Wadah PELANCAR Edisi Jun 2019

13 KOPERASI

KPMNJ Teroka Perniagaan Farmasi Oleh : MUHAMMAD AZMI BIN MOHAMED NADZAR Penolong Pengurus Pembangunan Bisnes Farmasi tersebut yang terletak

K operasi Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad (KPMNJ) kini menjadi koperasi pertama yang menjalankan perniagaan farmasi menggunakan lesen Francais Farmasi Constant di Negeri Johor.

francais dan pemasaran sebanyak RM100 ribu. KPMNJ telah menandatangani Perjanjian Usahasama (MoA) untuk menjalankan perniagaan Farmasi Constant dengan syarikat Bio-Chem Asia Pacific Sdn Bhd (Bio-Chem). Bio- Chem adalah merupakan pemegang ‘Master Franchise’ untuk rangkaian kedai Farmasi Constant bagi Negeri Johor. Pengerusi KPMNJ, Haji Ahmad Daud mewakili pihak KPMNJ dan Hajah Rabeah Shaikh Mohamed selaku Setiausaha manakala pihak Bio-Chem pula diwakili oleh Haji Md. Rosli Said dan Encik Muhammad Razi Md. Rosli selaku Pengarah Syarikat. Majlis ini turut disaksikan oleh Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan; Haji Masduki Jarkasi dan Haji Mokhtar A. Aziz yang merupakan Anggota Lembaga KPMNJ serta barisan Pengurusan Kanan KPMNJ.

KPMNJ menjangkakan perolehan bulanan dapat mencecah angka RM100 ribu untuk stok serta ubat- ubatan terkawal selain menetapkan sasaran keuntungan pada tahun kedua beroperasi. KPMNJ juga turut menyasarkan untuk membuka satu kedai Farmasi Constant di setiap daerah dalam Negeri Johor dan cawangan kedua kedai Farmasi dijangka akan dibuka di lokasi terpilih sama ada di Bandar Seri Alam atau di Masai pada tahun 2020. Mana-mana individu perseorangan atau badan koperasi yang berminat untuk menjalankan perniagaan ini serta mendapatkan maklumat lanjut berkenaan bisnes Farmasi Constant adalah dialu-alukan untuk menghubungi Bahagian Pembangunan Bisnes KPMNJ di talian 07-2232050 atau E-mel kepada: kpmnj @melayujohor.com.

di Jalan Sekoi, Bandar Baru UDA, Johor Bahru merupakan hasil inisiatif yang dijalankan demi pembangunan berterusan KPMNJ dengan modal sekitar RM300 ribu selain yuran

» Anggota Lembaga dan Pengurusan KPMNJ Serta Pengarah-Pengarah Syarikat Bio- Chem menunjukkan dokumen masing-masing selepas selesai majlis menandatangani MoA.

Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI Karnival Halal Muslim 2019

I nisiatif Koperasi Sepakat Per- lis Berhad menganjurkan prog- ram Karnival Halal Muslim Perlis 2019 dilihat sangat positif dalam usaha untuk menggalakkan penyertaan lebih ramai usahawan dapat menyertai rangkaian per- niagaan koperasi khususnya dalam industri halal. Program yang berlangsung

selama tiga hari itu bermula pada 26 April 2019 di Dataran Dato’ Sheikh Ahmad, Kangar dan disertai lebih 25 usahawan Muslim dari beberapa buah negeri. Menariknya, karnival ini juga turut disertai seramai 20 usahawan daripada Asosiasi IKM Acheh dan Jaringan Koperasi Islam Thailand yang mewakili 30 buah koperasi Islam di negara tersebut. Menurut Pengerusinya, Encik Umar Akem Abu Somad, penyertaan kali pertama dalam karnival tersebut dapat memberi gambaran dan juga peluang tentang rancangan untuk

» Pempamer dari Asosiasi IKM Acheh.

» Haji Sahimi Shari (kiri) dan Haji Bahari Ali menunjukkan buah mangga harum manis yang turut dijual di Karnival Halal Muslim.

menjalin kerjasama perniagaan antara kedua buah negara. Beliau juga turut menyatakan hasrat untuk mengadakan perbincangan secara lebih lanjut bersama ANGKASA bagi merealisasikan matlamat tersebut.

» Pempamer dari Jaringan Koperasi Islam Thailand.

Karnival Halal Muslim Perlis 2019 telah dirasmikan oleh EXCO Pembangunan Usahawan dan Industri Kecil Perlis, YB Tuan Azizan Sulaiman manakala perasmian penutup disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Perlis, Haji Sahimi Shari yang mewakili Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah. Turut hadir ialah Pengarah SKM Perlis, Encik Mohd Firdaus Ismail dan Pengerusi Koperasi Sepakat Perlis Berhad, Haji Bahari Ali.

» YB Tuan Azizan (kiri) turut meninjau gerai jualan sambil diiringi oleh Pengerusi Koperasi Sepakat Perlis Berhad, Haji Bahari Ali.

» Timbalan Pengerusi JPAN Perlis, Haji Sahimi Shari (duduk lima dari kiri) merasmikan Majlis Penutup Karnival Halal Muslim Perlis 2019.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease