Sektor Perladangan
Visi Menjadikan gerakan koperasi lebih berdaya maju dan memberi impak yang lebih besar menjelang 2020. Misi Memperkasakan koperasi perladangan dengan meningkatkan kualiti, teknologi, rantaian nilai dan pemasaran hasil perladangan.
Masa Koperasi Main Peranan Lebih Besar Bantu Perkukuh Imej Sawit Negara
» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah memeriksa anak pokok kelapa sawit sewaktu sesi lawatan dan taklimat Projek Nurseri Sawit Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Gugusan Limau Nipis Merchang Terengganu Berhad.
Perbalahan mengenai minyak sawit antara negara- negara pengeluar sawit seperti Malaysia dan Indonesia dengan Kesatuan Eropah (EU) telah berlanjutan begitu lama. Pelbagai bantahan telah diterima oleh EU setelah ia mengumumkan akan menyekat penggunaan minyak sawit sebagai biofuel bermula 2021. Oleh : NADIAH KAMARUDIN
tidak praktikal kerana jumlah tanah yang lebih besar perlu digunakan. Jika dibandingkan jumlah kuantiti minyak yang dihasilkan antara kelapa sawit dengan tanaman lain, kelapa sawit menghasilkan empat hingga sepuluh kali lebih banyak minyak per unit kawasan tanaman. Walau bagaimanapun, di sebalik isu yang sedang berlaku, terdapat implikasi positif yang mungkin akan memberi kesan yang baik kepada industri sawit negara dalam jangka masa yang panjang. Kalau dahulu minyak sawit mungkin hanya dilihat sebagai antara komoditi utama yang membawa keuntungan berbilion kepada negara. Tetapi kini, dari ahli politik dan pembuat dasar hingga ke pemain industri dan pekebun kecil sebulat suara bersetuju terhadap satu perkara; minyak sawit adalah khazanah negara yang perlu dipertahankan. Kerajaan melalui Kementerian Industri Utama dan agensi-agensi dibawahnya serta agensi-agensi pengeluar sawit berusaha memperkasakan lagi mesej-mesej mengenai minyak sawit melalui apa jua kempen dan program yang dijalankan. Mesej “kemampanan” kini menjadi mesej utama yang sering disampaikan kepada pengguna selain mesej “kelebihan menggunakan minyak sawit”. Setiap mesej mesti disampaikan dalam bahasa yang mudah difahami oleh masyarakat serta disokong oleh sains dan fakta. Tugas ini bukan lagi hanya digalas oleh agensi-agensi yang berkenaan, tetapi juga setiap orang yang terlibat dalam rantaian nilai pengeluaran.
DATO’ HAJI KAMARUDIN HAJI ISMAIL Timbalan Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Sektor Perladangan
Bantahan tersebut ternyata membawa hasil apabila EU menangguhkan sekatan tersebut menjelang tahun 2030. Penangguhan ini, walaupun disambut baik oleh kerajaan Malaysia, menunjukkan EU tidak berganjak daripada pelan asalnya. Statistik yang dikeluarkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) juga menunjukkan terdapat penurunan permintaan minyak sawit dari Malaysia oleh negara-negara EU. Dakwaan EU bahawa minyak sawit merupakan penyebab utama penebangan hutan secara berleluasa adalah tidak benar sama sekali. Malah, Union of Concerned Scientiests, sebuah organisasi advokasi ilmu bukan bermotifkan keuntungan di Amerika Syarikat telah menyatakan daripada lima billion hektar tanah pertanian di seluruh dunia, 71.2 peratus digunakan untuk membuka tanah untuk dijadikan padang rumput bagi lembu sapi sedangkan penanaman kelapa sawit hanya menggunakan 0.31 peratus tanah pertanian global. Bergantung sepenuhnya terhadap minyak sayur juga dilihat sebagai penyelesaian yang
12 PELANCAR Khas 2019 12 PELANCAR Khas 2019
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease