MSPO dengan bantuan ANGKASA dan kerjasama daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Dalam satu sesi pertemuan antara ANGKASA yang diketuai Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail dengan MPOB pada 8 Mac lalu di Bangi, Selangor, ANGKASA mencadangkan agar MPOB memberi pertimbangan supaya dapat melanjutkan tarikh pemberian subsidi pengauditan MSPO. Kerajaan sebelum ini telah

Pengerusi Pembangunan Perladangan, Pertanian dan Industri Asas Tani ANGKASA berkata, pertimbangan tersebut sekiranya dipersetujui akan membantu meringankan kos bayaran bagi Auditor Certified Body sebanyak 70 peratus. Tambah beliau lagi, koperasi juga menghadapi kekurangan tenaga kerja ladang yang menyebabkan penurunan penghasilan minyak sawit yang berpunca daripada pembaziran di peringkat pengeluaran hasil sawit yang berjaya dikeluarkan. Melalui pertemuan itu juga, ANGKASA mengharapkan kerjasama eksklusif dengan MPOB untuk menangani isu-isu tersebut. Delegasi ANGKASA telah disambut oleh Timbalan Ketua Pengarah (R&D) MPOB, Dr. Ahmad Parveez Haji Ghulam Kadir; Timbalan Ketua Pengarah (Perkhidmatan) MPOB, Haji Mohamad Nor Abd. Rahman dan Pengarah Bahagian Penyelidikan Integrasi dan Pengembangan MPOB, Dr. Ramle Moslim.

» Sesi pertemuan antara ANGKASA yang diketuai oleh Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail (lima dari kanan) dengan MPOB yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah (R&D) MPOB, Dr. Ahmad Parveez Haji Ghulam Kadir (empat dari kanan) diharapkan dapat menghasilkan kerjasama yang lebih kukuh dalam usaha memperkasakan koperasi perladangan dan pertanian.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Penasihat Korporat (Sektor Koperasi) ANGKASA, Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin; Pengerusi Koperasi Pekebun Kecil Negeri Sembilan Berhad merangkap Jawatankuasa

Pembangunan Perladangan, Pertanian & Industri Asas Tani ANGKASA, Dato’ Aliasak Haji Ambia dan Pengurus Besar Bahagian Perladangan, Pertanian & Industri Asas Tani ANGKASA, Encik Hasnan Haji Mustapha.

Terap Semangat Koperasi dan Keusahawanan

Oleh : AIZAL AZIZAN SAJARI

T imbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Pengerusi Koperasi Kariah Masjid At-Taqwa, YB. Dato’ Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman telah merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan KONSORMAS Kali Ke-2 dan bengkel pembangunan perniagaan koperasi kariah masjid di Dewan Masjid At Taqwa, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 16 Mac lalu. Dalam ucapannya, beliau menegaskan semangat koperasi perlu ada pada setiap anggota koperasi kariah masjid dan mempelajari ilmu keusahawanan selain aktif terlibat membantu koperasi dalam menjalankan aktiviti perniagaan koperasi. “Di Pulau Pinang, ramai yang menjadikan Koperasi Kariah Masjid At- Taqwa sebagai ‘role-model’ untuk koperasi masjid yang lain mendapatkan rujukan atas dasar prinsip kerjasama dan menjadi

fenomena dalam bisnes orang Islam. Insya- Allah, usaha ini akan memberi impak yang besar bukan sahaja kepada ahli tetapi juga kepada ekonomi negara,” jelasnya Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah yang juga Pengerusi KONSORMAS berharap pihak kementerian dapat mempromosikan koperasi kariah masjid ke peringkat antarabangsa agar dapat mencontohi konsep kariah masjid di Malaysia. Secara tidak langsung dapat membuka jalan ke arah membangunkan perniagaan koperasi kariah masjid. Turut hadir ialah Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Wilayah Persekutuan, Encik Zahari Omar dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Pulau Pinang, Haji Mohd Jamil Othman. » YB. Dato’ Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Pengerusi Koperasi Kariah Masjid At-Taqwa

» Dato’ Abdul Fattah dan Pengasas MyANGKASA Mukmin, Ustaz Yusni Ismail menunjukkan nota MoU yang ditandatangani mengenai Dokumen Pendaftaran Pusaka.

» Sebahagian peserta yang hadir.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease