Wadah PELANCAR Edisi Jun 2019

JUN 2019 JILID: WP01 / 3

ANGKASACoop

www.angkasa.coop RM1.00

Kertas Kitar Semula

Tajuk Menjunjung Kasih Yang di-Pertuan Agong

28 NOVEMBER - 1 DISEMBER 2019 Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru

Berita Penuh CBP Lancar Logo Baharu Dan Perkhidmatan Bank Bergerak

muka 4

K ebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan menerima menghadap Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah dan Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail di Istana Negara pada 8 Mei lalu bagi menjelaskan tentang perkembangan gerakan koperasi dan peranan ANGKASA dalam membangun serta merangsang perniagaan koperasi di Malaysia.

Bantu Lahir Lebih Ramai Usahawan Koperasi

muka 5

Berita Penuh

Dalam pertemuan tersebut, baginda sempat bertanya mengenai perkembangan koperasi kariah masjid, Projek Heifers Park - lembu tenusu dan kenderaan elektrik selain memaklumkan bahawa baginda juga mempunyai koperasi keluarga, koperasi kakitangan Istana serta koperasi imam dan pegawai masjid di Pahang. Turut sama dalam pertemuan tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Haji Borhan Mat Aris.

aroundtheworld.coop Mendokumentasi

Berita Penuh Pencapaian, Kejayaan Koperasi MRSM Kepala Batas

muka 6

2

ANGKASA

Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI ANGKASA Perak Serah Zakat RM202,512.44

Zakat perniagaan tersebut yang berjumlah RM202,512.44 telah disampaikan oleh Naib Presiden ANGKASA, Haji Mohamad Azmi Omaruddin yang mewakili Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Perak, Haji Mohd Rosli Haji Basri dan Pengurus Besar Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA, Haji Azhar Hamzah. Jumlah keseluruhan pengagihan zakat perniagaan ANGKASA bagi tahun 2018 telah meningkat kepada RM2,240,489.68 berbanding tahun 2017 iaitu sebanyak RM2,032,477.56.

» Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menerima cek zakat perniagaan yang disampaikan oleh Naib Presiden ANGKASA, Haji Mohamad Azmi Omaruddin.

D YMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Mahgfur- Lah telah berkenan menerima menghadap bagi menyempurnakan Majlis Penyerahan Cek-Cek Zakat

Pada majlis tersebut, baginda telah menerima zakat perniagaan ANGKASA Negeri Perak tahun 2018 sebagai mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan dalam majlis yang berlangsung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Perniagaan sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak 1440H.

» Bergambar bersama DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah selepas selesai menunaikan solat Terawih. Turut sama di dalam gambar ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (dua dari kanan).

Dari Meja Presiden ANGKASA

adalah seperti promosi dan periklanan termasuk mengadakan demonstrasi produk serta penajaan. Menerusinya, produk akan lebih dikenali dan pengguna akan mendapat panduan secara lebih jelas tentang kepentingan produk tersebut kepada mereka. Nilai komersial juga mampu meletakkan harga produk lebih terkawal dan murah kerana produk dapat dibangun atau dipasarkan dalam kapasiti yang lebih besar. Keseimbangan antara jumlah pengeluaran dan pendekatan promosi diyakini mampu menjana jualan yang lebih besar.

Koperasi tidak perlu gusar untuk mengeluarkan apa sahaja produk mengikut minat dan kepakaran mereka asalkan tidak memandang rendah istilah ‘nilai komersial’ sesebuah produk. Konsistensi antara keduanya diharap mampu meletakkan produk menjadi lebih kompetitif dan berjaya di pasaran.

bukan berada dalam kategori barangan perlu, maka keputusan untuk membelinya akan berada pada fasa terakhir belian mereka atau lebih jelas, bukan produk pilihan. Justeru, koperasi yang menjalankan aktiviti perniagaan barangan yang dianggap sebagai ‘bukan perlu’ harus mengambil beberapa pendekatan khusus bagi memastikan produk yang dihasil dan dipasarkan itu mempunyai nilai komersial bagi menarik minat pelanggan. Antara yang boleh diberi penekanan

D unia perniagaan berasaskan produk tidak dapat lari dari istilah ‘nilai komersial’. Keupayaan untuk menarik minat pengguna agar memilih produk yang dijual lazimnya dipengaruhi oleh kekuatan nilai komersial dan memberi kesan terhadap kelangsungan produk tersebut di pasaran. Nyata kini masyarakat semakin berhati-hati dalam berbelanja dan pastinya jika sesuatu produk tersebut

SIDANG PENGARANG

Presiden Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah

Panel Penasihat Editorial Dato’ Haji A. Aziz Deraman Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Haji Nasir Khan Yahaya

Pengurus Mohd. Zakuan Azmi

Pereka Grafik Faizatulliza Mohd. Nor

Pruf Dan Rekaletak Haji Anuar Ismail Datin Hajah Fauziah Zainal

Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd. Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam,

Timbalan Presiden Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail

Penolong Pengarang Nor Azah Abd. Aziz Wan Adlina Wan Ab. Aziz

Pemberita / Jurugambar Rahmat Mohd. Did Aizal Azizan Sajari

Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Sekretariat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com

Selangor Darul Ehsan. Telefon: 03-5101 3388 Faks: 03-5101 3600

Naib Presiden Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan Haji Mohamad Azmi Omaruddin Dr. Mohd. Azlan Yahya Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa

Pegawai Media Sosial Nadiah Kamarudin

Pengurus Besar Bahagian Sekretariat Halim Haji Ibrahim

3

KOPERASI

Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ Bank Rakyat Terus Unggul

B ank Rakyat terus kukuh dengan pemilikan aset berjumlah RM106.89 bilion dan keanggotaan hampir 1 juta. Semuanya adalah hasil perniagaan dan sumbangan rakyat Malaysia yang terus menaruh kepercayaan tinggi terhadap bank koperasi terunggul ini. » Datuk Seri Mohd Redzuan memukul gong sebagai gimik perasmian Mesyuarat Agung Bank Rakyat 2019.

Demikian menurut Menteri Pembangunan Usahawan, YB. Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Bank Rakyat 2019 bertempat di Dewan Tun Abd Razak, Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur pada 4 Mei 2019 lalu. Beliau turut melahirkan rasa penghargaan kepada Bank Rakyat yang telah berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai bank koperasi terbesar dan institusi perbankan Islam kedua di Malaysia. Katanya, komitmen berterusan Bank Rakyat bakal meletakkannya pada kedudukan salah sebuah bank dalam Kategori 10 Bank Islam Terbaik Di Dunia di bawah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB). Sementara itu, Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Noripah Kamso berkata, Bank Rakyat komited dalam melaksanakan inisiatif menyokong misi kementerian bagi melebarkan keusahawanan Malaysia Baharu ke setiap lapisan geopolitik sekaligus selari dengan misi MED yang mahu melahirkan lebih ramai usahawan berintegriti dan kompetitif di pasaran global. Beliau berharap agar Bank Rakyat terus membentuk jalinan strategik dengan pelbagai pihak bagi mencapai matlamat untuk menjadi pencetus kepada transformasi gerakan koperasi dan keusahawanan di negara ini. Turut hadir dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Agung tersebut ialah Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Wira Dr. Mohd Hatta Ramli; Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi; Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Nordin Salleh; Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah; Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail dan Naib Presiden ANGKASA, Haji Mohamad Azmi Omarudin.

» Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan.

» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah bergambar bersama sebahagian perwakilan yang hadir.

» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah dan Naib presiden, Haji Mohamad Azmi Omarudin bergambar bersama sebahagian perwakilan yang hadir.

4

KOPERASI

Oleh : NADIAH KAMARUDIN

CBP Lancar Logo Baharu Dan Perkhidmatan Bank Bergerak

» YB Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof ketika menyampaikan ucapan perasmian.

» YB Datuk Seri Mohd Redzuan ketika melawat bank bergerak CBP.

B ermula daripada sebuah koperasi pertanian yang kecil, Co-opbank Pertama (CBP) semakin pesat berkembang sehingga mampu mencatat perolehan pada tahun lalu sebanyak RM52.6 juta dengan sokongan keahlian seramai 80,000 anggota selain memiliki 22 cawangan di seluruh negara. Menurut Menteri Pembangunan Usahawan, YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, pencapaian CBP merupakan antara contoh terbaik yang menunjukkan koperasi kekal relevan kepada pembangunan ekonomi negara. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelancaran Logo Baharu & Perkhidmatan Bank Bergerak CBP di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 30 April 2019. Tambah beliau lagi, Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) sedang mengkaji semula cadangan pindaan Akta Koperasi 1993 dan Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 supaya pindaan yang dibuat adalah selari dengan hala tuju kerajaan untuk meningkatkan sumbangan koperasi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Sumbangan koperasi kepada KDNK sehingga Jun 2018 adalah sebanyak RM22.5 bilion berdasarkan rekod Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Daripada jumlah tersebut, sebanyak 60 peratus atau RM13.6 bilion adalah hasil

sumbangan CBP dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad yang merupakan koperasi berfungsi perbankan. Logo baharu CBP adalah lanjutan dari penjenamaan semula dan penukaran nama institusi kewangan tersebut sejak September 2018. Dalam majlis yang sama, Perkhidmatan Bank Bergerak CBP juga telah dilancarkan dan mula beroperasi di sekitar Lembah Klang dan Johor pada awal bulan Mei 2019. Menurut Pengerusi CBP, Haji Kamari Zaman Juhari, Perkhidmatan Bank Bergerak CBP merupakan salah satu initiatif strategik CBP untuk meningkatkan capaian perkhidmatan perbankan kepada pelanggan terutama di kawasan-kawasan yang berjauhan dari cawangan CBP. Perkhidmatan yang disediakan oleh bank bergerak tersebut adalah transaksi perbankan asas seperti penambahan, pengeluaran deposit serta pemindahan dana tanpa perlu ke cawangan. Turut hadir ke majlis tersebut ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan Malaysia, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi; Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Nordin Salleh; Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah; Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Encik Mohd. Nor Abd. Razak.

» YB Datuk Seri Mohd Redzuan meletakkan tangan pada skrin tanda gimik merasmikan Majlis Pelancaran Logo Baharu & Perkhidmatan Bank Bergerak CBP di PWTC pada 30 April 2019. Turut bersama ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan Malaysia, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi (kanan sekali); Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Nordin Salleh (dua dari kiri); Pengerusi CBP, Tuan Haji Kamari Zaman Juhari (tiga dari kiri); Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Encik Mohd. Nor Abd. Razak (dua dari kanan) dan penceramah agama terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid yang telah dipilih sebagai ikon CBP (paling kiri).

» Ahli Lembaga CBP bergambar kenangan bersama YB Datuk Seri Mohd Redzuan.

5

KOPERASI

Bantu Lahir Lebih Ramai Usahawan Koperasi Usaha SAGUMPAS Jalankan Perniagaan Stesen Minyak

» Produk Usahasama koperasi turut dijual di kiosk SMART.

Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI

U saha sama antara dua buah koperasi iaitu Koperasi Guru Melayu Pahang Selatan (SAGUMPAS) dengan Koperasi Felda Jengka 19 mengusahakan perniagaan stesen minyak SMART wajar dipuji selain boleh dijadikan sebagai contoh terbaik kepada mana-mana koperasi yang berhasrat untuk menjalankan perniagaan yang sama. Selain dapat memberikan perkhid- matan khususnya masyarakat bagi men- dapatkan kemudahan mengisi minyak kenderaan khususnya di kawasan luar bandar, stesen minyak ini juga turut dilengkapi dengan beberapa kemudahan lain seperti kedai serbaneka, mesin ATM dan pusat pembayaran bil setempat. Majlis perasmian pembukaan Stesen Minyak Mini SMART di FELDA Siantan Jengka 19, Maran Pahang telah berlangsung pada 2 Mei 2019 dan dirasmikan oleh Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Beliau ketika berucap dalam majlis perasmian pembukaan stesen minyak tersebut berkata, selain boleh menjana pendapatan yang tinggi hasil jualan minyak petrol dan diesel, koperasi ini juga dapat

membantu memperkasa sosioekonomi masyarakat setempat menerusi peluang pekerjaan selain membantu merancakkan aktiviti keusahawanan dengan menjual produk koperasi serta perkhidmatan berkaitan. Menurut beliau lagi, kejayaan program SMART dengan kerjasama KPDNHEP, Petronas,SKM serta sokongan dari pelbagai agensi kerajaan negeri telah berjaya mencapai matlamat untuk memenuhi hasrat kerajaan dalam menyediakan kemudahan demi kesejahteraan rakyat khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman sekaligus dapat mengurangkan kos sara hidup rakyat. Program ini juga katanya akan dapat melahirkan lebih ramai usahawan koperasi di bawah payung SMART meliputi pelbagai cabang perniagaan seperti peruncitan, insuran, kontraktor pembinaan, pembekal produk IKS, pengangkutan bahan petroleum, pengiklanan dan khidmat perundingan. Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Muez Abd. Aziz; Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah dan Pengerusi SAGUMPAS, Haji Mohd Hanifah Koya Moideen. Sehingga Mei 2019, data keahlian ANGKASA merekodkan sebanyak 87 koperasi ahli terlibat dalam perniagaan stesen minyak di seluruh negara dengan perolehan tahunan sekitar RM60.3 juta.

» YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengisi minyak kenderaan pertama di stesen minyak mini SMART Felda Siantan.

» Senarai perbandingan harga petroleum semasa turut dipaparkan secara digital.

» Stesen minyak mini SMART Felda Siantan, Jengka 19, Maran Pahang.

6

PENGANTARABANGSAAN KOPERASI

aroundtheworld.coop Mendokumentasi Pencapaian, Kejayaan Koperasi MRSM Kepala Batas Oleh : NADIAH KAMARUDIN G erakan Koperasi Sekolah di Malaysia terus menerima pengiktirafan antarabangsa

apabila around-theworld.coop, se- buah projek yang disokong oleh International Co-operative Alliance (ICA) dan dibiayai bersama oleh Kesatuan Eropah telah memilih untuk mendokumentasikan ak- tiviti dan pencapaian Koperasi MRSM Kepala Batas di Pulau Pinang selama 10 hari pada bulan Mac 2019. Video tersebut yang telah dirakam oleh Sara Vicari dan Andrea Mancori dari Italy, telah ditayangkan buat pertama kalinya dalam majlis Showcase Video Malaysian School Co-operative for “aroundtheworld.coop” Project di Auditorium ANGKASA, Wisma Ungku A. Aziz pada 29 April 2018. Sara dan Andrea sedang dalam misi menjelajah ke 15 buah negara untuk merakam aktiviti koperasi di setiap negara yang

» Tetamu kehormat bergambar bersama pelajar-pelajar sekolah yang turut hadir ke tayangan video koperasi sekolah oleh Sara Vicari (baris depan, sembilan dari kanan) dan Andrea Mancori (baris depan, lapan dari kanan).

dilawati oleh mereka. Melalui misi ini, mereka berharap dapat menceritakan bagaimana koperasi memainkan peranan yang begitu penting dalam meningkatkan taraf hidup sesebuah masyarakat dan memberi inspirasi kepada anak-anak muda untuk terlibat dalam keusahawanan. Setakat ini, mereka telah membuat rakaman video di beberapa buah negara iaitu Itali, Maghribi, Rwanda, Malaysia dan Nepal. Menurut Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah, cadangan ICA supaya pasangan tersebut memilih koperasi sekolah sebagai topik rakaman mereka adalah tepat memandangkan koperasi sekolah telah bertapak di Malaysia sejak 1968 serta telah mencatat pelbagai jenis pencapaian dan kejayaan sehingga kini. Dalam majlis yang sama, video mengenai Cooperative Toudarte, sebuah koperasi di Maghribi yang menghasilkan minyak argan tulen dan ‘Altri Orizzonti – Jerry Essan Masslo’ Cooperative, sebuah koperasi di Itali yang membantu memperbaiki taraf sosio-ekonomi anak- anak muda turut ditayangkan. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Duta Besar Itali ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Cristiano Maggipinto; Duta Besar Maghribi ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Mohamed Reda Benkhaldoun; Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Naib-Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dr. Mohd Azlan Yahya dan Dato’ Che Mohd Shukree Che Isa; Pengarah Serantau ICA-Asia Pacific, Mr. Balu Iyer; Pengarah Bahagian Promosi dan Penggalakan Koperasi Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Encik Rusli Jaafar dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya. Untuk maklumat lanjut mengenai aroundtheworld.coop, sila layari laman web rasmi, aroundtheworld.coop atau boleh berkunjung ke Facebook rasmi, http://facebook.com/aroundtheworldcoop atau Twitter rasmi, http://twitter.com/aroundcoop

» Dato’ Abdul Fattah (paling kiri) menyampaikan cenderamata kepada Duta Besar Itali ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Cristiano Maggipinto. Turut bersama, Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail (dua dari kanan) dan Pengarah Bahagian Promosi dan Penggalakan Koperasi Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Encik Rusli Jaafar (paling kanan).

» Duta Besar Maghribi ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Mohamed Reda Benkhaldoun (dua dari kiri) turut menerima cenderamata daripada ANGKASA.

» Pelajar-pelajar sekolah menengah sekitar Lembah Klang turut dijemput untuk memeriahkan majlis.

7

KOPERASI

Pembiayaan Mesra Ramadan Untuk Anggota

Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ

S etiap koperasi yang berdaftar di bawah Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA (KOPSYA), layak memohon pembiayaan kewangan maksimum sebanyak RM30,000 bagi menjalankan pelbagai jenis perniagaan sempena bulan Ramadan tahun ini. Tujuan utama pembiayaan ter- sebut diadakan untuk membantu koperasi meningkatkan pendapatan tambahan dan bayaran balik pem- biayaan boleh dibuat dalam tempoh enam hingga 12 bulan. Demikian menurut Pengerusinya merangkap Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah pada Mesyuarat Agung Perwakilan KOPSYA Kali Ke- 7, yang diadakan di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya, 4 Mei lalu. Program di bawah Mesra Ramadan itu merupakan inisiatif KOPSYA dalam membantu 1,400 koperasi anggota yang berdaftar, khususnya koperasi wanita dan ibu tunggal. Skim pembiayaan tersebut memperuntukkan pembiayaan sebanyak RM3 juta kepada 100 koperasi wanita dan ibu tunggal yang ingin menjalankan perniagaan.

KOPSYA juga turut merangka dua strategi utama tahun ini iaitu menggalakkan pelaburan dalam kalangan anggota koperasi dan menggiatkan lagi kempen keahlian dalam kalangan koperasi yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Perolehan pendapatan KOPSYA juga meningkat kepada RM22 juta pada tahun ini walaupun berdepan dengan situasi ekonomi agak mencabar pada tahun lalu. Seramai 731 perwakilan koperasi hadir dalam Mesyuarat Agung tersebut. Turut hadir ialah Naib-Naib Presiden ANGKASA iaitu Dr Haji Mohd Azlan Yahya dan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa; Penolong Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan, Nurzayani Mat Deris; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya; Ketua Pegawai Eksekutif KOPSYA, Dato’ Syed Mohd Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa serta barisan pengurusan kanan ANGKASA.

Oleh : AIZAL AZIZAN BIN SAJARI M esyuarat Agung Tahunan Kali Ke-5 Koperasi Panel Kesihatan Selangor Berhad (KOPSIHAT) telah berlangsung di Concorde Hotel, Shah Alam pada 13 April 2019 dan dirasmikan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah. Dalam ucapannya, Dato’ Abdul Fattah menyarankan agar KOPSIHAT menjalin kerjasama lebih erat bersama pihak kerajaan khususnya dalam aspek penjagaan dan rawatan pesakit. Katanya, ANGKASA sedia memberi kerjasama dalam membantu KOPSIHAT melestarikan aktivitinya seperti rawatan pesakit buah pinggang dan membuka perniagaan farmasi. Sementara itu, Pengerusi KOPSIHAT, Dr. J Kannan @ Ramasamy dalam ucapannya turut berharap agar semua Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dan anggota fokus terhadap perniagaan dan perkhidmatan yang dapat memberi kemudahan dan memenuhi keperluan warga klinik-klinik kesihatan. Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif KOPSYA, Dato’ Syed Mohd Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa dan Pengerusi Koperasi Mantap Libaran Sabah, Haji Otoh Sibik. Anggota Lembaga Koperasi : Dato’ Ismail Nordin Hajah Armi Zainudin Dato’ Haji Aliasak Ambia Dato’ Haji Nik Hassan Fauzi Nik Abdullah Datuk Sahadivanaidu al Baliah Encik Mohd Zamal Abidin Wahit Datuk Hajah Noraini Datuk Seri Panglima Haji Salleh Haji Usuf Samah Datuk Haji Mohamad Ali Hasan Haji Mutadho Haji Bahri Haji Ahmat Murtza Salleh

Anggota Lembaga Koperasi KOPSYA 2019: Pengerusi : Dato Abdul Fattah Haji Abdullah Timbalan Pengerusi : Dato Haji Kamarudin Haji Ismail Setiausaha : Haji Mohamad Azmi Omaruddin Bendahari : Haji Mansor Ab Rahman

Koperasi Digalak Jalin Kerjasama Dengan Kerajaan

» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah semasa menyampaikan ucapan perasmian.

» YB Tuan Haji Sheikh Umar Bagharib Ali, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan bagi membantu pusat tahfiz sempena Ramadhan dalam Majlis Iftar anjuran ANGKASA Negeri Johor.

» Sesi bergambar bersama anak-anak yatim FELDA Sg. Panching Timur.

» Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan bersama Perdana Menteri Kemboja, Hun Seng dalam satu majlis iftar bersama 4,500 warga Muslim tempatan dan antarabangsa di Phnom Penh.

» Naib Presiden ANGKASA, Haji Mohamad Azmi Omaruddin menyampaikan sumbangan bubur lambuk dalam majlis ‘Sumbangan Bubur Lambuk COOP Pulau Pinang 2019’ anjuran bersama SKM Pulau Pinang dan ANGKASA.

» Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah dalam majlis iftar bersama warga RTM di Angkasapuri.

» Naib Presiden ANGKASA, Haji Mohamad Azmi Omaruddin menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf zakat dalam majlis iftar anjuran bersama ANGKASA Negeri Sembilan dan Koperasi Kariah Masjid Panchor Jaya Seremban Berhad.

» Seramai 17 orang anak yati telah diraikan dalam satu maj urusan Utusan, Jalan Chan S

» Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail bergambar bersama asnaf dari kariah Surau Al-Mutamainnah, Pandan Perdana dalam satu Majlis Iftar anjuran ANGKASA Wilayah Persekutuan.

» Naib Presiden ANGKASA, Haji Azmi Omaruddin (kiri sekali) dan Pengerusi Koperasi Perkhidmatan Pendidikan Melayu Pahang Timur Berhad, Haji Ismail Nihat (dua dari kiri) menyampaikan duit raya kepada 40 penerima-penerima tahfiz dan asnaf sumbangan Koperasi Perkhidmatan Pendidikan Melayu Pahang Timur Berhad sewaktu Majlis Berbuka Puasa Anjuran Institut Koperasi Malaysia (IKM) Zon Timur, Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Pahang Zon 1, dan Koperasi Perkhidmatan Pendidikan Melayu Pahang Timur Berhad di Kuantan Pahang.

» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah (lima dari kiri) bergambar kenangan dengan Naib Presiden ANGKASA Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (dua dari kanan), Pengerusi JPAN Sarawak, Encik Wan Azizan Wan Zainal Abidin (dua dari kiri) dan Setiausaha MRA, Dr Shahrizal Azwan Samsudin (kiri sekali) sewaktu Majlis Berbuka Puasa bersama ANGKASA Sarawak 2019 di Kuching, Sarawak.

» Naib-N Haji Che Yusoff b

» Naib Presiden ANGKASA, Haji Mohamad Azmi Omaruddin bersama-sama jemaah dalam Masjid Al-Huda, dalam satu majlis iftar anjuran ANGKASA Negeri Kedah dengan kerjasama Koperasi Pembangunan Kampung Teluk Teduri Baling Berhad.

» Dato’ Abdul Fattah Hj Abdullah beramah mesra bersama anak-anak Yatim di Masjid Kampung Raja, Mukim Songsang, Temerloh Pahang.

» Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail meraikan anak-anak yatim dalam majlis iftar di MyANGKASA Akademi & Resort Langkawi.

» Majlis Berbuka Puasa ANGKASA bersama jemaah Surau Ar- Rahman, Kastam Kelana Jaya dan Koperasi Kastam Malaysia Berhad.

» Dato’ Abdul Fattah bergambar bersama barisan tetamu dalam majlis iftar anjuran ANGKASA Negeri Perlis.

» Majlis Iftar ANGKASA Negeri Perak dengan kerjasama Koperasi Kariah Masjid Al Ridzuan, Parit Buntar.

» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan duit raya untuk 40 orang anak-anak yatim sekitar Daerah Kuala Lipis kepada wakil anak-anak yatim, Puan Nor Izar Mohd Zain. Turut sama ialah Naib Pengerusi ANGKASA, Tuan Haji Azmi Omaruddin (dua dari kanan) dan Pengerusi JPAN Pahang Zon 3, Dato’ Syed Ali Syed Mohammad (tiga dari kiri).

im Kumpulan Utusan dan 13 orang anak pusat Jagaan Darul Sakinah jlis berbuka puasa yang telah dianjurkan oleh ANGKASA di pejabat Sao Lin di Kuala Lumpur.

» Menyampaikan sumbangan kepada komuniti asnaf Orang Kurang Upaya (OKU) dalam majlis iftar anjuran ANGKASA Pulau Pinang.

» Majlis Berbuka Puasa JPAN Sabah ini diserikan dengan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dan asnaf dari Pusat Akademi Tahfiz & Ilmu Al-Quran Pondok An-Nuur Cawangan Negeri Sabah, Putatan, Kota Kinabalu, Sabah.

» Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya menyampaikan sumbangan bagi pihak ANGKASA untuk Pusat Pengajian Al-Huffaz Darul Ansar dan para pelajar dalam satu majlis iftar anjuran ANGKASA Negeri Melaka.

Naib Presiden ANGKASA iaitu Haji Mohamad Azmi Omaruddin dan Dato’ e Mohd Shukree Che Isa serta Pengerusi JPAN Terengganu, Haji Mohamed bergambar dalam majlis iftar anjuran ANGKASA Terengganu.

PERSIDANGAN NEGERI 2019

10

Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) 2019 Pahang Zon 1

Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) 2019 Pahang Zon 2

Pengerusi

:

Haji Mohd Zahidi Haji Husain Haji Zulkefli Haji Yunus Encik Abdul Latif Haji Abdullah Sy. Abdl. Rahiem Sy. Ab. Rahman Sayed Hamzah bin S. Abdullah

Pengerusi

:

Haji Mansor Ab Rahman

Timbalan Pengerusi :

Timbalan Pengerusi :

Haji Mohamad Norzari Haji Yahya Encik Razali Haji Abdul Manaf Dato’ Haji Abd Rahman Haji Daud Dato’ Haji Sarif Haji Azib Haji Parudi Md Noor Haji Sulaiman Bakar Haji Mat Tahar Brahim Hajah Maharani Awang Ngah Hajah Hasanah Wok Bakar Haji Mohd Nor Yatim

Setiausaha Bendahari

: : : : : : : : :

Setiausaha Bendahari

: : : : : : : : :

Ahli Jawatankuasa :

Ahli Jawatankuasa :

Encik Ismail Nihat Hajah Asiah Ismail

Encik Aris @ Mahmof Basri Encik Mat Husin Yunus Hajah Fatimah Rohana Liki

Puan Asiyah Alwi Encik Asruddin Abas

Encik Badri Yunus

Jurucakap Negeri Di PKTA Ke -34

Jurucakap Negeri Di PKTA Ke -34

1. Encik Mohd Shahir @ Shaharir Abdullah Koperasi Belia Negeri Pahang Berhad

2. Encik Mohd Nasri Mat Akhir

1. Haji Abu Hanifah BK Koya Moideen Kutty Koperasi Guru Melayu Pahang Selatan Berhad

2. Hajah Selmah Hamzah

Koperasi SMK Pelindung Kuantan Berhad

Koperasi Keluarga Mak Siti Bera Berhad

Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) 2019 Pahang Zon 3

Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) 2019 Perak

Pengerusi

:

Dato’ Syed Ali Syed Mohammad Encik Abi Hurairah Ahmad Puan Norizah Haji Abdullah Haji Mohd Najib Dato’ Haji Sidek Encik Mohd Amin Haji Munir Hajah Habibah Ja’afar Encik Mohd Radzi Mohd Noh Hajah Rokiah Zamzam Encik Mohd Halimi Mohd Hashim Encik Mohamad Mat Saad Hajah Nor Izar Mohd Zain Haji Razali Zainal

Pengerusi Setiausaha Bendahari

: : : : : : : : : :

Haji Mohd Rosli Haji Basri Haji Anjang Ab. Rahman Mat Encik Ujis Mat Zahid Haji Hamdan Ibrahim Puan Fadzilah Arshad Encik Muhammad Ibrahim Toh Sa Indera Lela Haji Isa Haji Hudari Encik Muhammad Solihin Mohamad Tajie

Timbalan Pengerusi :

Timbalan Pengerusi :

Setiausaha Bendahari

: : : : : : : : :

Ahli Jawatankuasa :

Ahli Jawatankuasa :

Dato’ Sham Mat Sahat Puan Najwa Mohd Azmir Haji Ibrahim Abdul Rahman Raja Nor Akmar Raja Abd Omar

Jurucakap Negeri Di PKTA Ke -34

1. Encik Mohd Shafie Md. Rejab

2. Encik Hamdan Murad

Jurucakap Negeri Di PKTA Ke -34

Koperasi Guru-Guru Melayu Kerian dan Selama Berhad

Koperasi Bela Rakyat Dewan Undangan Negeri Trong Perak Berhad

1. Encik Badrul Hisham Hanafiah

2. Haji Bujang Ahmad

Koperasi Industri Tenusu Pahang Berhad

Koperasi Pembangunan Daerah Bentong Berhad

3. Encik Ahmad Zamhuri Mahmud

Koperasi Gangga Negara Beruas Perak Berhad

PERSIDANGAN NEGERI 2019

11

Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) 2019 Pulau Pinang

Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) 2019 Sabah

Pengerusi

:

Haji Mohd Jamil Othman Haji Zubair Mohd Ghouse Haji Zakaria Othman

Pengerusi

:

Datuk Hajah Noraini Datuk Seri Panglima Haji Salleh Dr. Zhamriee Haji Gulam Rasul Encik Mohd. Ramlan Haji Mohd. Soon Haji Ag. Hamidun Pg. Tahir Petra Hajah Rokayah Datuk Seri Panglima Haji Salleh

Timbalan Pengerusi :

Timbalan Pengerusi :

Setiausaha Bendahari

: : : : : : : : :

Setiausaha Bendahari

: : : : : : : : :

Encik Zaini Sa’ad Encik Hassan Din Encik Saffie Ahmad

Ahli Jawatankuasa :

Ahli Jawatankuasa :

Puan Magdeline Mara’at Encik Mahidy Jasman Encik Asroh Sukardi

Dato’ Hajah Jumabi Mohamad Encik Ahmad Haji Atan Puan Nor Aini Othman Encik Ferdaus Md. Yusuf Haji Abdul Aziz Shikh Ahmad

Puan Dygku Nadiah Pg Abdul Halim Haji Abdul Razak Haji Awang Duraman

Hajah Halimah Yahya

Encik Syariman Alias

Encik Awang Ali Hassan Awang Sabtu

Jurucakap Negeri Di PKTA Ke -34

Jurucakap Negeri Di PKTA Ke -34

1. Encik Baharuddin Ahmad

2. Encik Rosli Hasan

1. Dato’ Seri Dr. Haji Arsit Haji Sedi Koperasi Pembangunan Usahasama Masyarakat Maju Sabah Berhad

2. Hajah Subiah Haji Laten

Koperasi SMK Gemilang Butterworth Berhad

Koperasi Erajaya Seberang Perai Berhad

Koperasi Kemajuan Cocos Balun Tawau Berhad

3. Encik Eddy Berhan Ruslan

Koperasi Pengguna Sabah Berhad

K operasi sekolah perlu memainkan peranan secara lebih holistik dan menjadi platform penting kepada pembangunan modal insan generasi muda demi melahirkan lebih ramai golongan Oleh : AIZAL AZIZAN BIN SAJARI Koperasi Sekolah Lahirkan Pelajar Inovatif faatkan oleh masyarakat. Beliau berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Majlis Dialog Pengetua Koperasi Sekolah Negeri Perak 2019. Program selama

muda berinovasi dan cenderung ke arah menjadikan bidang keusahawanan seba- gai kerjaya utama pada masa hadapan. Naib Presiden ANGKASA, Haji Mohamad Azmi Omaruddin berka- ta, guru perlu me- mainkan peranan yang penting dalam membimbing pelajar untuk menjadikan sekolah sebagai pusat menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih inovatif dan boleh diman-

» Sesi bergambar bersama peserta program. sehari tersebut berlangsung di Hotel Taiping Perdana, Taiping pada 8 April lalu dan dihadiri seramai 193 peserta dalam kalangan pengetua dan guru-guru koperasi sekolah seluruh negeri Perak. Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Perak, Haji Mohd Rosli Haji Basri.

Program anjuran Bahagian Koperasi Sekolah ANGKASA itu dianjurkan di setiap negeri bagi tujuan perkongsian maklumat dan halatuju gerakan koperasi sekolah khususnya di negeri Perak untuk tahun 2019. Sebanyak empat kertas kerja dibentangkan termasuk taklimat dan sesi pengalaman langsung oleh koperasi sekolah.

» Haji Mohamad Azmi Omaruddin, semasa memberikan penerangan

IKM 12 Penerapan Budaya Usahawan Dalam Kalangan Koperasi

Oleh : SITI HAJAR SAEY Institut Koperasi Malaysia K eusahawanan dilihat sebagai salah satu bidang yang sedang melonjak naik dalam era globalisasi ini. Selain itu, kemajuan teknologi pula selaras dengan pembangunan dunia keusahawanan yang mula diterokai oleh golongan muda. Melihat kepada perubahan ini, koperasi dilihat sebagai medium dalam membangunkan ekonomi sama ada anggota, komuniti dan negara. Gerakan koperasi merupakan sebuah gerakan yang memainkan peranan penting dalam pembangunan sosioekonomi anggota dan negara. Koperasi ditubuhkan bertujuan untuk mencapai kepentingan bersama di bidang ekonomi, sosial dan budaya melalui satu badan yang dimiliki bersama dan dikawal secara demokrasi. Keusahawanan dan bidang koperasi adalah dua istilah yang saling berhubung dan berkait rapat. Selain itu, keusahawanan koperasi bukan sahaja berfungsi sebagai penyumbang peningkatan pendapatan negara, malah ia merupakan pemangkin kepada perubahan sosial dan taraf ekonomi masyarakat terutamanya anggota koperasi itu sendiri. Oleh yang demikian, kelahiran anggota yang kompeten dalam bidang keusahawanan sangat penting dalam usaha untuk menjadikan koperasi lebih berdaya saing selari dengan sektor yang lain. Usahawan koperasi perlulah sentiasa mengenalpasti peluang, mengumpul dan menggunakan sumber selain bersedia mengambil risiko menghadapi ketidakpastian

dalam mencapai keuntungan serta pertumbuhan perniagaan. Selain itu, keusahawanan merupakan satu elemen yang menerapkan nilai inovatif dan kreatif dalam diri seorang peniaga. Penerapan nilai keusahawanan menggabungkan beberapa komponen seperti pengurusan, pemasaran, kepimpinan dan pengurusan strategik. Tujuan utama penerapan keusahawanan adalah untuk memberi peluang kepada koperator mengembangkan potensi diri untuk menjadi inovatif dan kreatif dalam dunia perniagaan. Manakala ciri yang perlu ada pada seseorang usahawan ialah kreatif, inovatif, pandai merebut peluang, bijak mengatur strategi dan bersedia menghadapi ancaman yang mendatang. Tahap kesediaan koperator dalam menceburi bidang keusahawanan perlu dititikberatkan dalam memastikan setiap ilmu yang diterapkan berjaya menghasilkan usahawan yang berjaya. Justeru, penerapan budaya keusahawanan adalah sangat perlu bagi merangsang minda setiap anggota dan warga kerja koperasi agar dapat menghasilkan suatu produk atau perkhidmatan yang kreatif, inovatif serta mampu memberi pulangan yang baik lebih-lebih lagi kepada sektor koperasi.

Usahawan (MED), satu intitusi pendidikan telah dipertanggungjawabkan bagi melahirkan para usahawan koperasi dan usahawan yang mahir dalam bidang perniagaan koperasi. Institut Koperasi Malaysia (IKM) yang ditubuhkan sejak tahun 1956 dilihat sebagai satu inisiatif yang berkesan dalam mendidik anggota koperasi menjadi insan berilmu selaras dengan strategi ke-3 Dasar Koperasi Negara (DKN) iaitu melahirkan modal insan cemerlang dalam bidang koperasi yang dapat melonjakkan ekonomi anggota dan negara. Para peserta disediakan dengan infrastruktur yang lengkap di samping tunjuk ajar menerusi program yang bersesuaian dengan bidang perniagaan mereka. Kepentingan bidang keusahawanan dijadikan sebagai kayu pengukur kepada IKM dalam membantu sektor koperasi dan negara melengkapkan diri dalam bidang keusahawanan. IKM dan ANGKASA telah mengambil pelbagai inisiatif untuk menggalakkan pembangunan keusahawanan koperasi. Di IKM sendiri, pelbagai kursus dan program telah dirancang bagi membolehkan penyampaian ilmu berkaitan perniagaan disampaikan kepada koperator. Malah, IKM dan ANGKASA telah mewujudkan bidang keberhasilan mengikut sektor. Program- program seperti ini diharap dapat menyumbang kepada melahirkan usahawan dalam kalangan koperasi yang berjaya.

Peranan

IKM

Dalam

Pembangunan

Keusahawanan Sehubungan itu, selaras dengan hasrat negara, melalui Kementerian Pembangunan

Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ Foto Ehsan : NOR AZAM SHAHBUDIN Edu Fun Run Jadi Acara Tahunan ANGKASA S eramai lebih 1,000 peserta menyertai Edu Fun Run anjuran Yayasan ANGKASA dan Sekretariat Rakan Larian dimulakan seawal jam 7 pagi selepas acara senamrobik diadakan, bermula dengan 6 km dan disusuli larian sejauh 3 km. Program tersebut dirasmikan

penaja yang terlibat adalah ANGKASA One, Setia Haruman, Koperasi Sejati Berhad, Panjang Langkah Trading, KOPEMA Berhad dan Prima Avenue. Pelbagai acara sam- pingan turut diadakan seperti sembang sihat, pelaburan bersama Bank Rakyat serta perkhidmatan KOPSYA,

Muda UKM (SRMUKM) dengan kerjasama Persatuan Alumni Yayasan ANGKASA dan Cyberjaya and Cycling Club di Tamarind Square, Cyberjaya, pada 28 April lalu.

oleh Timbalan Pengerusi Eksekutif, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Hajah Meriam Mat Nor. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, acara larian tersebut akan diadakan sebagai acara tahunan ANGKASA dalam melaksanakan tanggungjawab sosial koperasi kepada pelajar yang memerlukan dana. Beliau berkata, larian tersebut ber- tujuan untuk meningkatkan peluang dalam menyumbang kepada tabung pendidikan Yayasan ANGKASA. Melalui program itu juga, jalinan kerjasama dapat dilaksanakan antara sesama pihak yang terlibat, seiring dengan Prinsip Koperasi Ketujuh iaitu Prihatin Terhadap Masyarakat. Program tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada pelajar, individu, syarikat korporat dan koperasi. Antara

» Sebahagian peserta yang menyertai larian.

termasuk 100 cabutan bertuah. Anugerah Mengenang Jasa turut disampaikan kepada beberapa buah koperasi. ANGKASA terus membantu mempromosikan Cyberjaya dengan meningkatkan imej koperasi, selaras dengan hasrat SKM yang menjadikan Tamarind Square sebagai Bandar Koperasi. Turut hadir ialah Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Che Mohd Shukree Che Isa; Pengerusi Ahli Pemegang Amanah Yayasan ANGKASA, Haji Mutadho Bahri;

Ahli-Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan ANGKASA, Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri, Timbalan Pengarah SKM Selangor, Encik Jaafar Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya; Timbalan Naib Cancelor UKM, Prof Dato’ Dr Mohd Ekhwan Toriman serta Ikon Larian Edu Charity Fun Run, Dr Khairul Hafidz Alkhair Khairul Amin dan Pengarah Larian Amal Rakan Muda UKM, Muhammad Fawwaz Mohd Fitri.

» Ketua Pengarah EDU Charity Fun Run, Muhammad Fawwaz dan Penasihat Sekretariat Rakan Muda UKM, Nurul Safaniza Che Ani.

13 KOPERASI

KPMNJ Teroka Perniagaan Farmasi Oleh : MUHAMMAD AZMI BIN MOHAMED NADZAR Penolong Pengurus Pembangunan Bisnes Farmasi tersebut yang terletak

K operasi Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad (KPMNJ) kini menjadi koperasi pertama yang menjalankan perniagaan farmasi menggunakan lesen Francais Farmasi Constant di Negeri Johor.

francais dan pemasaran sebanyak RM100 ribu. KPMNJ telah menandatangani Perjanjian Usahasama (MoA) untuk menjalankan perniagaan Farmasi Constant dengan syarikat Bio-Chem Asia Pacific Sdn Bhd (Bio-Chem). Bio- Chem adalah merupakan pemegang ‘Master Franchise’ untuk rangkaian kedai Farmasi Constant bagi Negeri Johor. Pengerusi KPMNJ, Haji Ahmad Daud mewakili pihak KPMNJ dan Hajah Rabeah Shaikh Mohamed selaku Setiausaha manakala pihak Bio-Chem pula diwakili oleh Haji Md. Rosli Said dan Encik Muhammad Razi Md. Rosli selaku Pengarah Syarikat. Majlis ini turut disaksikan oleh Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan; Haji Masduki Jarkasi dan Haji Mokhtar A. Aziz yang merupakan Anggota Lembaga KPMNJ serta barisan Pengurusan Kanan KPMNJ.

KPMNJ menjangkakan perolehan bulanan dapat mencecah angka RM100 ribu untuk stok serta ubat- ubatan terkawal selain menetapkan sasaran keuntungan pada tahun kedua beroperasi. KPMNJ juga turut menyasarkan untuk membuka satu kedai Farmasi Constant di setiap daerah dalam Negeri Johor dan cawangan kedua kedai Farmasi dijangka akan dibuka di lokasi terpilih sama ada di Bandar Seri Alam atau di Masai pada tahun 2020. Mana-mana individu perseorangan atau badan koperasi yang berminat untuk menjalankan perniagaan ini serta mendapatkan maklumat lanjut berkenaan bisnes Farmasi Constant adalah dialu-alukan untuk menghubungi Bahagian Pembangunan Bisnes KPMNJ di talian 07-2232050 atau E-mel kepada: kpmnj @melayujohor.com.

di Jalan Sekoi, Bandar Baru UDA, Johor Bahru merupakan hasil inisiatif yang dijalankan demi pembangunan berterusan KPMNJ dengan modal sekitar RM300 ribu selain yuran

» Anggota Lembaga dan Pengurusan KPMNJ Serta Pengarah-Pengarah Syarikat Bio- Chem menunjukkan dokumen masing-masing selepas selesai majlis menandatangani MoA.

Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI Karnival Halal Muslim 2019

I nisiatif Koperasi Sepakat Per- lis Berhad menganjurkan prog- ram Karnival Halal Muslim Perlis 2019 dilihat sangat positif dalam usaha untuk menggalakkan penyertaan lebih ramai usahawan dapat menyertai rangkaian per- niagaan koperasi khususnya dalam industri halal. Program yang berlangsung

selama tiga hari itu bermula pada 26 April 2019 di Dataran Dato’ Sheikh Ahmad, Kangar dan disertai lebih 25 usahawan Muslim dari beberapa buah negeri. Menariknya, karnival ini juga turut disertai seramai 20 usahawan daripada Asosiasi IKM Acheh dan Jaringan Koperasi Islam Thailand yang mewakili 30 buah koperasi Islam di negara tersebut. Menurut Pengerusinya, Encik Umar Akem Abu Somad, penyertaan kali pertama dalam karnival tersebut dapat memberi gambaran dan juga peluang tentang rancangan untuk

» Pempamer dari Asosiasi IKM Acheh.

» Haji Sahimi Shari (kiri) dan Haji Bahari Ali menunjukkan buah mangga harum manis yang turut dijual di Karnival Halal Muslim.

menjalin kerjasama perniagaan antara kedua buah negara. Beliau juga turut menyatakan hasrat untuk mengadakan perbincangan secara lebih lanjut bersama ANGKASA bagi merealisasikan matlamat tersebut.

» Pempamer dari Jaringan Koperasi Islam Thailand.

Karnival Halal Muslim Perlis 2019 telah dirasmikan oleh EXCO Pembangunan Usahawan dan Industri Kecil Perlis, YB Tuan Azizan Sulaiman manakala perasmian penutup disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Perlis, Haji Sahimi Shari yang mewakili Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah. Turut hadir ialah Pengarah SKM Perlis, Encik Mohd Firdaus Ismail dan Pengerusi Koperasi Sepakat Perlis Berhad, Haji Bahari Ali.

» YB Tuan Azizan (kiri) turut meninjau gerai jualan sambil diiringi oleh Pengerusi Koperasi Sepakat Perlis Berhad, Haji Bahari Ali.

» Timbalan Pengerusi JPAN Perlis, Haji Sahimi Shari (duduk lima dari kiri) merasmikan Majlis Penutup Karnival Halal Muslim Perlis 2019.

ANGKASA 14

Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI S atu program taklimat dan majlis penyerahan sumbangan Infaq Lil-Waqf ANGKASA 2019 telah dijayakan di SMK Langkawi, Pulau Tuba, Langkawi pada 23 dan 24 April 2019. Program yang dianjurkan bersama Jabatan Pendidikan Negeri Kedah itu telah dirasmikan oleh Setiausaha JPAN Kedah, Tuan Haji Alimen Ahmad yang mewakili Pengerusi JPAN Kedah, Tuan Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh. Turut hadir ialah Pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Encik Shahrul Nizam Abdullah; Pengetua SMK Langkawi Pulau Tuba, Encik Nordin Abdullah dan Pengurus Besar Bahagian Pengurusan Syariah & Pembangunan ANGKASA, Haji Azhar Hamzah. Infaq Lil-Waqf ANGKASA Jayakan Program Serahan Di Pulau Tuba, Langkawi

» Seramai 100 pelajar dalam asnaf fisabilillah & fakir miskin turut menerima sumbangan Infaq Lil-Waqf ANGKASA berjumlah RM10 ribu. Mereka mewakili 4 buah sekolah iaitu SMK Langkawi, SK Pulau Tuba, SK Selat Bagan Nyior dan SK Lubuk Chempedak.

» Ziarah Cakna Pendidikan Infaq ANGKASA juga telah menziarahi kediaman 6 keluarga di sekitar Pulau Tuba dan Selat Bagan Nyior Langkawi serta menyampaikan sumbangan Infaq kepada keluarga tersebut. Program BA100 Bantu Transformasi Perniagaan Koperasi Oleh : MOHD. ZAKUAN AZMI “A NGKASA kini berperanan dalam memberikan beberapa pendekatan baharu dalam

» 3 buah masjid telah menerima sumbangan wakaf telekung sebanyak 100 helai iaitu Masjid Pulau Tuba, Masjid Lubuk Chempedak dan Masjid Selat Bagan Nyior.

Beliau berkata de- mikian sewaktu berucap pada Majlis Pra Pelancaran dan Sidang Akhbar Program Pembekalan Barangan Asas 100 (BA100) di Masjid Saujana Utama di Sg. Buloh, Selangor pada 5 Mei lalu. Hadir dalam majlis tersebut ialah

Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Operasi ANGKASA, Datuk Haji Abdullah Jusoh. Turut hadir ialah Ahli Jawatankuasa JPAN Selangor yang juga Pengerusi Koperasi Kariah Masjid As-Salam Puchong Perdana Berhad, Haji Yasim Mohamed.

usaha untuk membantu kerajaan mengurangkan harga barangan runcit di pasaran melalui BA100,” ujarnya. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, pelaksanaan program BA100 akan dimulakan secara offline di kiosk dan kedai-kedai koperasi sebelum dikembangkan secara maya menerusi aplikasi online . Katanya, isu harga barangan asas yang semakin meningkat di pasaran menjadi permasalahan yang harus diberi perhatian dan ditangani oleh gerakan koperasi bagi membantu meringankan beban pengguna. Penglibatan secara langsung antara ANGKASA dengan koperasi akan dilaksana secara berperingkat. Ia bagi meningkatkan rangkaian perniagaan peruncitan dalam usaha ANGKASA

Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor, Dato’ Haji Mohd

» Dato’ Abdul Fattah merasmikan pusat jualan produk BA100 Koperasi Kariah Masjid Saujana Utama Sg. Buloh Berhad.

untuk memperkasa Program Bekalan Barangan Asas 100 (BA100) selain membantu mentransformasi perniagaan koperasi.

Alias Pengerusi Koperasi Kariah Masjid Saujana Utama Sg. Buloh Berhad, Encik Hasnan Haji Mustapha; Ketua Hamzah;

» Dato’ Abdul Fattah mencuba sistem online BA100 di kiosk Koperasi Kariah Masjid Saujana Utama Sg. Buloh Berhad.

15 KOPERASI

Teroka Pelbagai Cabang Ilmu Program Santai Wanita ANGKASA Pahang Zon 2

Pelbagai aktiviti ilmu dijalankan termasuk pengisian slot ceramah juga turut diadakan dengan menampilkan penceramah berkaliber dari LPPKN Negeri Pahang, Slot Kerohanian oleh Ustazah Ainun Mardhiah dari Institut Koperasi Malaysia Zon Timur. Turut sama dalam perasmian tersebut ialah Setiausaha JPAN Pahang Zon 2, Encik Razali Haji Abdul Manaf; Ketua Biro Wanita JPAN

Oleh : MOHD FARID MUZAMIL Pegawai Penyelaras Negeri Pahang Zon 2

» Aktiviti di pusat ternakan kelulut.

» Sebahagian peserta program bergambar kenangan.

‘P rogram Santai Wanita ANGKASA Pahang Zon 2’ anjuran Biro Wanita Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Pahang Zon 2 berjaya mencapai matlamat penganjurannya dan telah mem-

bermula 28 April dan dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin, Pengerusi Jawatan- kuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangu- nan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang.

beri impak positif kepada 40 koperator yang hadir untuk mendalami pelbagai bidang ilmu dan pengalaman baharu. Program yang berlangsung di D’ bedara Kg. Tok Langit, Bera itu telah berlangsung selama dua hari

Pahang Zon 2, Hajah Hasanah Wok Bakar; Pengerusi Koperasi Desa Lestari Seberang Guai Bera Berhad (KOSUGU), Encik Shafie Yahya dan Dato’ Sabariah Saidan, Pemilik Kafeteria D’Bedara.

Bantu Tingkatkan Peranan Anggota dan Tanggungjawab Sosial Koperasi Kursus Pengurusan Jenazah

ANGKASA DENGAN KERJASAMA ERA INTERMERGE SDN. BHD. PEMBANGUNAN PERNIAGAAN KOPERASI SEKOLAH

ERA /JOHNSON THE RIGHT SHOES

Untuk Pelajar Jenis: Kulit

Untuk Pelajar Jenis: Micro Fibre

Oleh : SUBAIZAH BAHARUDDIN Pegawai ANGKASA Negeri, Perhubungan ANGKASA Negeri Pahang Zon 1 J awatankuasa Warga Emas Daerah Kuantan Berhad telah mengambil pendekatan dengan menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah kepada warga koperasi. Program yang dijalankan pada bulan April lalu di Kuantan telah disertai seramai 60 koperator yang terdiri daripada anggota-anggota koperasi di sekitar bandar Kuantan. Menurut Pengerusi JPAN Pahang Zon 1, Haji Mohd Zahidi Haji Husain, program itu adalah sebahagian daripada Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Pahang Zon 1 dengan kerjasama Koperasi

aktiviti bagi memupuk tahap kesedaran dan peka dengan tanggungjawab sosial koperasi. Katanya, penganjuran kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada anggota koperasi tentang pengurusan jenazah yang tepat dan seiring dengan syariat Islam. Kursus ini diharap dapat membantu mendidik anggota koperasi supaya meneruskan tanggungjawab pengurusan jenazah di kariah masing-masing dan seterusnya menyemai persaudaraan dan bertanggungjawab sesama anggota koperasi.

Untuk Guru Wanita Jenis: Kulit

Untuk Guru Lelaki Jenis: Kulit

Buatan Kilang Bumiputera Jaminan Kualiti Sehingga 6 Bulan

CARA TEMPAHAN: Tempahan boleh dibuat melalui Koperasi sekolah dan boleh juga dilakukan melalui tempahan yang telah disediakan melalui online atau manual Emel : eraintermerge@gmail.com No Tel: +603 - 7832 7478 / 79 Fax: +603 - 7832 7472

Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease