5
KOPERASI
Bantu Lahir Lebih Ramai Usahawan Koperasi Usaha SAGUMPAS Jalankan Perniagaan Stesen Minyak
» Produk Usahasama koperasi turut dijual di kiosk SMART.
Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI
U saha sama antara dua buah koperasi iaitu Koperasi Guru Melayu Pahang Selatan (SAGUMPAS) dengan Koperasi Felda Jengka 19 mengusahakan perniagaan stesen minyak SMART wajar dipuji selain boleh dijadikan sebagai contoh terbaik kepada mana-mana koperasi yang berhasrat untuk menjalankan perniagaan yang sama. Selain dapat memberikan perkhid- matan khususnya masyarakat bagi men- dapatkan kemudahan mengisi minyak kenderaan khususnya di kawasan luar bandar, stesen minyak ini juga turut dilengkapi dengan beberapa kemudahan lain seperti kedai serbaneka, mesin ATM dan pusat pembayaran bil setempat. Majlis perasmian pembukaan Stesen Minyak Mini SMART di FELDA Siantan Jengka 19, Maran Pahang telah berlangsung pada 2 Mei 2019 dan dirasmikan oleh Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Beliau ketika berucap dalam majlis perasmian pembukaan stesen minyak tersebut berkata, selain boleh menjana pendapatan yang tinggi hasil jualan minyak petrol dan diesel, koperasi ini juga dapat
membantu memperkasa sosioekonomi masyarakat setempat menerusi peluang pekerjaan selain membantu merancakkan aktiviti keusahawanan dengan menjual produk koperasi serta perkhidmatan berkaitan. Menurut beliau lagi, kejayaan program SMART dengan kerjasama KPDNHEP, Petronas,SKM serta sokongan dari pelbagai agensi kerajaan negeri telah berjaya mencapai matlamat untuk memenuhi hasrat kerajaan dalam menyediakan kemudahan demi kesejahteraan rakyat khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman sekaligus dapat mengurangkan kos sara hidup rakyat. Program ini juga katanya akan dapat melahirkan lebih ramai usahawan koperasi di bawah payung SMART meliputi pelbagai cabang perniagaan seperti peruncitan, insuran, kontraktor pembinaan, pembekal produk IKS, pengangkutan bahan petroleum, pengiklanan dan khidmat perundingan. Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Muez Abd. Aziz; Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah dan Pengerusi SAGUMPAS, Haji Mohd Hanifah Koya Moideen. Sehingga Mei 2019, data keahlian ANGKASA merekodkan sebanyak 87 koperasi ahli terlibat dalam perniagaan stesen minyak di seluruh negara dengan perolehan tahunan sekitar RM60.3 juta.
» YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengisi minyak kenderaan pertama di stesen minyak mini SMART Felda Siantan.
» Senarai perbandingan harga petroleum semasa turut dipaparkan secara digital.
» Stesen minyak mini SMART Felda Siantan, Jengka 19, Maran Pahang.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease