Sektor Pemborongan Dan Peruncitan
Visi Menjadi “Pemangkin Pembangunan Koperasi Dalam Bidang Perniagaan dan Keusahawanan Yang Profesional Melalui Sektor Pemborongan dan Peruncitan Menjelang Tahun 2021”. Misi Menyediakan program yang berkualiti dan berimpak tinggi serta meransang penglibatan koperasi dalam Sektor Pemborongan dan Peruncitan melalui pengurusan yang profesional.
Kepesatan Sektor Pemborongan Dan Peruncitan
Oleh : HAJI ANUAR BULIN Pengurus Besar Bahagian Kepimpinan Modal Insan Dan Pembangunan Keusahawanan
Sektor Pemborongan dan Peruncitan Malaysia mencatatkan pertumbuhan pesat pada tahun 2018 kerana disokong pelbagai dasar dan inisiatif berkesan yang dilaksanakan sektor awam dan swasta dalam membantu mengurangkan kesan kejatuhan harga komoditi global. Pelaburan berterusan dalam sektor berkaitan memberi manfaat dengan peruncitan dan pemborongan yang semakin berkembang.
HAJI MOHAMAD AZMI OMARUDDIN Naib Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Sektor Pemborongan dan Peruncitan
Sehubungan dengan itu, fokus Peneraju Sektor Pemborongan dan Peruncitan (SPP) ANGKASA telah menumpukan kepada program pembangunan produk, pengedaran produk-produk koperasi, pemborongan dalam dan luar negara, pengurusan logistik, merangsang pembangunan premis-premis peruncitan, peruncitan dalam talian, pusat produk, pameran, ekspo, pengiklanan komersial serta program pengukuhan. Melalui peranan ini, diharapkan gerakan koperasi dapat membantu mengurangkan kos sara hidup di samping dapat membantu meningkatkan mutu dan kualiti kehidupan anggota koperasi khususnya serta rakyat Malaysia umumnya. Objektif yang disasarkan oleh sektor Pemborongan dan Peruncitan: Membangunkan produk-produk keluaran koperasi bagi memenuhi keperluan pasaran dalam dan luar negara. Membantu meningkatkan perkhidmatan Pusat Pengedaran koperasi. Menyediakan produk dan keperluan asasi masyarakat dengan harga yang kompetitif. Memperkasakan rangkaian runcit di seluruh negara melalui program Bekalan Barang Asas (BA 100). Mempromosi dan menempatkan produk koperasi dalam pasaran.
20 PELANCAR Khas 2019
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease