Wadah PELANCAR Edisi Khas PKTA 2019

Sektor Pertanian & Industri Asas Tani

Visi Membantu koperasi-koperasi yang terlibat dengan sektor tersebut untuk lebih berdaya maju dan memberi impak yang besar menjelang 2020. Misi Memperkasakan koperasi pertanian dengan meningkatkan kualiti, teknologi, rantaian nilai dan pemasaran hasil pertanian.

Koperasi Rancak Bantu Kerajaan Tingkat Sektor Pertanian Negara

DATO’ HAJI KAMARUDIN HAJI ISMAIL Timbalan Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Sektor Pertanian & Industri Asas Tani

Oleh : NADIAH KAMARUDIN

Kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memberi tumpuan kepada tiga perkara iaitu menjamin sekuriti makanan negara, meningkatkan pendapatan kumpulan sasar serta menggalakkan pelaburan swasta dan perdagangan antarabangsa.

» Dato’ Abdul Fattah melepaskan anak-anak ikan patin ke dalam salah sebuah sangkar Konsortium Koperasi Ternakan Ikan Pahang. Turut sama melepaskan anak- anak ikan tersebut ialah Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Haji Mansor Ab. Rahman (empat dari kanan) dan Penolong Pengarah SKM Wilayah Temerloh, Mohd Shukor Abdullah (dua dari kanan)

» Hasil tangkapan udang putih di Kolam Ternakan Udang Putih milik Koperasi Pekebun Kecil Wilayah Johor Selatan Berhad (KOPRIS).

Dalam usaha memastikan kestabilan dan peningkatan tiga perkara tersebut, pelbagai isu dan cabaran dalam bidang agromakanan perlu ditangani. Antaranya adalah seperti pertambahan penduduk, persaingan penggunaan tanah pertanian, penggunaan teknologi yang masih belum meluas dan tadbir urus yang tidak cekap. Kerajaan telah membentangkan Hala Tuju Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani iaitu Prioriti dan Strategi 2019-2020 yang menggariskan lima hala tuju yang akan dicapai melalui 18 strategi dan 51 inisiatif. Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2.0 untuk tempoh 2021-2030 juga sedang dirangka oleh kerajaan sebagai kesinambungan kepada DAN 2011- 2020. Di sinilah koperasi yang terlibat dalam bidang pertanian perlu memainkan peranan lebih berkesan

dengan membantu kerajaan dari sudut menggerakkan strategi-strategi dan initiatif- initiatif yang telah digariskan. Sebagai contoh, Konsortium Koperasi Tanaman Padi Negeri Kedah yang dianggotai oleh lapan buah koperasi bijak mengambil peluang terhadap permintaan yang tinggi untuk produk jagung bijian. Sebahagian daripada tanah milik konsortium tersebut telah dimanfaatkan untuk tanaman jagung bijian di Merbok, Kedah dan telah memberi pulangan yang lumayan. Musim kedua tanaman tersebut berjaya mencatat jumlah tuaian sebanyak lebih daripada lapan tan untuk setiap hektar tanah. Usaha yang dijalankan oleh konsortium tersebut akan membantu negara untuk mengurangkan kebergantungan terhadap input

10 PELANCAR Khas 2019

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease