4
KOPERASI
Oleh : NADIAH KAMARUDIN
CBP Lancar Logo Baharu Dan Perkhidmatan Bank Bergerak
» YB Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof ketika menyampaikan ucapan perasmian.
» YB Datuk Seri Mohd Redzuan ketika melawat bank bergerak CBP.
B ermula daripada sebuah koperasi pertanian yang kecil, Co-opbank Pertama (CBP) semakin pesat berkembang sehingga mampu mencatat perolehan pada tahun lalu sebanyak RM52.6 juta dengan sokongan keahlian seramai 80,000 anggota selain memiliki 22 cawangan di seluruh negara. Menurut Menteri Pembangunan Usahawan, YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, pencapaian CBP merupakan antara contoh terbaik yang menunjukkan koperasi kekal relevan kepada pembangunan ekonomi negara. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelancaran Logo Baharu & Perkhidmatan Bank Bergerak CBP di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 30 April 2019. Tambah beliau lagi, Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) sedang mengkaji semula cadangan pindaan Akta Koperasi 1993 dan Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 supaya pindaan yang dibuat adalah selari dengan hala tuju kerajaan untuk meningkatkan sumbangan koperasi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Sumbangan koperasi kepada KDNK sehingga Jun 2018 adalah sebanyak RM22.5 bilion berdasarkan rekod Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Daripada jumlah tersebut, sebanyak 60 peratus atau RM13.6 bilion adalah hasil
sumbangan CBP dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad yang merupakan koperasi berfungsi perbankan. Logo baharu CBP adalah lanjutan dari penjenamaan semula dan penukaran nama institusi kewangan tersebut sejak September 2018. Dalam majlis yang sama, Perkhidmatan Bank Bergerak CBP juga telah dilancarkan dan mula beroperasi di sekitar Lembah Klang dan Johor pada awal bulan Mei 2019. Menurut Pengerusi CBP, Haji Kamari Zaman Juhari, Perkhidmatan Bank Bergerak CBP merupakan salah satu initiatif strategik CBP untuk meningkatkan capaian perkhidmatan perbankan kepada pelanggan terutama di kawasan-kawasan yang berjauhan dari cawangan CBP. Perkhidmatan yang disediakan oleh bank bergerak tersebut adalah transaksi perbankan asas seperti penambahan, pengeluaran deposit serta pemindahan dana tanpa perlu ke cawangan. Turut hadir ke majlis tersebut ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan Malaysia, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi; Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Nordin Salleh; Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah; Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Encik Mohd. Nor Abd. Razak.
» YB Datuk Seri Mohd Redzuan meletakkan tangan pada skrin tanda gimik merasmikan Majlis Pelancaran Logo Baharu & Perkhidmatan Bank Bergerak CBP di PWTC pada 30 April 2019. Turut bersama ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan Malaysia, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi (kanan sekali); Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Nordin Salleh (dua dari kiri); Pengerusi CBP, Tuan Haji Kamari Zaman Juhari (tiga dari kiri); Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Encik Mohd. Nor Abd. Razak (dua dari kanan) dan penceramah agama terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid yang telah dipilih sebagai ikon CBP (paling kiri).
» Ahli Lembaga CBP bergambar kenangan bersama YB Datuk Seri Mohd Redzuan.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease