IKM 12 Penerapan Budaya Usahawan Dalam Kalangan Koperasi
Oleh : SITI HAJAR SAEY Institut Koperasi Malaysia K eusahawanan dilihat sebagai salah satu bidang yang sedang melonjak naik dalam era globalisasi ini. Selain itu, kemajuan teknologi pula selaras dengan pembangunan dunia keusahawanan yang mula diterokai oleh golongan muda. Melihat kepada perubahan ini, koperasi dilihat sebagai medium dalam membangunkan ekonomi sama ada anggota, komuniti dan negara. Gerakan koperasi merupakan sebuah gerakan yang memainkan peranan penting dalam pembangunan sosioekonomi anggota dan negara. Koperasi ditubuhkan bertujuan untuk mencapai kepentingan bersama di bidang ekonomi, sosial dan budaya melalui satu badan yang dimiliki bersama dan dikawal secara demokrasi. Keusahawanan dan bidang koperasi adalah dua istilah yang saling berhubung dan berkait rapat. Selain itu, keusahawanan koperasi bukan sahaja berfungsi sebagai penyumbang peningkatan pendapatan negara, malah ia merupakan pemangkin kepada perubahan sosial dan taraf ekonomi masyarakat terutamanya anggota koperasi itu sendiri. Oleh yang demikian, kelahiran anggota yang kompeten dalam bidang keusahawanan sangat penting dalam usaha untuk menjadikan koperasi lebih berdaya saing selari dengan sektor yang lain. Usahawan koperasi perlulah sentiasa mengenalpasti peluang, mengumpul dan menggunakan sumber selain bersedia mengambil risiko menghadapi ketidakpastian
dalam mencapai keuntungan serta pertumbuhan perniagaan. Selain itu, keusahawanan merupakan satu elemen yang menerapkan nilai inovatif dan kreatif dalam diri seorang peniaga. Penerapan nilai keusahawanan menggabungkan beberapa komponen seperti pengurusan, pemasaran, kepimpinan dan pengurusan strategik. Tujuan utama penerapan keusahawanan adalah untuk memberi peluang kepada koperator mengembangkan potensi diri untuk menjadi inovatif dan kreatif dalam dunia perniagaan. Manakala ciri yang perlu ada pada seseorang usahawan ialah kreatif, inovatif, pandai merebut peluang, bijak mengatur strategi dan bersedia menghadapi ancaman yang mendatang. Tahap kesediaan koperator dalam menceburi bidang keusahawanan perlu dititikberatkan dalam memastikan setiap ilmu yang diterapkan berjaya menghasilkan usahawan yang berjaya. Justeru, penerapan budaya keusahawanan adalah sangat perlu bagi merangsang minda setiap anggota dan warga kerja koperasi agar dapat menghasilkan suatu produk atau perkhidmatan yang kreatif, inovatif serta mampu memberi pulangan yang baik lebih-lebih lagi kepada sektor koperasi.
Usahawan (MED), satu intitusi pendidikan telah dipertanggungjawabkan bagi melahirkan para usahawan koperasi dan usahawan yang mahir dalam bidang perniagaan koperasi. Institut Koperasi Malaysia (IKM) yang ditubuhkan sejak tahun 1956 dilihat sebagai satu inisiatif yang berkesan dalam mendidik anggota koperasi menjadi insan berilmu selaras dengan strategi ke-3 Dasar Koperasi Negara (DKN) iaitu melahirkan modal insan cemerlang dalam bidang koperasi yang dapat melonjakkan ekonomi anggota dan negara. Para peserta disediakan dengan infrastruktur yang lengkap di samping tunjuk ajar menerusi program yang bersesuaian dengan bidang perniagaan mereka. Kepentingan bidang keusahawanan dijadikan sebagai kayu pengukur kepada IKM dalam membantu sektor koperasi dan negara melengkapkan diri dalam bidang keusahawanan. IKM dan ANGKASA telah mengambil pelbagai inisiatif untuk menggalakkan pembangunan keusahawanan koperasi. Di IKM sendiri, pelbagai kursus dan program telah dirancang bagi membolehkan penyampaian ilmu berkaitan perniagaan disampaikan kepada koperator. Malah, IKM dan ANGKASA telah mewujudkan bidang keberhasilan mengikut sektor. Program- program seperti ini diharap dapat menyumbang kepada melahirkan usahawan dalam kalangan koperasi yang berjaya.
Peranan
IKM
Dalam
Pembangunan
Keusahawanan Sehubungan itu, selaras dengan hasrat negara, melalui Kementerian Pembangunan
Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ Foto Ehsan : NOR AZAM SHAHBUDIN Edu Fun Run Jadi Acara Tahunan ANGKASA S eramai lebih 1,000 peserta menyertai Edu Fun Run anjuran Yayasan ANGKASA dan Sekretariat Rakan Larian dimulakan seawal jam 7 pagi selepas acara senamrobik diadakan, bermula dengan 6 km dan disusuli larian sejauh 3 km. Program tersebut dirasmikan
penaja yang terlibat adalah ANGKASA One, Setia Haruman, Koperasi Sejati Berhad, Panjang Langkah Trading, KOPEMA Berhad dan Prima Avenue. Pelbagai acara sam- pingan turut diadakan seperti sembang sihat, pelaburan bersama Bank Rakyat serta perkhidmatan KOPSYA,
Muda UKM (SRMUKM) dengan kerjasama Persatuan Alumni Yayasan ANGKASA dan Cyberjaya and Cycling Club di Tamarind Square, Cyberjaya, pada 28 April lalu.
oleh Timbalan Pengerusi Eksekutif, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Hajah Meriam Mat Nor. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, acara larian tersebut akan diadakan sebagai acara tahunan ANGKASA dalam melaksanakan tanggungjawab sosial koperasi kepada pelajar yang memerlukan dana. Beliau berkata, larian tersebut ber- tujuan untuk meningkatkan peluang dalam menyumbang kepada tabung pendidikan Yayasan ANGKASA. Melalui program itu juga, jalinan kerjasama dapat dilaksanakan antara sesama pihak yang terlibat, seiring dengan Prinsip Koperasi Ketujuh iaitu Prihatin Terhadap Masyarakat. Program tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada pelajar, individu, syarikat korporat dan koperasi. Antara
» Sebahagian peserta yang menyertai larian.
termasuk 100 cabutan bertuah. Anugerah Mengenang Jasa turut disampaikan kepada beberapa buah koperasi. ANGKASA terus membantu mempromosikan Cyberjaya dengan meningkatkan imej koperasi, selaras dengan hasrat SKM yang menjadikan Tamarind Square sebagai Bandar Koperasi. Turut hadir ialah Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Che Mohd Shukree Che Isa; Pengerusi Ahli Pemegang Amanah Yayasan ANGKASA, Haji Mutadho Bahri;
Ahli-Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan ANGKASA, Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri, Timbalan Pengarah SKM Selangor, Encik Jaafar Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya; Timbalan Naib Cancelor UKM, Prof Dato’ Dr Mohd Ekhwan Toriman serta Ikon Larian Edu Charity Fun Run, Dr Khairul Hafidz Alkhair Khairul Amin dan Pengarah Larian Amal Rakan Muda UKM, Muhammad Fawwaz Mohd Fitri.
» Ketua Pengarah EDU Charity Fun Run, Muhammad Fawwaz dan Penasihat Sekretariat Rakan Muda UKM, Nurul Safaniza Che Ani.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease