Wadah PELANCAR Edisi Khas PKTA 2019

i. Kursus, Seminar dan Bengkel Keusahawanan Koperasi OKU. ii. Promosi dan pemasaran melalui Karnival, Ekspo dan Pameran anjuran ANGKASA bagi produk– produk hasilan Warga OKU. iii. Bimbingan keusahawanan. ANGKASA juga telah membantu mewujudkan gabungan koperasi OKU di Negeri Terengganu, yang dikenali sebagai Konsortium Koperasi Penyayang Terengganu Berhad. Konsortium ini akan bertindak sebagai penggerak dalam memajukan koperasi dan anggota khususnya dalam bidang keusahawanan.

Untuk tahun 2019, ANGKASA merancang untuk menjalankan beberapa siri bengkel pemadanan perniagaan kepada Koperasi Rukun Tetangga bagi membantu mewujudkan platfom perniagaan yang sesuai dijalankan oleh koperasi. KOPERASI SISWA INSTITUT PENGAJIAN TINGGI (KOSISWA) Terdapat 45 buah KOSISWA yang ditubuhkan di seluruh negara. Antara objektif penubuhan KOSISWA adalah : i. Menjadi kelangsungan kepada mahasiswa mengenai kepentingan gerakan koperasi dalam membangunkan ekonomi negara setelah mereka didedahkan semasa di peringkat sekolah menengah lagi. ii. Memberi pengiktirafan kepada mahasiswa menunjukkan kecemerlangan pembangunan kepimpinan dan pengurusan koperasi. iii. Menjadikan mahasiswa pemangkin kepada pembangunan dan pendidikan keusahawanan koperasi IPT yang lebih terancang dan holistik. iv. Ke arah memantapkan lagi gerakan koperasi untuk melahirkan pelapis yang profesional. Bagi tahun 2019 ANGKASA telah merangka beberapa siri Bengkel untuk mendedahkan KOSISWA dengan bidang perniagaan yang sesuai dilaksanakan. Terdapat beberapa bidang perniagaan yang telah dikenal pasti namun kerjasama dan rundingan perlu dibuat terlebih dahulu dengan pihak pentadbir IPT bagi mendapat kelulusan sebelum melaksanakan projek ini. Selain itu, ANGKASA juga akan membantu KOSISWA dengan menerbitkan Garis Panduan Tadbir Urus dan Pengurusan KOSISWA dengan kerjasama Gabungan Koperasi Siswa Malaysia Berhad (KOSISMA) bagi membantu Anggota Lembaga dan anggota KOSISWA memahami dan mengendalikan koperasi dengan lebih cekap dan amanah.

KOPERASI ORANG ASLI

Sebanyak 70 buah Koperasi Orang Asli ditubuhkan di seluruh Malaysia termasuk di Negeri Perak, Kelantan, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka. Bilangan ahli Koperasi Orang Asli secara keseluruhan berjumlah 13,253 orang. Antara bidang perniagaan yang diceburi adalah perkhidmatan, perladangan, pembinaan, pertanian dan pengguna. Selaku badan puncak gerakan koperasi, ANGKASA sentiasa merancang dan menyediakan program-program pembangunan koperasi terutama Koperasi Orang Asli. Antara program– program tersebut termasuk : i. Kursus, Seminar dan Bengkel Keusahawanan Koperasi Orang Asli. ii. Promosi dan pemasaran melalui Karnival, Ekspo dan Pameran anjuran ANGKASA bagi produk–produk hasilan orang asli. iii. Bengkel Tatacara & Pengurusan Chalet Milik Koperasi Orang Asli.

KOPERASI RUKUN TETANGGA

Secara keseluruhannya terdapat 16 buah Koperasi Rukun Tetangga di seluruh Malaysia. Antara objektif penubuhan Koperasi Rukun Tetangga seperti mana yang digariskan oleh Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) adalah : i. Membantu meningkatkan sosioekonomi anggota. ii. Memasarkan produk dan perkhidmatan keluaran anggota. iii. Mewujudkan peluang pekerjaan dan mengurangkan kos sara hidup rakyat. vi. Menggalakkan penyatuan masyarakat melalui aktiviti ekonomi.

» Sebahagian siswa dari IPT yang hadir pada Majlis Pelancaran Bulan Keusahawanan Siswa.

Khas 2019 PELANCAR

9

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease