KHAS 2019
24 Sektor Inovasi & Teknologi : BA100 Bermulanya Era Baharu Peruncitan 28 ANGKASA Ke Arah Badan Pensijilan Yang Diiktiraf 30 Sektor Kewangan : Perkhidmatan Kutipan Dan Pemulihan Kredit ANGKASA “ANGKASA Credit Collection and Recovery Services (ACCRS)” 32 Sektor Pembangunan Hartanah: Portal E-Coop Hardware Dapatkan Barangan Hardware Pada Harga Lebih Murah 34 Integriti Unggul Organisasi Cemerlang 38 Pengantarabangsaan Koperasi: Penglibatan ANGKASA Di Peringkat Antarabangsa Semakin Menyerlah 44 Koperasi Sekolah Terus Cemerlang
8
12
4
Sekapur Sireh Pengerusi Eksekutif SKM
5
Seulas Pinang Presiden ANGKASA
6
Memperkasa Gerakan Koperasi : Prospek Ekonomi Menjelang 2050
15
8
Sektor Komuniti : Pemangkin Pembangunan Modal Insan Koperator 10 Sektor Pertanian & Industri
SIDANG PENGARANG
Penolong Pengarang Nor Azah Abd. Aziz Wan Adlina Wan Ab. Aziz
Asas Tani : Koperasi Rancak Bantu Kerajaan Tingkat Sektor Pertanian Negara
9 770126 873000
Presiden Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah
Pegawai Media Sosial Nadiah Kamarudin
JILID 46 BIL. 4 KDN PP2010/01/2013(031495) SEM. MALAYSIA RM1.70 SABAH/SARAWAK RM2.00
Timbalan Presiden Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail
12 Sektor Perladangan : Masa Koperasi Main Peranan Lebih Besar Bantu Perkukuh Imej Sawit Negara 14 Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri Dan 16 Ke Arah Koperasi Patuh Syariah 18 ANGKASA Tubuhkan Yayasan Infaq Lil-Waqf 20 Sektor Pemborongan Dan Peruncitan : Kepesatan Sektor Pemborongan Dan Peruncitan Kesihatan : ANGKASA Ceburi Industri Farmaseutikal Halal
Pereka Grafik Faizatulliza Mohd. Nor
Naib Presiden Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan Haji Mohamad Azmi Omaruddin Dr. Mohd. Azlan Yahya Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa Panel Penasihat Editorial Dato’ Haji A. Aziz Deraman Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah
Pemberita / Jurugambar Rahmat Mohd. Did Aizal Azizan Sajari Pruf Dan Rekaletak Haji Anuar Ismail Datin Hajah Fauziah Zainal
Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Sekretariat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd. Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam,
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Haji Nasir Khan Yahaya
Pengurus Besar Bahagian Sekretariat Halim Haji Ibrahim
Pengurus Mohd. Zakuan Azmi
Selangor Darul Ehsan. Telefon: 03-5101 3388 Faks: 03-5101 3600
2 PELANCAR Khas 2019
16
32
20
48 Jalinan Kerjasama Diperluas 50 10 Tahun Bersama SPBA 52 MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. 56 Konsortium Koperasi Bukti Platform Penyatuan Koperasi 60 Memperkasa Taraf Pendidikan Warga Koperasi 64 Galak Pertumbuhan Ekonomi Koperasi Anggota
21
24
13
Diterbitkan Oleh: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan.
Alamat Perhubungan: Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya
11
Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya 46798 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Telefon: 03-7806 1977 Faks: 03-7806 1506 E-Mel: apex@angkasa.coop Laman Web: www.angkasa.coop
@ANGKASACoop
10
Khas 2019 PELANCAR
3
SEKAPUR SIREH Datuk Nordin bin Salleh Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Usaha yang telah dan sedang dijalankan oleh ANGKASA telah banyak membantu memperkembangkan potensi modal insan warga koperasi terutamanya Anggota Lembaga Koperasi (ALK) khususnya dalam membangun dan merangsang perniagaan koperasi. Ia dilihat selaras dengan usaha kerajaan untuk mentransformasikan koperasi kepada satu entiti perniagaan secara lebih efisien bagi meningkatkan paras sosioekonomi anggotanya tanpa mengorbankan prinsip, nilai dan falsafah koperasi itu sendiri. Perkembangan insaniah itu juga mendorong ke arah pembangunan ilmu untuk anggota koperasi yang akhirnya memberi kesan secara langsung kepada kecemerlangan koperasi itu sendiri. Pada hemat saya, program pembangunan ilmu dalam kalangan anggota koperasi perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa untuk memastikan tahap kesediaan dan keupayaan koperasi sentiasa seimbang dan kompetitif dalam menghadapi apa jua cabaran. Rangka Kerja Keusahawanan Negara, Kementerian Pembangunan Usahawan telah meletakkan gerakan koperasi sebagai pemangkin untuk meningkatkan budaya keusahawanan dalam kalangan B40 melalui beberapa teras strategik yang telah ditetapkan. Ia cabaran baharu yang perlu kita harungi bersama bagi menjadikan koperasi sebagai pemacu ekonomi dan medium utama untuk melonjakkan keusahawanan dalam kalangan B40. Di sinilah letaknya harapan agar ANGKASA terus memainkan peranannya sebagai badan apeks dengan membantu koperasi yang dinaungi supaya terus maju dan mencapai kejayaan yang lebih membanggakan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada ANGKASA dan didoakan persidangan ini berjaya mencapai matlamat seperti yang ditetapkan. Sekian, terima kasih.
DATUK NORDIN BIN SALLEH
4 PELANCAR Khas 2019
SEULAS PINANG
Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA
ANGKASA sebagai badan puncak gerakan koperasi negara, mempunyai tanggungjawab selaras dengan peranan yang termaktub dalam Undang-Undang Kecil ANGKASA dan Akta Koperasi 1993 (Akta 502) iaitu memudahkan operasi koperasi-koperasi ahli. Bagi merealisasikan peranan ini, ANGKASA membangunkan satu Pelan Tindakan Strategik 2020 hingga 2050 bagi memastikan koperasi ahli mendapat manfaat dalam menguruskan ekonomi dan urus tadbir koperasi secara keseluruhannya. Pada masa ini, Cooperative Empowerment Project (CEP) atau Projek Memperkasa Koperasi telah mula dilaksanakan menerusi tiga peringkat yang mana setiap satu peringkat, penglibatan koperasi adalah berdasarkan kemampuan dan kesediaan koperasi dalam sesuatu komitmen projek. CEP ini adalah sebahagian daripada Pelan Induk Ekonomi Strategik ANGKASA. Lapan sektor yang diwujudkan merupakan wadah terbaik untuk koperasi terlibat dalam bidang yang menjadi ‘kepakaran’ koperasi untuk memperkembangkan perniagaan dalam skala yang lebih besar dan pada masa sama memayungi koperasi baru dalam bidang yang telah dikenal pasti.
Projek Ternakan Lembu Tenusu dan Heifer’s Park, Tanaman Jagung Bijian, BA100 (rangkaian pembekalan 100 barangan asas), Pharma Wellness, MyCoop E-maids, Perkhidmatan Pemulihan Kredit, E-Hailing cALLMe dan ANGKASA Call Centre adalah sebahagian projek berimpak tinggi yang kini telah mula dilaksanakan. Di samping itu, projek atau program lain tetap dilaksanakan bagi membantu koperasi pada skala kecil tetapi memberi impak melalui penglibatan ekonomi anak-anak syarikat, perkhidmatan pentadbiran pusaka, penghasilan tenaga solar dan pembangunan hartanah. Setiap perancangan yang dibuat adalah untuk kepentingan gerakan koperasi kerana ANGKASA tidak terlibat dalam mana-mana perniagaan yang memberi persaingan kepada koperasi ahli. Sehubungan itu, ANGKASA menaruh harapan agar setiap koperasi yang diklusterkan sebagai besar, boleh memberi bantuan kepakaran kepada koperasi-koperasi berkluster mikro, kecil dan sederhana supaya berkembang maju dalam perniagaan yang diceburi. Kerjasama ini adalah penting bagi membolehkan kesatuan yang jitu dapat diwujudkan bagi memastikan gerakan koperasi mendapat manfaat secara keseluruhannya. Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA (PKTA) Kali Ke-34 ini penting untuk mendapatkan mandat daripada koperasi ahli bagi melaksanakan projek-projek yang telah dijalankan. Setiap projek yang dilaksanakan akan mengambil masa dan perlu mengikut jadual yang telah ditetapkan. Tidak ada projek yang mudah untuk dilaksanakan. Semuanya memerlukan kegigihan dan kesungguhan untuk mencapai kejayaan. Selamat Bersidang.
DATO’ ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH
Khas 2019 PELANCAR
5
Kajian World Cooperative Monitor (WCM), yang diterbitkan pada tahun 2018 menunjukkan koperasi di seluruh dunia memainkan peranan yang sangat besar dalam pembangunan ekonomi negara. Sumbangan 300 buah koperasi terbesar yang dikaji didapati menyamai KDNK Negara ke-8 terbesar di dunia, iaitu sebanyak USD2,164.23 bilion. Koperasi-koperasi ini terlibat di dalam bidang ekonomi yang penting seperti insuran (32%), pertanian (32%), pemborongan dan peruncitan (19%), perbankan dan kewangan (8%), industri dan utiliti (2%), kesihatan, pendidikan dan kebajikan (2%) serta lain-lain (2%). Prospek Ekonomi Menjelang 2050 Memperkasa Gerakan Koperasi: OLEH: DATO’ ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH Presiden ANGKASA Merangkap Presiden ASEAN Co-Operative Organization (ACO)
koperasi sekaligus meningkatkan kesejahteraan sosio ekonomi anggota masyarakat. Berdasarkan keperluan ini, ANGKASA mengambil inisiatif dengan membangunkan Pelan Strategik 2050 dalam usaha memperkasa dan melestarikan gerakan koperasi seiring dengan peredaran masa. Perancangan teliti untuk memberi suntikan baru terhadap ekonomi gerakan koperasi negara telah dibuat untuk memastikan ekonomi sektor koperasi terus berkembang. Mengambil kira unjuran perkembangan purata konvensional yang ditetapkan dan diguna pakai oleh ICA iaitu sebanyak tujuh peratus setahun, satu unjuran perkembangan ekonomi koperasi disusun dengan menetapkan sasaran garis masa iaitu tahun 2030 dan 2050.
Pertumbuhan ini selaras dengan matlamat yang digariskan dalam Sustainable Development Goals (SDG). Gerakan koperasi dunia pada prinsipnya mempunyai hasrat dan impian yang sama, iaitu memakmurkan rakyat. Sebagai sebuah organisasi yang berpaksikan kepada anggota, koperasi telah dan akan terus memainkan peranan penting menyediakan peluang pekerjaan dan meningkatkan produktiviti di bidang ekonomi, disamping mengutamakan kesejahteraan wanita dan belia serta menjaga alam sekitar. Sebagai badan puncak gerakan koperasi negara dan anggota Perikatan Koperasi Antarabangsa (International Cooperative Alliance – ICA), ANGKASA juga perlu mempunyai wawasan yang jelas bagi memacu pertumbuhan gerakan
6 PELANCAR Khas 2019
Pada masa kini, ANGKASA telah memulakan inisiatif menerusi Cooperative Empowerment Project (CEP) atau Projek Memperkasakan Koperasi yang merupakan sebahagian daripada Pelan Induk Ekonomi Strategik ANGKASA (Strategic Economy Masterplan - SEM). Sebanyak lapan sektor atau bidang ekonomi telah dibangunkan secara kluster berdasarkan kekuatan koperasi sedia ada iaitu Sektor Pembangunan Perkhidmatan Kewangan, Sektor Pemborongan dan Peruncitan, Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan, Sektor Pertanian dan Industri Tani, Sektor Peladangan, Sektor Pembangunan Hartanah, Sektor Pembangunan Inovasi dan Teknologi dan Sektor Komuniti. Semua perancangan ini adalah bersesuaian dengan dasar kerajaan yang mengutamakan rakyat yang kini terbeban dengan kos sara hidup. Melalui Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) kerajaan prihatin mahu membantu rakyat menangani harga barangan yang meningkat setiap tahun. ANGKASA diberi penghormatan sebagai wakil gerakan koperasi untuk mengganggotai Majlis Tindakan tersebut memandangkan koperasi merupakan salah satu pemacu ekonomi rakyat di semua peringkat. Selain daripada itu, projek-projek yang dikenal pasti oleh ANGKASA juga menyokong kepada Rangka Kerja Keusahawanan Negara (NEF) yang menumpukan kepada peningkatan pendapatan golongan B40. Ini penting bagi memastikan, wujudnya kelestarian pendapatan golongan B40 terutamanya anggota koperasi dalam sektor- sektor yang telah diwujudkan oleh ANGKASA. Sehubungan itu, perancangan pembangunan sumber manusia adalah amat penting untuk menjadi penggerak ekonomi koperasi dan negara menjelang tahun 2050. Satu pendekatan baru perlu dirangka supaya koperator muda dilonjakkan dan dilengkapi dengan ilmu keusahawan. Kejayaan bukan bergantung kepada kecemerlangan akademik semata-mata tetapi kemahiran keusahawan juga perlu diterapkan bagi memastikan koperator muda mengurus koperasi mereka dengan baik dan pada masa yang sama menyediakan mereka untuk menghadapi dunia sebenar selepas tamat pengajian. Dalam hubungan ini pewujudan ‘Universiti Keusahawanan Koperasi’ yang menawarkan pelbagai subjek berdasarkan pasaran ekonomi yang semakin kompleks perlu direalisasikan supaya menjadi pemangkin kepada pembangunan koperasi pada masa hadapan. Perkembangan ekonomi dunia pada masa hadapan adalah lebih kompleks dan memerlukan
satu pendekatan kreatif. Projek-projek yang dilaksanakan pada hari ini, mungkin tidak relevan pada tahun 2050 atau memerlukan kaedah lebih canggih yang menjimatkan masa, kos dan ruang. Perkembangan dalam bidang digital khususnya berkaitan Revolusi Industri Keempat (IR 4.0), teknologi 5G, Artificial Intelligent (AI), data raya dan sebagainya adalah satu revolusi teknologi yang tidak boleh diketepikan oleh koperasi. Mengikut pakar industri, Malaysia mengambil masa lima hingga 10 tahun untuk mencapai tahap matang dalam IR 4.0. Dalam tempoh ini, sektor koperasi perlu mempertingkatkan pengetahuan dan ilmu dalam bidang ini supaya kita tidak ketinggalan berbanding negara-negara lain. Syarikat antarabangsa yang melabur di Malaysia telah bersedia dengan revolusi ini melalui Enterprise Resource Planning (ERP) berkaitan data dan perisian. Menurut World Economic Forum (WEF), dianggarkan 65 peratus pelajar yang baru mendaftar ke sekolah rendah pada hari ini, akan bekerja di sektor pekerjaan yang masih belum dicipta lagi. Oleh itu, koperasi perlu mengambil peluang ini dengan menjalinkan kerjasama strategik perniagaan bersama syarikat-syarikat besar dan dalam masa sama mewujudkan perpindahan teknologi. Sebagai anggota ICA, ANGKASA perlu dilihat relevan diperingkat antarabangsa dalam membantu masyarakat Malaysia selaras dengan matlamat SDG. Negara-negara yang disenaraikan dalam WCM seperti Jerman, Peranchis, Belanda, China, India dan Korea merupakan negara yang telah membuktikan bahawa gerakan koperasi boleh memberikan sumbangan ekonomi yang besar dan berimpak tinggi. Inisiatif mewujudkan kerjasama Coop to Coop (C2C) di antara negara- negara ini perlu dipertingkat bagi membolehkan gerakan koperasi di Malaysia menjalinkan hubungan perniagaan yang lebih berkesan. Kerjasama di antara koperasi merupakan konsep sejagat yang diguna pakai oleh semua koperasi di dunia. Peluang ini perlu diambil oleh koperasi anggota setelah ANGKASA membuka jalan jaringan diperingkat antarabangsa. Koperasi perlu mempersiapkan modal insan, modal idea dan modal kewangan untuk meneroka perniagaan yang masih belum diteroka pada hari ini. ANGKASA telah menyediakan platform dan memulakan inisiatif melalui Projek Memperkasakan Koperasi. Kesediaan koperasi untuk berubah akan menjamin kelestarian gerakan koperasi negara.
Khas 2019 PELANCAR
7
Sektor Pembangunan Komuniti
Visi Menjadi sektor yang mempunyai kepakaran dalam bidang pembangunan ekonomi dan pendidikan koperasi menjelang tahun 2020. Misi Menyediakan pendidikan yang berkualiti mengenai kesedaran berkoperasi dan merangsang ekonomi, budaya dan sosial komuniti. Konsortium yang telah ditubuhkan dibawah
Pemangkin Pembangunan Modal Insan Koperator
Oleh : HAMUDI MAT HASSAN Penolong Pengurus Unit Masyarakat Umum Bahagian Pembangunan Komuniti
Pada tahun 2018, ANGKASA melalui peruntukan daripada Kumpulan Wang Amanah Pembangunan (KWAP) untuk penganjuran Konvensyen Hala Tuju Koperasi Orang Asli dan Bengkel Pembangunan Perniagaan Koperasi Bela Rakyat (KOBERA), Koperasi OKU, Koperasi Rukun Tetangga dan Koperasi Orang
Asli. Penganjuran Bengkel Pembangunan Perniagaan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada koperasi-koperasi di atas tentang peluang perniagaan yang boleh diceburi oleh koperasi yang memerlukan modal permulaan yang rendah serta perniagaan yang berdaya saing.
DATO’ ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Sektor Pembangunan Komuniti
KOPERASI BELA RAKYAT (KOBERA)
KOPERASI OKU Terdapat 23 buah koperasi OKU di seluruh negara. Penubuhan gerakan Koperasi OKU bertujuan untuk mempelbagaikan aktivitinya bukan sahaja untuk menambahkan pendapatan koperasi malahan memberi peluang kepada golongan OKU untuk mendapatkan latihan dan pekerjaan. Antara objektif penubuhan Koperasi OKU adalah : i. Mewujudkan peluang pekerjaan melalui kegiatan ekonomi. ii. Memberi bantuan dan bimbingan keusahawanan. iii. Menaiktaraf sosioekonomi masyarakat OKU. iv. Mempromosi dan memasarkan produk hasilan warga OKU. Selaku badan puncak gerakan koperasi, ANGKASA sentiasa merancang dan menyediakan program–program pembangunan koperasi terutama Koperasi OKU. Antara program- program tersebut termasuk :
Selain daripada penganjuran Bengkel Pembangunan Perniagaan KOBERA, Unit Masyarakat umum, Sektor Pembangunan Komuniti juga menjalankan program secara ‘one to one’ kepada KOBERA di seluruh negara. Program ini melibatkan lawatan dan pemantauan secara terus dengan memberi fokus kepada KOBERA yang masih aktif dengan mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh KOBERA serta memberi bantuan yang bersesuaian dengan kehendak dan keperluan KOBERA.
» Naib Presiden ANGKASA, Haji Mohamad Azmi Omaruddin beramah mesra bersama anggota-anggota Konsortium Koperasi Penyayang Terengganu Berhad.
8 PELANCAR Khas 2019
i. Kursus, Seminar dan Bengkel Keusahawanan Koperasi OKU. ii. Promosi dan pemasaran melalui Karnival, Ekspo dan Pameran anjuran ANGKASA bagi produk– produk hasilan Warga OKU. iii. Bimbingan keusahawanan. ANGKASA juga telah membantu mewujudkan gabungan koperasi OKU di Negeri Terengganu, yang dikenali sebagai Konsortium Koperasi Penyayang Terengganu Berhad. Konsortium ini akan bertindak sebagai penggerak dalam memajukan koperasi dan anggota khususnya dalam bidang keusahawanan.
Untuk tahun 2019, ANGKASA merancang untuk menjalankan beberapa siri bengkel pemadanan perniagaan kepada Koperasi Rukun Tetangga bagi membantu mewujudkan platfom perniagaan yang sesuai dijalankan oleh koperasi. KOPERASI SISWA INSTITUT PENGAJIAN TINGGI (KOSISWA) Terdapat 45 buah KOSISWA yang ditubuhkan di seluruh negara. Antara objektif penubuhan KOSISWA adalah : i. Menjadi kelangsungan kepada mahasiswa mengenai kepentingan gerakan koperasi dalam membangunkan ekonomi negara setelah mereka didedahkan semasa di peringkat sekolah menengah lagi. ii. Memberi pengiktirafan kepada mahasiswa menunjukkan kecemerlangan pembangunan kepimpinan dan pengurusan koperasi. iii. Menjadikan mahasiswa pemangkin kepada pembangunan dan pendidikan keusahawanan koperasi IPT yang lebih terancang dan holistik. iv. Ke arah memantapkan lagi gerakan koperasi untuk melahirkan pelapis yang profesional. Bagi tahun 2019 ANGKASA telah merangka beberapa siri Bengkel untuk mendedahkan KOSISWA dengan bidang perniagaan yang sesuai dilaksanakan. Terdapat beberapa bidang perniagaan yang telah dikenal pasti namun kerjasama dan rundingan perlu dibuat terlebih dahulu dengan pihak pentadbir IPT bagi mendapat kelulusan sebelum melaksanakan projek ini. Selain itu, ANGKASA juga akan membantu KOSISWA dengan menerbitkan Garis Panduan Tadbir Urus dan Pengurusan KOSISWA dengan kerjasama Gabungan Koperasi Siswa Malaysia Berhad (KOSISMA) bagi membantu Anggota Lembaga dan anggota KOSISWA memahami dan mengendalikan koperasi dengan lebih cekap dan amanah.
KOPERASI ORANG ASLI
Sebanyak 70 buah Koperasi Orang Asli ditubuhkan di seluruh Malaysia termasuk di Negeri Perak, Kelantan, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka. Bilangan ahli Koperasi Orang Asli secara keseluruhan berjumlah 13,253 orang. Antara bidang perniagaan yang diceburi adalah perkhidmatan, perladangan, pembinaan, pertanian dan pengguna. Selaku badan puncak gerakan koperasi, ANGKASA sentiasa merancang dan menyediakan program-program pembangunan koperasi terutama Koperasi Orang Asli. Antara program– program tersebut termasuk : i. Kursus, Seminar dan Bengkel Keusahawanan Koperasi Orang Asli. ii. Promosi dan pemasaran melalui Karnival, Ekspo dan Pameran anjuran ANGKASA bagi produk–produk hasilan orang asli. iii. Bengkel Tatacara & Pengurusan Chalet Milik Koperasi Orang Asli.
KOPERASI RUKUN TETANGGA
Secara keseluruhannya terdapat 16 buah Koperasi Rukun Tetangga di seluruh Malaysia. Antara objektif penubuhan Koperasi Rukun Tetangga seperti mana yang digariskan oleh Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) adalah : i. Membantu meningkatkan sosioekonomi anggota. ii. Memasarkan produk dan perkhidmatan keluaran anggota. iii. Mewujudkan peluang pekerjaan dan mengurangkan kos sara hidup rakyat. vi. Menggalakkan penyatuan masyarakat melalui aktiviti ekonomi.
» Sebahagian siswa dari IPT yang hadir pada Majlis Pelancaran Bulan Keusahawanan Siswa.
Khas 2019 PELANCAR
9
Sektor Pertanian & Industri Asas Tani
Visi Membantu koperasi-koperasi yang terlibat dengan sektor tersebut untuk lebih berdaya maju dan memberi impak yang besar menjelang 2020. Misi Memperkasakan koperasi pertanian dengan meningkatkan kualiti, teknologi, rantaian nilai dan pemasaran hasil pertanian.
Koperasi Rancak Bantu Kerajaan Tingkat Sektor Pertanian Negara
DATO’ HAJI KAMARUDIN HAJI ISMAIL Timbalan Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Sektor Pertanian & Industri Asas Tani
Oleh : NADIAH KAMARUDIN
Kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memberi tumpuan kepada tiga perkara iaitu menjamin sekuriti makanan negara, meningkatkan pendapatan kumpulan sasar serta menggalakkan pelaburan swasta dan perdagangan antarabangsa.
» Dato’ Abdul Fattah melepaskan anak-anak ikan patin ke dalam salah sebuah sangkar Konsortium Koperasi Ternakan Ikan Pahang. Turut sama melepaskan anak- anak ikan tersebut ialah Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Haji Mansor Ab. Rahman (empat dari kanan) dan Penolong Pengarah SKM Wilayah Temerloh, Mohd Shukor Abdullah (dua dari kanan)
» Hasil tangkapan udang putih di Kolam Ternakan Udang Putih milik Koperasi Pekebun Kecil Wilayah Johor Selatan Berhad (KOPRIS).
Dalam usaha memastikan kestabilan dan peningkatan tiga perkara tersebut, pelbagai isu dan cabaran dalam bidang agromakanan perlu ditangani. Antaranya adalah seperti pertambahan penduduk, persaingan penggunaan tanah pertanian, penggunaan teknologi yang masih belum meluas dan tadbir urus yang tidak cekap. Kerajaan telah membentangkan Hala Tuju Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani iaitu Prioriti dan Strategi 2019-2020 yang menggariskan lima hala tuju yang akan dicapai melalui 18 strategi dan 51 inisiatif. Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2.0 untuk tempoh 2021-2030 juga sedang dirangka oleh kerajaan sebagai kesinambungan kepada DAN 2011- 2020. Di sinilah koperasi yang terlibat dalam bidang pertanian perlu memainkan peranan lebih berkesan
dengan membantu kerajaan dari sudut menggerakkan strategi-strategi dan initiatif- initiatif yang telah digariskan. Sebagai contoh, Konsortium Koperasi Tanaman Padi Negeri Kedah yang dianggotai oleh lapan buah koperasi bijak mengambil peluang terhadap permintaan yang tinggi untuk produk jagung bijian. Sebahagian daripada tanah milik konsortium tersebut telah dimanfaatkan untuk tanaman jagung bijian di Merbok, Kedah dan telah memberi pulangan yang lumayan. Musim kedua tanaman tersebut berjaya mencatat jumlah tuaian sebanyak lebih daripada lapan tan untuk setiap hektar tanah. Usaha yang dijalankan oleh konsortium tersebut akan membantu negara untuk mengurangkan kebergantungan terhadap input
10 PELANCAR Khas 2019
untuk membangunkan Projek Bersepadu Ternakan yang sama di Bukit Malut, Langkawi. ANGKASA juga telah memberikan bantuan dari segi kewangan kepada Konsortium Koperasi Ternakan Ikan Pahang supaya konsortium tersebut dapat meningkatkan lagi tahap pengeluaran ikan air tawar khususnya ikan patin di pusat ternakan miliknya di Kampung Tanjung Batu, Temerloh, Pahang. Projek ternakan tersebut mempunyai sebanyak 10 buah sangkar dengan kapasiti jumlah ternakan kira-kira 15,000 ekor ikan patin. Industri tenusu negara juga dirancakkan lagi dengan penglibatan koperasi apabila ANGKASA telah menjalinkan kerjasama dengan Koperasi Pegawai-Pegawai MARDI untuk Projek Pengeluaran Anak Lembu Tenusu Dara Pengganti Bunting Komposisi Baka Kacukan 5/8 Friesian Jersey. » Proses perahan susu yang dijalankan di Ladang Ternakan Lembu Tenusu KOMARDI di Kampung Gadong, Rembau, Negeri Sembilan.
» Dato’ Abdul Fattah dan Pengerusi KOMARDI Dato’ Dr. Azizan (dua dari kanan) menunjukkan nota MoU yang ditandatangani mengenai Projek Heifers Park.
pertanian yang diimport dari luar negara. Malaysia mengimport hampir empat metrik tan jagung bijian bernilai lebih RM3.1 bilion setiap tahun. Selain itu, jumlah pengeluaran cili yang menurun setiap tahun juga turut menyebabkan kebergantungan yang tinggi terhadap cili import dan masalah tersebut sekiranya gagal ditangani dengan sewajarnya, akan memberi kesan negatif dan secara tidak langsung akan merugikan negara untuk jangka panjang. Jabatan Pertanian merekodkan pada tahun 2017, pengeluaran cili telah mengalami penurunan secara mendadak berdasarkan jumlah yang
direkodkan hanya 27,358 tan metrik berbanding 43,738 tan metrik pada tahun 2016 dan 47,015 tan metrik pada tahun sebelumnya. Projek khas bimbingan ANGKASA memberi peluang kepada koperasi untuk terlibat dalam projek cili secara fertigasi melalui kaedah “mentor mentee”. Dari tahun 2017 hingga 2018, sebanyak empat projek perintis komuniti telah
Projek yang juga dikenali sebagai Projek “Heifers Park” akan dibangunkan di Ladang Satelit Nasional Kandang di Gemas, Negeri Sembilan dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia, National Agriculture Co-operative Federation dan National Animal Embryo Centre dari Korea Selatan.
» Lembu yang diimport dari New Zealand akan disenyawakan di bawah Projek Heifers Park.
dijalankan yang melibatkan tiga koperasi; Koperasi Kariah Masjid Saujana Utama Sg. Buloh Berhad, Koperasi Jaya Ummah serta Koperasi Daya Usaha Bera Berhad dan Konsortium Tanaman Padi Negeri Kedah Berhad. Pewaris Bumi Hijau Sdn. Bhd, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat dan PPK Bera Selatan telah dilantik oleh ANGKASA sebagai mentor. Koperasi juga dilihat giat membantu kerajaan meningkatkan pengeluaran udang negara dan dalam masa yang sama berpeluang menjana perolehan secara lebih konsisten dan terjamin. Sebanyak 20 koperasi terlibat dalam projek perintis ternakan udang secara berkelompok yang merupakan projek khas bimbingan ANGKASA di Mersing, Johor pada tahun 2017. Koperasi Pelaburan Pembangunan Hartanah Perak Berhad (KPPH) juga rancak menjayakan ternakan Udang Putih jenis “South America” di pusat ternakan miliknya di Temoh, Perak. Kejayaan projek ternakan tersebut dan permintaan yang tinggi di pasaran memberi keyakinan kepada KPPH
Hala Tuju Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani: Prioriti dan Strategi 2019-2020
Memoden dan meningkatkan pengeluaran pertanian bagi menjamin kestabilan bekalan dan harga makanan negara dengan memberikan penekanan dalam subsector padi, ruminan dan perikanan Merancakkan penglibatan pelaburan swasta dalam pertanian secara komersial serta meningkatkan dagangan eksport pertanian Menjadikan pertanian sebagai satu sumber pendapatan yang mampan dan kukuh serta menguntungkan untuk petani, penternak, nelayan dan agropreneur muda. Menambah baik ekosistem industri pertanian untuk menyokong pemodenan pertanian, pelaburan sektor swasta dan aktiviti pengembangan untuk petani, penternak dan nelayan. Memperkukuh struktur organisasi jabatan dan agensi di bawah Kementerian untuk menambah baik sistem penyampaian serta tadbir urus Kementerian.
Hala Tuju Pertama
Hala Tuju Kedua
Hala Tuju Ketiga
Hala Tuju Keempat
Hala Tuju Kelima
Khas 2019 PELANCAR
11
Sektor Perladangan
Visi Menjadikan gerakan koperasi lebih berdaya maju dan memberi impak yang lebih besar menjelang 2020. Misi Memperkasakan koperasi perladangan dengan meningkatkan kualiti, teknologi, rantaian nilai dan pemasaran hasil perladangan.
Masa Koperasi Main Peranan Lebih Besar Bantu Perkukuh Imej Sawit Negara
» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah memeriksa anak pokok kelapa sawit sewaktu sesi lawatan dan taklimat Projek Nurseri Sawit Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Gugusan Limau Nipis Merchang Terengganu Berhad.
Perbalahan mengenai minyak sawit antara negara- negara pengeluar sawit seperti Malaysia dan Indonesia dengan Kesatuan Eropah (EU) telah berlanjutan begitu lama. Pelbagai bantahan telah diterima oleh EU setelah ia mengumumkan akan menyekat penggunaan minyak sawit sebagai biofuel bermula 2021. Oleh : NADIAH KAMARUDIN
tidak praktikal kerana jumlah tanah yang lebih besar perlu digunakan. Jika dibandingkan jumlah kuantiti minyak yang dihasilkan antara kelapa sawit dengan tanaman lain, kelapa sawit menghasilkan empat hingga sepuluh kali lebih banyak minyak per unit kawasan tanaman. Walau bagaimanapun, di sebalik isu yang sedang berlaku, terdapat implikasi positif yang mungkin akan memberi kesan yang baik kepada industri sawit negara dalam jangka masa yang panjang. Kalau dahulu minyak sawit mungkin hanya dilihat sebagai antara komoditi utama yang membawa keuntungan berbilion kepada negara. Tetapi kini, dari ahli politik dan pembuat dasar hingga ke pemain industri dan pekebun kecil sebulat suara bersetuju terhadap satu perkara; minyak sawit adalah khazanah negara yang perlu dipertahankan. Kerajaan melalui Kementerian Industri Utama dan agensi-agensi dibawahnya serta agensi-agensi pengeluar sawit berusaha memperkasakan lagi mesej-mesej mengenai minyak sawit melalui apa jua kempen dan program yang dijalankan. Mesej “kemampanan” kini menjadi mesej utama yang sering disampaikan kepada pengguna selain mesej “kelebihan menggunakan minyak sawit”. Setiap mesej mesti disampaikan dalam bahasa yang mudah difahami oleh masyarakat serta disokong oleh sains dan fakta. Tugas ini bukan lagi hanya digalas oleh agensi-agensi yang berkenaan, tetapi juga setiap orang yang terlibat dalam rantaian nilai pengeluaran.
DATO’ HAJI KAMARUDIN HAJI ISMAIL Timbalan Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Sektor Perladangan
Bantahan tersebut ternyata membawa hasil apabila EU menangguhkan sekatan tersebut menjelang tahun 2030. Penangguhan ini, walaupun disambut baik oleh kerajaan Malaysia, menunjukkan EU tidak berganjak daripada pelan asalnya. Statistik yang dikeluarkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) juga menunjukkan terdapat penurunan permintaan minyak sawit dari Malaysia oleh negara-negara EU. Dakwaan EU bahawa minyak sawit merupakan penyebab utama penebangan hutan secara berleluasa adalah tidak benar sama sekali. Malah, Union of Concerned Scientiests, sebuah organisasi advokasi ilmu bukan bermotifkan keuntungan di Amerika Syarikat telah menyatakan daripada lima billion hektar tanah pertanian di seluruh dunia, 71.2 peratus digunakan untuk membuka tanah untuk dijadikan padang rumput bagi lembu sapi sedangkan penanaman kelapa sawit hanya menggunakan 0.31 peratus tanah pertanian global. Bergantung sepenuhnya terhadap minyak sayur juga dilihat sebagai penyelesaian yang
12 PELANCAR Khas 2019 12 PELANCAR Khas 2019
» Pertemuan antara ANGKASA dengan Menteri Industri Utama, YB Puan Teresa Kok Suh Sim (dua dari kiri) menunjukkan kesungguhan ANGKASA untuk membantu koperasi yang terlibat dalam industri kelapa sawit.
Kemampanan telah menjadi norma baru dalam menghasilkan sebarang hasil pertanian. Malaysia telah menggerakkan usaha ke arah penghasilan produk sawit yang mampan sejak tahun 2011 lagi apabila mula membangunkan standard Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO). MSPO telah dilancarkan secara rasmi pada 19 November 2013. Kalau nak dikira, kerajaan lebih awal menjalankan usaha berbanding EU yang negara-negara di bawahnya telah mengisytiharkan diri mereka sebagai penyokong 100 peratus minyak sawit mampan melalui Deklarasi Amsterdam 2015. Selaras dengan Dasar Koperasi Negara 2011- 2020, ANGKASA sebagai koperasi Apeks telah dipertanggungjawabkan untuk merangsang dan membangunkan perniagaan koperasi dengan memfokuskan kepada lapan sektor berimpak tinggi. Sektor Perladangan telah dikenal pasti sebagai antara lapan sektor yang boleh membantu koperasi untuk meningkatkan pendapatan sekaligus menjadi penyumbang berkesan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar. » Melalui Program Mentor Mentee Nurseri Sawit, koperasi dibantu dari aspek penubuhan dan khidmat teknikal untuk menjayakan perniagaan nurseri kelapa sawit sehingga nurseri koperasi tersebut berjaya memperolehi sijil Kod Amalan Baik Tapak Semaian untuk Tapak Semaian Sawit (CoPN).
ANGKASA menerusi Sektor Perladangannya memberi bantuan kepada koperasi melalui program-program kesedaran mengenai kepentingan pensijilan MSPO dengan kerjasama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Pada 18 Mac 2019, ANGKASA telah mengadakan kunjungan hormat bertemu Menteri Industri Utama, YB Puan Teresa Kok Suh Sim di pejabat beliau di Putrajaya untuk membantu 19 buah koperasi mendapatkan pensijilan MSPO. Dalam pertemuan tersebut, YB Puan Teresa turut menyokong cadangan ANGKASA untuk berperanan sebagai badan pensijilan MSPO oleh Malaysian Palm Oil Certification Council (MPOCC) dan sebagai agensi bagi pekerja asing dalam usaha membantu koperasi menangani masalah kekurangan tenaga buruh ladang. Selain membantu koperasi dari segi program sokongan dan pengembangan, ANGKASA turut menjalankan program-program seperti berikut: 1. Program Mentor Mentee Pengurusan Ladang Koperasi. 2. Program Mentor Mentee Nurseri Sawit. 3. Program Mentor Mentee Pusat Pengedaran Input Pertanian. » Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah bersalaman dengan Timbalan Menteri Industri Utama, YB Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin selepas selesai sesi perbincangan antara pihak ANGKASA, MPOB dan MPOCC dengan pihak Kementerian Industri Utama. Pihak MPOB yang hadir diketuai oleh Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr. Ahmad Kushairi Din (tiga dari kiri) dan Encik Chew Jit Sing (paling kiri) yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif MPOCC.
Jumlah Eksport Minyak Sawit Malaysia (Tan) 2014 2,411,060 2015 2,432,504 2016 2,059,207 2017 1,991,548 2018 1,911,800 Sumber: Lembaga Minyak Sawit Malaysia
» Keratan-keratan akhbar mengenai sidang media yang telah dilakukan oleh ANGKASA berkenaan isu Kempen Anti Minyak Sawit oleh EU pada 15 Januari 2018 di ibu pejabat ANGKASA di Kelana Jaya, Selangor.
Khas 2019 PELANCAR Khas 2019 PELANCAR
13
13
Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri Dan Kesihatan
Visi Menjadi pemangkin pembangunan Koperasi dalam Bidang Perniagaan dan Keusahawanan Profesional melalui Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan menjelang tahun 2020. Misi Menyediakan program yang berkualiti dan berimpak tinggi serta meransang penglibatan koperasi dalam Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan melalui pengurusan dan perkhidmatan yang profesional. ANGKASA Ceburi Industri Farmaseutikal Halal
DATUK HAJI MOHAMAD ALI HASAN Naib Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan
» Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail mendengar taklimat daripada Pengerusi KOPERSADA, Haji Roslan Hussin.
Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
Industri farmaseutikal di Malaysia pada masa kini telah menunjukkan prestasi ekonomi yang semakin berkembang pesat. Perkembangan positif ini dibangunkan melalui pelbagai kajian dan penyelidikan bagi menghasilkan ubat-ubatan halal dan bebas daripada sebarang unsur meragukan. Menariknya, Malaysia antara negara yang giat membangunkan industri farmaseutikal halal demi menjaga keperluan dan kehendak pengguna terutamanya bagi umat Islam. Buku Fakta Industri PhAMA edisi 2018 edisi kedua yang dilancarkan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad pada Januari lalu mencatatkan nilai pasaran industri farmaseutikal Malaysia sebanyak RM7.5 bilion setakat suku ketiga 2018 yang diwakili lebih 445
buah syarikat termasuk beberapa syarikat farmaseutikal terbesar dunia. Menyedari akan negara telah meletakkan kepentingan terhadap industri farmaseutikal, lebih-lebih lagi Malaysia adalah perintis dalam industri ini sejak 1999, ANGKASA tidak mahu ketinggalan mengambil peluang menceburkan diri dalam industri ini bersama koperasi yang berminat membuka premis perniagaan farmasi. Projek Pharma Wellness ANGKASA adalah satu projek Cooperative Empowerment Project (CEP) di bawah Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri & Kesihatan hasil kolaborasi di antara ANGKASA dan Koperasi Farmasi Muslim Pahang Berhad yang akan memfokuskan projek Hub Pembelian Berpusat Produk- Produk Farmaseutikal Dan Penjenamaan CoopFarmasi.
14 PELANCAR Khas 2019
- Pharma Wellness membangunkan SOP penyediaan CoopFarmasi seterusnya akan diikuti oleh koperasi yang berminat.
- Pemeriksaan percuma dan berbayar.
- Berkonsepkan Farmaseutikal Halal iaitu merupakan kelebihan farmasi ini berbanding farmasi lain.
ii. Hub Pembelian Berpusat Barangan Kesihatan
» Pelanggan farmasi yang mengunjungi Farmasi Constant, Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.
- Selain mewujudkan outlet CoopFarmasi, pharma Wellness juga akan membekalkan produk-produk farmaseutikal kepada 39 outlet sedia ada seperti barangan keperluan farmasi termasuk ubat-ubatan generik/makanan tambahan (supplement) dan peralatan perubatan sokongan. Selain Koperasi Farmasi Muslim Pahang Berhad, tiga lagi koperasi lain iaitu Koperasi Koperasi Farmasi Negeri Kelantan Berhad; Koperasi Farmasi Muslim Selangor Berhad dan Koperasi Farmasi Muslim Negeri Sembilan Berhad. Inisiatif dan komitmen kerjasama di antara ANGKASA dan Koperasi Farmasi Muslim Pahang Berhad ini diharap dapat memenuhi permintaan masyarakat terhadap ubat-ubatan dengan harga yang berpatutan selain dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan penjagaan diri dan kesihatan. Industri farmaseutikal halal yang bakal direalisasikan menerusi projek ini adalah bertepatan dengan hasrat Kerajaan. Pada hari ini terdapat 188 buah syarikat farmaseutikal telah diberi perakuan sijil halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan kerajaan melihat prospek farmaseutikal halal global menjelang tahun 2021 adalah bernilai AS$132 (RM549 bilion) dan hal ini memberi potensi pelaburan yang besar ke arah menjana pertumbuhan ekonomi negara. Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri & Kesihatan ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan menyatakan, ANGKASA melalui Projek Pharma Wellness akan bertindak sebagai pelopor kepada perkhidmatan farmasi dan pembekalan produk-produk farmaseutikal dan kesihatan yang dilihat memiliki potensi cerah pada masa akan datang. Dari sudut sosial, kewujudan projek ini diharap dapat membuka peluang pekerjaan kepada graduan lepasan universiti dan kolej melalui perniagaan yang diusahakan oleh koperasi-koperasi.
Projek perniagaan bidang kesihatan ini bakal memberi peluang kepada koperasi yang tidak mempunyai kepakaran khusus tetapi berminat mengusahakan premis farmasi yang dijenamakan sebagai “COOPFARMASI” sebagai melambangkan jati diri koperasi yang mempunyai Prosedur Pengendalian Standard (SOP) dan reka bentuk yang ditetapkan. Projek rintis ini telah menyaksikan Koperasi Farmasi Muslim Pahang Berhad sebagai pelopor perniagaan koperasi dan bakal diperluaskan ke negeri lain seperti Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan pada masa akan datang. Ia ke arah usaha menjana pendapatan koperasi dalam jangka masa panjang selain memenuhi kepeluan pembekalan ubat-ubatan kepada 39 outlet farmasi sedia ada seluruh negeri Pahang yang dimiliki anggota koperasi. Dua teras aktiviti yang bakal dilaksanakan: i. Pembukaan Outlet CoopFarmasi - Pharma Wellness akan mewujudkan Outlet CoopFarmasi yang pertama dan akan menjadi model kepada koperasi- koperasi yang berminat membuka farmasi. » Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail memotong riben sebagai gimik Pelancaran Farmasi Constant milik Koperasi PERSADA Kuala Lumpur Berhad (KOPERSADA), pada Januari 2019 lalu.
Khas 2019 PELANCAR
15
Rencana Khas
Oleh : HAJI AZHAR HAMZAH Pengurus Besar Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah Ke Arah Koperasi Patuh Syariah
Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA merupakan tunggak utama bagi membantu memastikan segala perjalanan dan aktiviti ANGKASA serta koperasi supaya patuh syariah dengan misi untuk mengaplikasikan penggunaannya oleh semua koperasi di Malaysia menjelang 2050.
SIJIL PEMATUHAN SYARIAH
ANGKASA selaku badan apeks dalam gerakan koperasi telah dilantik secara rasmi oleh SKM untuk bersama-sama dengan SKM memartabatkan maqasid Syariah melalui ‘Garis Panduan Tadbir Urus Syariah’ (GP28). Lantikan ini membuka peluang kepada gerakan koperasi untuk mendapatkan perkhidmatan Pematuhan Syariah seterusnya berpeluang mendapatkan pengiktirafan Pematuhan Syariah koperasi melalui Sijil Pematuhan Syariah yang dikeluarkan Jawatankuasa Syariah ANGKASA.
DATUK HAJI MOHAMAD ALI HASAN Naib Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Bahagian Syariah
» Sehingga Disember 2018, sebanyak 271 koperasi telah menerima Sijil Pematuhan Syariah.
16 PELANCAR Khas 2019
16 PELANCAR Khas 2019
Jumlah Permohonan dan Kelulusan Pematuhan Syariah 2011-2018
Permohonan juga terdiri daripada koperasi pelbagai fungsi, skala dan saiz seperti koperasi kredit, pengguna dan sebagainya. Jumlah keseluruhan penerima Sijil pematuhan Syariah bagi tempoh tersebut adalah sebanyak 281 buah koperasi yang mewakili 1,130 produk.
ANGKASA – WAKIL AMIL KOPERASI
ANGKASA telah mendapat lantikan wakil amil zakat perniagaan koperasi yang bertindak membuat taksiran dan kutipan bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri dan Pusat Zakat Negeri bagi seluruh Malaysia.
Laporan Kutipan Zakat Perniagaan Koperasi 2010 – 2018
Tahun
2010
2011
2012
2013
2014
2015
2016
2017 1,265
2018 1,316
Bilangan Koperasi bayar Jumlah Kutipan (RM)
17
74
159
259
376
514
900
160,039.89 894,419.32 1,226,795.05 1,834,945.70 2,173,652.77 3,170,238.70 2,654,128.60 4,542,698.42 5,042,595.88
KUTIPAN DAN PENGURUSAN DANA INFAQ LIL-WAQF
Program Infaq Lil-Waqf ANGKASA telah mendapat kelulusan SKM pada 5 Januari 2011 dan Majlis Agama Islam Selangor pada 3 Disember 2010. Terdapat beberapa jawatankuasa yang mengurus dan memantau perjalanan Infaq Lil-Waqf ANGKASA iaitu Jawatankuasa Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA dan Jawatankuasa Kerja Kebangsaan (JKK) ANGKASA.
Jumlah Terkumpul Dari Tahun 2010 hingga 2018 adalah sebanyak RM13,472,698.03.
Tahun
Jumlah Kutipan
2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018
5,628.42 63,611.78 134,245.98 294,775.87 527,984.50 884,522.42 1,052,634.74 1,126,547.28 1,382,747.04
» Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah menyampaikan Sijil Patuh Syariah kepada salah seorang wakil koperasi penerima.
Jumlah terkumpul tidak termasuk pemberian RM1 juta daripada ANGKASA kepada Infaq Lil-Waqf pada setiap tahun bermula dari tahun 2011.
Khas 2019 PELANCAR
17
Skim Infaq Lil - Waqf ANGKASA
ANGKASA Tubuhkan Yayasan Infaq Lil-Waqf
Oleh : RAHMAT MOHD DID
Berdasarkan wawancara bersama Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan.
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) bakal menubuhkan Yayasan Infaq Lil-Waqf ANGKASA bagi menguruskan dana Tabung Infaq Lil-Waqf ANGKASA secara lebih teratur dan efektif.
Cadangan penubuhan yayasan ini adalah
menyumbang bagi tujuan wakaf, membangunkan harta untuk tujuan diwakafkan bagi kepentingan masyarakat umum khususnya anggota koperasi dan menyediakan saluran kebajikan yang sistematik, dinamik dan bersepadu. Yayasan Infaq Lil-Waqf ANGKASA akan didaftarkan menerusi Bahagian Hal Ehwal Undang- Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU). Sekiranya tertubuh entiti berasingan ini, ia tidak akan memberikan kesan kepada ANGKASA dan subsidiari kerana entiti ini bukanlah subsidiari baru ANGKASA tetapi merupakan satu badan bebas dan berasingan daripada ANGKASA di mana entiti ini ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 dan berbeza fungsi dengan Akta Koperasi 1993 dan Akta Syarikat 1965. Penubuhan yayasan ini juga akan memberi kelebihan kepada ANGKASA dari segi pengecualian cukai kerana dana sumbangan tersebut tidak lagi dimasukkan ke dalam akaun rasmi ANGKASA. Ini akan memudahkan lagi tadbir urus dana Infaq Lil- Waqf di masa akan datang. Satu kertas kerja berkaitan cadangan penubuhan Yayasan Infaq Lil-Waqf akan dibentangkan pada Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA Ke-34 yang berlangsung pada bulan Jun tahun ini dan pihak ANGKASA yakin yayasan ini akan ditubuhkan selewat-lewatnya hujung tahun ini.
rentetan daripada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kebangsaan (JKK) (Pengurusan dan Pembangunan) Bil. 3/2019 yang telah membentangkan Draf Laporan Juruaudit Luar Jamal Amin & Partners ke atas akaun ANGKASA bagi tahun berakhir 31 Disember 2018 berserta cadangan audit (melalui surat pengurusan) supaya ANGKASA menubuhkan satu organisasi seperti Yayasan Infaq Lil-Waqf yang mampu menguruskan dana sumbangan orang ramai secara bebas dan efisien. Pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) turut mencadangkan agar akaun yang digunakan untuk dana Infaq Lil-Waqf diasingkan daripada ANGKASA memandangkan akaun tersebut bukan milik ANGKASA tetapi sumbangan orang ramai. Dengan perlaksanaan tersebut, urusan-urusan pelaburan yang dilaksanakan dengan menggunakan dana tersebut akan menjadi lebih mudah dan teratur. Untuk rekod, Unit Kutipan dan Pengurusan Dana Infaq Lil-Waqf di bawah Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA telah bermula sejak tahun 2010 dan sehingga 31 Disember 2018, jumlah dana terkumpulnya telah mencapai RM 13,472,698.03 termasuk sumbangan RM 1 juta setiap tahun daripada ANGKASA bermula tahun 2011. Objektif kutipan dana Infaq Lil-Waqf ANGKASA antaranya adalah menggalakkan anggota koperasi untuk melaksanakan amalan menderma/
18 PELANCAR Khas 2019
Sektor Pemborongan Dan Peruncitan
Visi Menjadi “Pemangkin Pembangunan Koperasi Dalam Bidang Perniagaan dan Keusahawanan Yang Profesional Melalui Sektor Pemborongan dan Peruncitan Menjelang Tahun 2021”. Misi Menyediakan program yang berkualiti dan berimpak tinggi serta meransang penglibatan koperasi dalam Sektor Pemborongan dan Peruncitan melalui pengurusan yang profesional.
Kepesatan Sektor Pemborongan Dan Peruncitan
Oleh : HAJI ANUAR BULIN Pengurus Besar Bahagian Kepimpinan Modal Insan Dan Pembangunan Keusahawanan
Sektor Pemborongan dan Peruncitan Malaysia mencatatkan pertumbuhan pesat pada tahun 2018 kerana disokong pelbagai dasar dan inisiatif berkesan yang dilaksanakan sektor awam dan swasta dalam membantu mengurangkan kesan kejatuhan harga komoditi global. Pelaburan berterusan dalam sektor berkaitan memberi manfaat dengan peruncitan dan pemborongan yang semakin berkembang.
HAJI MOHAMAD AZMI OMARUDDIN Naib Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Sektor Pemborongan dan Peruncitan
Sehubungan dengan itu, fokus Peneraju Sektor Pemborongan dan Peruncitan (SPP) ANGKASA telah menumpukan kepada program pembangunan produk, pengedaran produk-produk koperasi, pemborongan dalam dan luar negara, pengurusan logistik, merangsang pembangunan premis-premis peruncitan, peruncitan dalam talian, pusat produk, pameran, ekspo, pengiklanan komersial serta program pengukuhan. Melalui peranan ini, diharapkan gerakan koperasi dapat membantu mengurangkan kos sara hidup di samping dapat membantu meningkatkan mutu dan kualiti kehidupan anggota koperasi khususnya serta rakyat Malaysia umumnya. Objektif yang disasarkan oleh sektor Pemborongan dan Peruncitan: Membangunkan produk-produk keluaran koperasi bagi memenuhi keperluan pasaran dalam dan luar negara. Membantu meningkatkan perkhidmatan Pusat Pengedaran koperasi. Menyediakan produk dan keperluan asasi masyarakat dengan harga yang kompetitif. Memperkasakan rangkaian runcit di seluruh negara melalui program Bekalan Barang Asas (BA 100). Mempromosi dan menempatkan produk koperasi dalam pasaran.
20 PELANCAR Khas 2019
Bil. Fokus
Pencapaian
1. PENCAPAIAN
Perlaksanaan 2 program pembangunan terbahagi kepada 2 iaitu : a) Produk 100 Champion : 9 sku dari 4 koperasi (2018).
PERKHIDMATAN (Pembangunan Produk)
b) Projek Pembangunan ‘SKU’ : 23 sku dari 21 koperasi Impak kewangan yang dicapai oleh koperasi pada tahun 2018 adalah sebanyak RM1,280,668.21 . 4 buah koperasi telah dilantik menjadi Pusat Pengedaran dan mengedarkan produk- produk koperasi di rangkaian outlet runcit di bawah perkhidmatan koperasi tersebut. Koperasi adalah: a) Koperasi Annur Geliga Kemaman Berhad. b) Koperasi Pembangunan Ummah Kelantan Berhad. c) Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Kedah Berhad. d) Koperasi Emas Tawau Sabah Berhad Impak kewangan yang dicapai oleh koperasi pada tahun 2018 adalah sebanyak RM961,242.20 . Kerja-kerja pembangunan jaringan ‘coopruncit’ termasuk penambahbaikan operasi dan penambahan jenis-jenis produk koperasi untuk jualan kedai dalam jaringan. Mewujudkan jaringan koperasi yang termasuk dalam kriteria seperti berikut : l Koperasi ahli ANGKASA. l Kedai milik koperasi. l Menerima bekalan produk koperasi melalui ANGKASA atau Pusat Pengedaran. l Koperasi bimbingan ANGKASA. l Penjenamaan ‘coopruncit’ kedai koperasi dalam jaringan. l Keutamaan menyertai program-program peruncitan ANGKASA. Tumpuan kepada rantaian runcit koperasi sekolah dan IPTA iaitu projek memperkasakan pembekalan produk-produk koperasi melalui koperasi Pengedar yang dilantik seperti di atas. Impak kewangan yang dicapai oleh koperasi pada tahun 2018 adalah sebanyak RM5,242,983.50 .
2. PEMBANGUNAN
PUSAT PENGEDARAN KOPERASI (Pemborongan dan Pengedaran)
3. PEMBANGUNAN JARINGAN
PERUNCITAN (Coop Runcit)
4. RANTAIAN
PERUNCITAN
» Antara produk keluaran koperasi yang mampu menembusi pasaran.
Khas 2019 PELANCAR
21
PROMOSI DAN PEMASARAN
Promosi Dalam dan Luar Negara
Karnival Produk dan Perkhidmatan Koperasi atau “MACCOPS”
Bil.
Tahun/Tempat/ Objektif
Pencapaian
Bil. Fokus
Pencapaian
4.
Promosi dan Pemasaran
Promosi dan pemasaran telah dilaksanakan melalui Pusat Khidmat Usahawan yang mana telah mendapat impak dalam dan luar negara seperti berikut : • Pemasaran dan penempatan 15 sku produk dari 8 buah koperasi di 30 cawangan hypermarket GIANT di Lembah Klang melalui rakan strategik amaxMall. • Eksport 15 sku produk koperasi ke negara Brunei dengan kerjasama Koperasi SAMAKAYA Brunei Berhad (masih berjalan). • Aktiviti promosi dan pemasaran melalui aktiviti ANGKASA dan agensi antaranya adalah: a. Program Promosi Produk Koperasi (di PKU) b. Program Merchandising di pasaraya Giant c. Malaysia International Halal Expo MIHAS 2018 d. MAHA2018 e. Promosi Merdeka bersama GIANT dan amaxMall f. Promosi program Sektor-sektor, Persidangan Negeri, Agensi-agensi dan lain-lain koperasi. g. Penyediaan Cenderahati Produk-produk koperasi. Impak kewangan yang dicapai adalah RM880,799.35.
1.
2014 Shah Alam Convention Centre (SACC), Shah Alam, Selangor
• Bilangan Koperasi Pempamer: 150 buah • Bilangan Pelawat: 15 ribu • Jumlah urus niaga: RM2.1 juta • Bilangan Koperasi Pempamer: 200 buah • Bilangan Pelawat: 21 ribu • Jumlah urus niaga: 5 juta • Bilangan Koperasi Pempamer: 162 buah • Bilangan Pelawat: 25 ribu • Jumlah urus niaga: RM187 juta
2.
2015 Melaka
International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka
3.
2017 Sunway Convention
Centre, Petaling Jaya, Selangor
Dalam Negara
Luar Negara
Adalah menjadi harapan pihak ANGKASA selaku badan APEKS kepada gerakan koperasi di Malaysia untuk memajukan gerakan koperasi khususnya dalam sektor pemborongan dan peruncitan. Oleh itu, dalam memastikan koperasi mampu berdaya saing dalam menceburi bidang-bidang ekonomi berimpak tinggi maka koperasi sewajarnya memberi sokongan sepenuhnya kepada program-program yang dijalan dan dibangunkan oleh ANGKASA selaku induk gerakan koperasi.
Secara Online dan Offline • Yapeim – Cmasa.my • Pasaran Tempatan – Coopmall. my • Warehouse COOPMALL–Pulau Pinang • Kedai – kedai koperasi seluruh Malaysia • Rangkaian Agrobazaar (FAMA) • My Best buy FAMA – 5 lokasi • Amaxmall – amaxmall.com • Pasaraya Giant di Lembah Klang • Pasaraya Aeon
• Coopmall.asia • Singapore
– Agrobaazar, Sultan Gate – Pasaraya Big Box, Beduk
• Riyard, Saudi Arabia • India – Kementerian Perlancongan dan Kebudayaan Malaysia • Brunei – Koperasi Samakaya Bhd • China
22 PELANCAR Khas 2019
Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20 Page 21 Page 22 Page 23 Page 24 Page 25 Page 26 Page 27 Page 28 Page 29 Page 30 Page 31 Page 32 Page 33 Page 34 Page 35 Page 36 Page 37 Page 38 Page 39 Page 40 Page 41 Page 42 Page 43 Page 44 Page 45 Page 46 Page 47 Page 48 Page 49 Page 50 Page 51 Page 52 Page 53 Page 54 Page 55 Page 56 Page 57 Page 58 Page 59 Page 60 Page 61 Page 62 Page 63 Page 64 Page 65 Page 66 Page 67 Page 68Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease