Wadah PELANCAR Edisi Jun 2019

2

ANGKASA

Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI ANGKASA Perak Serah Zakat RM202,512.44

Zakat perniagaan tersebut yang berjumlah RM202,512.44 telah disampaikan oleh Naib Presiden ANGKASA, Haji Mohamad Azmi Omaruddin yang mewakili Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Perak, Haji Mohd Rosli Haji Basri dan Pengurus Besar Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA, Haji Azhar Hamzah. Jumlah keseluruhan pengagihan zakat perniagaan ANGKASA bagi tahun 2018 telah meningkat kepada RM2,240,489.68 berbanding tahun 2017 iaitu sebanyak RM2,032,477.56.

» Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menerima cek zakat perniagaan yang disampaikan oleh Naib Presiden ANGKASA, Haji Mohamad Azmi Omaruddin.

D YMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Mahgfur- Lah telah berkenan menerima menghadap bagi menyempurnakan Majlis Penyerahan Cek-Cek Zakat

Pada majlis tersebut, baginda telah menerima zakat perniagaan ANGKASA Negeri Perak tahun 2018 sebagai mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan dalam majlis yang berlangsung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Perniagaan sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak 1440H.

» Bergambar bersama DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah selepas selesai menunaikan solat Terawih. Turut sama di dalam gambar ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (dua dari kanan).

Dari Meja Presiden ANGKASA

adalah seperti promosi dan periklanan termasuk mengadakan demonstrasi produk serta penajaan. Menerusinya, produk akan lebih dikenali dan pengguna akan mendapat panduan secara lebih jelas tentang kepentingan produk tersebut kepada mereka. Nilai komersial juga mampu meletakkan harga produk lebih terkawal dan murah kerana produk dapat dibangun atau dipasarkan dalam kapasiti yang lebih besar. Keseimbangan antara jumlah pengeluaran dan pendekatan promosi diyakini mampu menjana jualan yang lebih besar.

Koperasi tidak perlu gusar untuk mengeluarkan apa sahaja produk mengikut minat dan kepakaran mereka asalkan tidak memandang rendah istilah ‘nilai komersial’ sesebuah produk. Konsistensi antara keduanya diharap mampu meletakkan produk menjadi lebih kompetitif dan berjaya di pasaran.

bukan berada dalam kategori barangan perlu, maka keputusan untuk membelinya akan berada pada fasa terakhir belian mereka atau lebih jelas, bukan produk pilihan. Justeru, koperasi yang menjalankan aktiviti perniagaan barangan yang dianggap sebagai ‘bukan perlu’ harus mengambil beberapa pendekatan khusus bagi memastikan produk yang dihasil dan dipasarkan itu mempunyai nilai komersial bagi menarik minat pelanggan. Antara yang boleh diberi penekanan

D unia perniagaan berasaskan produk tidak dapat lari dari istilah ‘nilai komersial’. Keupayaan untuk menarik minat pengguna agar memilih produk yang dijual lazimnya dipengaruhi oleh kekuatan nilai komersial dan memberi kesan terhadap kelangsungan produk tersebut di pasaran. Nyata kini masyarakat semakin berhati-hati dalam berbelanja dan pastinya jika sesuatu produk tersebut

SIDANG PENGARANG

Presiden Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah

Panel Penasihat Editorial Dato’ Haji A. Aziz Deraman Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Haji Nasir Khan Yahaya

Pengurus Mohd. Zakuan Azmi

Pereka Grafik Faizatulliza Mohd. Nor

Pruf Dan Rekaletak Haji Anuar Ismail Datin Hajah Fauziah Zainal

Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd. Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam,

Timbalan Presiden Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail

Penolong Pengarang Nor Azah Abd. Aziz Wan Adlina Wan Ab. Aziz

Pemberita / Jurugambar Rahmat Mohd. Did Aizal Azizan Sajari

Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Sekretariat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com

Selangor Darul Ehsan. Telefon: 03-5101 3388 Faks: 03-5101 3600

Naib Presiden Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan Haji Mohamad Azmi Omaruddin Dr. Mohd. Azlan Yahya Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa

Pegawai Media Sosial Nadiah Kamarudin

Pengurus Besar Bahagian Sekretariat Halim Haji Ibrahim

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease