untuk membangunkan Projek Bersepadu Ternakan yang sama di Bukit Malut, Langkawi. ANGKASA juga telah memberikan bantuan dari segi kewangan kepada Konsortium Koperasi Ternakan Ikan Pahang supaya konsortium tersebut dapat meningkatkan lagi tahap pengeluaran ikan air tawar khususnya ikan patin di pusat ternakan miliknya di Kampung Tanjung Batu, Temerloh, Pahang. Projek ternakan tersebut mempunyai sebanyak 10 buah sangkar dengan kapasiti jumlah ternakan kira-kira 15,000 ekor ikan patin. Industri tenusu negara juga dirancakkan lagi dengan penglibatan koperasi apabila ANGKASA telah menjalinkan kerjasama dengan Koperasi Pegawai-Pegawai MARDI untuk Projek Pengeluaran Anak Lembu Tenusu Dara Pengganti Bunting Komposisi Baka Kacukan 5/8 Friesian Jersey. » Proses perahan susu yang dijalankan di Ladang Ternakan Lembu Tenusu KOMARDI di Kampung Gadong, Rembau, Negeri Sembilan.
» Dato’ Abdul Fattah dan Pengerusi KOMARDI Dato’ Dr. Azizan (dua dari kanan) menunjukkan nota MoU yang ditandatangani mengenai Projek Heifers Park.
pertanian yang diimport dari luar negara. Malaysia mengimport hampir empat metrik tan jagung bijian bernilai lebih RM3.1 bilion setiap tahun. Selain itu, jumlah pengeluaran cili yang menurun setiap tahun juga turut menyebabkan kebergantungan yang tinggi terhadap cili import dan masalah tersebut sekiranya gagal ditangani dengan sewajarnya, akan memberi kesan negatif dan secara tidak langsung akan merugikan negara untuk jangka panjang. Jabatan Pertanian merekodkan pada tahun 2017, pengeluaran cili telah mengalami penurunan secara mendadak berdasarkan jumlah yang
direkodkan hanya 27,358 tan metrik berbanding 43,738 tan metrik pada tahun 2016 dan 47,015 tan metrik pada tahun sebelumnya. Projek khas bimbingan ANGKASA memberi peluang kepada koperasi untuk terlibat dalam projek cili secara fertigasi melalui kaedah “mentor mentee”. Dari tahun 2017 hingga 2018, sebanyak empat projek perintis komuniti telah
Projek yang juga dikenali sebagai Projek “Heifers Park” akan dibangunkan di Ladang Satelit Nasional Kandang di Gemas, Negeri Sembilan dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia, National Agriculture Co-operative Federation dan National Animal Embryo Centre dari Korea Selatan.
» Lembu yang diimport dari New Zealand akan disenyawakan di bawah Projek Heifers Park.
dijalankan yang melibatkan tiga koperasi; Koperasi Kariah Masjid Saujana Utama Sg. Buloh Berhad, Koperasi Jaya Ummah serta Koperasi Daya Usaha Bera Berhad dan Konsortium Tanaman Padi Negeri Kedah Berhad. Pewaris Bumi Hijau Sdn. Bhd, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat dan PPK Bera Selatan telah dilantik oleh ANGKASA sebagai mentor. Koperasi juga dilihat giat membantu kerajaan meningkatkan pengeluaran udang negara dan dalam masa yang sama berpeluang menjana perolehan secara lebih konsisten dan terjamin. Sebanyak 20 koperasi terlibat dalam projek perintis ternakan udang secara berkelompok yang merupakan projek khas bimbingan ANGKASA di Mersing, Johor pada tahun 2017. Koperasi Pelaburan Pembangunan Hartanah Perak Berhad (KPPH) juga rancak menjayakan ternakan Udang Putih jenis “South America” di pusat ternakan miliknya di Temoh, Perak. Kejayaan projek ternakan tersebut dan permintaan yang tinggi di pasaran memberi keyakinan kepada KPPH
Hala Tuju Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani: Prioriti dan Strategi 2019-2020
Memoden dan meningkatkan pengeluaran pertanian bagi menjamin kestabilan bekalan dan harga makanan negara dengan memberikan penekanan dalam subsector padi, ruminan dan perikanan Merancakkan penglibatan pelaburan swasta dalam pertanian secara komersial serta meningkatkan dagangan eksport pertanian Menjadikan pertanian sebagai satu sumber pendapatan yang mampan dan kukuh serta menguntungkan untuk petani, penternak, nelayan dan agropreneur muda. Menambah baik ekosistem industri pertanian untuk menyokong pemodenan pertanian, pelaburan sektor swasta dan aktiviti pengembangan untuk petani, penternak dan nelayan. Memperkukuh struktur organisasi jabatan dan agensi di bawah Kementerian untuk menambah baik sistem penyampaian serta tadbir urus Kementerian.
Hala Tuju Pertama
Hala Tuju Kedua
Hala Tuju Ketiga
Hala Tuju Keempat
Hala Tuju Kelima
Khas 2019 PELANCAR
11
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease