3
KOPERASI
Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ Bank Rakyat Terus Unggul
B ank Rakyat terus kukuh dengan pemilikan aset berjumlah RM106.89 bilion dan keanggotaan hampir 1 juta. Semuanya adalah hasil perniagaan dan sumbangan rakyat Malaysia yang terus menaruh kepercayaan tinggi terhadap bank koperasi terunggul ini. » Datuk Seri Mohd Redzuan memukul gong sebagai gimik perasmian Mesyuarat Agung Bank Rakyat 2019.
Demikian menurut Menteri Pembangunan Usahawan, YB. Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Bank Rakyat 2019 bertempat di Dewan Tun Abd Razak, Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur pada 4 Mei 2019 lalu. Beliau turut melahirkan rasa penghargaan kepada Bank Rakyat yang telah berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai bank koperasi terbesar dan institusi perbankan Islam kedua di Malaysia. Katanya, komitmen berterusan Bank Rakyat bakal meletakkannya pada kedudukan salah sebuah bank dalam Kategori 10 Bank Islam Terbaik Di Dunia di bawah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB). Sementara itu, Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Noripah Kamso berkata, Bank Rakyat komited dalam melaksanakan inisiatif menyokong misi kementerian bagi melebarkan keusahawanan Malaysia Baharu ke setiap lapisan geopolitik sekaligus selari dengan misi MED yang mahu melahirkan lebih ramai usahawan berintegriti dan kompetitif di pasaran global. Beliau berharap agar Bank Rakyat terus membentuk jalinan strategik dengan pelbagai pihak bagi mencapai matlamat untuk menjadi pencetus kepada transformasi gerakan koperasi dan keusahawanan di negara ini. Turut hadir dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Agung tersebut ialah Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Wira Dr. Mohd Hatta Ramli; Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi; Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Nordin Salleh; Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah; Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail dan Naib Presiden ANGKASA, Haji Mohamad Azmi Omarudin.
» Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan.
» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah bergambar bersama sebahagian perwakilan yang hadir.
» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah dan Naib presiden, Haji Mohamad Azmi Omarudin bergambar bersama sebahagian perwakilan yang hadir.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease