Wadah PELANCAR Edisi Khas PKTA 2019

- Pharma Wellness membangunkan SOP penyediaan CoopFarmasi seterusnya akan diikuti oleh koperasi yang berminat.

- Pemeriksaan percuma dan berbayar.

- Berkonsepkan Farmaseutikal Halal iaitu merupakan kelebihan farmasi ini berbanding farmasi lain.

ii. Hub Pembelian Berpusat Barangan Kesihatan

» Pelanggan farmasi yang mengunjungi Farmasi Constant, Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.

- Selain mewujudkan outlet CoopFarmasi, pharma Wellness juga akan membekalkan produk-produk farmaseutikal kepada 39 outlet sedia ada seperti barangan keperluan farmasi termasuk ubat-ubatan generik/makanan tambahan (supplement) dan peralatan perubatan sokongan. Selain Koperasi Farmasi Muslim Pahang Berhad, tiga lagi koperasi lain iaitu Koperasi Koperasi Farmasi Negeri Kelantan Berhad; Koperasi Farmasi Muslim Selangor Berhad dan Koperasi Farmasi Muslim Negeri Sembilan Berhad. Inisiatif dan komitmen kerjasama di antara ANGKASA dan Koperasi Farmasi Muslim Pahang Berhad ini diharap dapat memenuhi permintaan masyarakat terhadap ubat-ubatan dengan harga yang berpatutan selain dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan penjagaan diri dan kesihatan. Industri farmaseutikal halal yang bakal direalisasikan menerusi projek ini adalah bertepatan dengan hasrat Kerajaan. Pada hari ini terdapat 188 buah syarikat farmaseutikal telah diberi perakuan sijil halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan kerajaan melihat prospek farmaseutikal halal global menjelang tahun 2021 adalah bernilai AS$132 (RM549 bilion) dan hal ini memberi potensi pelaburan yang besar ke arah menjana pertumbuhan ekonomi negara. Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri & Kesihatan ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan menyatakan, ANGKASA melalui Projek Pharma Wellness akan bertindak sebagai pelopor kepada perkhidmatan farmasi dan pembekalan produk-produk farmaseutikal dan kesihatan yang dilihat memiliki potensi cerah pada masa akan datang. Dari sudut sosial, kewujudan projek ini diharap dapat membuka peluang pekerjaan kepada graduan lepasan universiti dan kolej melalui perniagaan yang diusahakan oleh koperasi-koperasi.

Projek perniagaan bidang kesihatan ini bakal memberi peluang kepada koperasi yang tidak mempunyai kepakaran khusus tetapi berminat mengusahakan premis farmasi yang dijenamakan sebagai “COOPFARMASI” sebagai melambangkan jati diri koperasi yang mempunyai Prosedur Pengendalian Standard (SOP) dan reka bentuk yang ditetapkan. Projek rintis ini telah menyaksikan Koperasi Farmasi Muslim Pahang Berhad sebagai pelopor perniagaan koperasi dan bakal diperluaskan ke negeri lain seperti Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan pada masa akan datang. Ia ke arah usaha menjana pendapatan koperasi dalam jangka masa panjang selain memenuhi kepeluan pembekalan ubat-ubatan kepada 39 outlet farmasi sedia ada seluruh negeri Pahang yang dimiliki anggota koperasi. Dua teras aktiviti yang bakal dilaksanakan: i. Pembukaan Outlet CoopFarmasi - Pharma Wellness akan mewujudkan Outlet CoopFarmasi yang pertama dan akan menjadi model kepada koperasi- koperasi yang berminat membuka farmasi. » Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail memotong riben sebagai gimik Pelancaran Farmasi Constant milik Koperasi PERSADA Kuala Lumpur Berhad (KOPERSADA), pada Januari 2019 lalu.

Khas 2019 PELANCAR

15

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease