Wadah PELANCAR Edisi Jun 2019

7

KOPERASI

Pembiayaan Mesra Ramadan Untuk Anggota

Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ

S etiap koperasi yang berdaftar di bawah Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA (KOPSYA), layak memohon pembiayaan kewangan maksimum sebanyak RM30,000 bagi menjalankan pelbagai jenis perniagaan sempena bulan Ramadan tahun ini. Tujuan utama pembiayaan ter- sebut diadakan untuk membantu koperasi meningkatkan pendapatan tambahan dan bayaran balik pem- biayaan boleh dibuat dalam tempoh enam hingga 12 bulan. Demikian menurut Pengerusinya merangkap Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah pada Mesyuarat Agung Perwakilan KOPSYA Kali Ke- 7, yang diadakan di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya, 4 Mei lalu. Program di bawah Mesra Ramadan itu merupakan inisiatif KOPSYA dalam membantu 1,400 koperasi anggota yang berdaftar, khususnya koperasi wanita dan ibu tunggal. Skim pembiayaan tersebut memperuntukkan pembiayaan sebanyak RM3 juta kepada 100 koperasi wanita dan ibu tunggal yang ingin menjalankan perniagaan.

KOPSYA juga turut merangka dua strategi utama tahun ini iaitu menggalakkan pelaburan dalam kalangan anggota koperasi dan menggiatkan lagi kempen keahlian dalam kalangan koperasi yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Perolehan pendapatan KOPSYA juga meningkat kepada RM22 juta pada tahun ini walaupun berdepan dengan situasi ekonomi agak mencabar pada tahun lalu. Seramai 731 perwakilan koperasi hadir dalam Mesyuarat Agung tersebut. Turut hadir ialah Naib-Naib Presiden ANGKASA iaitu Dr Haji Mohd Azlan Yahya dan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa; Penolong Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan, Nurzayani Mat Deris; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya; Ketua Pegawai Eksekutif KOPSYA, Dato’ Syed Mohd Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa serta barisan pengurusan kanan ANGKASA.

Oleh : AIZAL AZIZAN BIN SAJARI M esyuarat Agung Tahunan Kali Ke-5 Koperasi Panel Kesihatan Selangor Berhad (KOPSIHAT) telah berlangsung di Concorde Hotel, Shah Alam pada 13 April 2019 dan dirasmikan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah. Dalam ucapannya, Dato’ Abdul Fattah menyarankan agar KOPSIHAT menjalin kerjasama lebih erat bersama pihak kerajaan khususnya dalam aspek penjagaan dan rawatan pesakit. Katanya, ANGKASA sedia memberi kerjasama dalam membantu KOPSIHAT melestarikan aktivitinya seperti rawatan pesakit buah pinggang dan membuka perniagaan farmasi. Sementara itu, Pengerusi KOPSIHAT, Dr. J Kannan @ Ramasamy dalam ucapannya turut berharap agar semua Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dan anggota fokus terhadap perniagaan dan perkhidmatan yang dapat memberi kemudahan dan memenuhi keperluan warga klinik-klinik kesihatan. Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif KOPSYA, Dato’ Syed Mohd Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa dan Pengerusi Koperasi Mantap Libaran Sabah, Haji Otoh Sibik. Anggota Lembaga Koperasi : Dato’ Ismail Nordin Hajah Armi Zainudin Dato’ Haji Aliasak Ambia Dato’ Haji Nik Hassan Fauzi Nik Abdullah Datuk Sahadivanaidu al Baliah Encik Mohd Zamal Abidin Wahit Datuk Hajah Noraini Datuk Seri Panglima Haji Salleh Haji Usuf Samah Datuk Haji Mohamad Ali Hasan Haji Mutadho Haji Bahri Haji Ahmat Murtza Salleh

Anggota Lembaga Koperasi KOPSYA 2019: Pengerusi : Dato Abdul Fattah Haji Abdullah Timbalan Pengerusi : Dato Haji Kamarudin Haji Ismail Setiausaha : Haji Mohamad Azmi Omaruddin Bendahari : Haji Mansor Ab Rahman

Koperasi Digalak Jalin Kerjasama Dengan Kerajaan

» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah semasa menyampaikan ucapan perasmian.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease