Wadah PELANCAR Edisi Jun 2019

6

PENGANTARABANGSAAN KOPERASI

aroundtheworld.coop Mendokumentasi Pencapaian, Kejayaan Koperasi MRSM Kepala Batas Oleh : NADIAH KAMARUDIN G erakan Koperasi Sekolah di Malaysia terus menerima pengiktirafan antarabangsa

apabila around-theworld.coop, se- buah projek yang disokong oleh International Co-operative Alliance (ICA) dan dibiayai bersama oleh Kesatuan Eropah telah memilih untuk mendokumentasikan ak- tiviti dan pencapaian Koperasi MRSM Kepala Batas di Pulau Pinang selama 10 hari pada bulan Mac 2019. Video tersebut yang telah dirakam oleh Sara Vicari dan Andrea Mancori dari Italy, telah ditayangkan buat pertama kalinya dalam majlis Showcase Video Malaysian School Co-operative for “aroundtheworld.coop” Project di Auditorium ANGKASA, Wisma Ungku A. Aziz pada 29 April 2018. Sara dan Andrea sedang dalam misi menjelajah ke 15 buah negara untuk merakam aktiviti koperasi di setiap negara yang

» Tetamu kehormat bergambar bersama pelajar-pelajar sekolah yang turut hadir ke tayangan video koperasi sekolah oleh Sara Vicari (baris depan, sembilan dari kanan) dan Andrea Mancori (baris depan, lapan dari kanan).

dilawati oleh mereka. Melalui misi ini, mereka berharap dapat menceritakan bagaimana koperasi memainkan peranan yang begitu penting dalam meningkatkan taraf hidup sesebuah masyarakat dan memberi inspirasi kepada anak-anak muda untuk terlibat dalam keusahawanan. Setakat ini, mereka telah membuat rakaman video di beberapa buah negara iaitu Itali, Maghribi, Rwanda, Malaysia dan Nepal. Menurut Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah, cadangan ICA supaya pasangan tersebut memilih koperasi sekolah sebagai topik rakaman mereka adalah tepat memandangkan koperasi sekolah telah bertapak di Malaysia sejak 1968 serta telah mencatat pelbagai jenis pencapaian dan kejayaan sehingga kini. Dalam majlis yang sama, video mengenai Cooperative Toudarte, sebuah koperasi di Maghribi yang menghasilkan minyak argan tulen dan ‘Altri Orizzonti – Jerry Essan Masslo’ Cooperative, sebuah koperasi di Itali yang membantu memperbaiki taraf sosio-ekonomi anak- anak muda turut ditayangkan. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Duta Besar Itali ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Cristiano Maggipinto; Duta Besar Maghribi ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Mohamed Reda Benkhaldoun; Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Naib-Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dr. Mohd Azlan Yahya dan Dato’ Che Mohd Shukree Che Isa; Pengarah Serantau ICA-Asia Pacific, Mr. Balu Iyer; Pengarah Bahagian Promosi dan Penggalakan Koperasi Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Encik Rusli Jaafar dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya. Untuk maklumat lanjut mengenai aroundtheworld.coop, sila layari laman web rasmi, aroundtheworld.coop atau boleh berkunjung ke Facebook rasmi, http://facebook.com/aroundtheworldcoop atau Twitter rasmi, http://twitter.com/aroundcoop

» Dato’ Abdul Fattah (paling kiri) menyampaikan cenderamata kepada Duta Besar Itali ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Cristiano Maggipinto. Turut bersama, Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail (dua dari kanan) dan Pengarah Bahagian Promosi dan Penggalakan Koperasi Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Encik Rusli Jaafar (paling kanan).

» Duta Besar Maghribi ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Mohamed Reda Benkhaldoun (dua dari kiri) turut menerima cenderamata daripada ANGKASA.

» Pelajar-pelajar sekolah menengah sekitar Lembah Klang turut dijemput untuk memeriahkan majlis.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease