Sektor Inovasi & Teknologi
Antara peranan ANGKASA sebagai peneraju pembangunan inovasi sektor koperasi ialah; a) Menyediakan prasarana dan perkhidmatan IT terbaik kepada komuniti koperasi. b) Menyediakan kemudahan asas e-Dagang bagi memperluaskan pasaran dan memantap ekonomi gerakan koperasi. c) Melahirkan masyarakat koperasi yang celik IT dan bermaklumat. d) Membudayakan teknologi hijau, menjamin alam sekitar dan kesejahteraan rakyat.
Oleh : RAHMAT MOHD DID Bermulanya Era Baharu Peruncitan ‘Program Pembekalan Barangan Asas 100’ atau lebih dikenali sebagai BA100 merupakan satu program bersepadu yang diperkenalkan oleh ANGKASA dalam usaha berterusannya untuk menggerakkan perniagaan koperasi terutama membantu dan menawarkan penjualan barangan asas dengan harga berpatutan. Menerusinya, ANGKASA
DATO’ ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Sektor Inovasi & Teknologi
mengambil inisiatif membuat pembelian secara pukal daripada pembekal atau pengeluar dan dihantar secara terus kepada peruncit. Berasaskan kepada pendekatan tersebut, kedai-kedai koperasi dapat bergabung dengan menawarkan jualan barangan asas dengan harga yang berpatutan dan bukan bersifat sementara. Projek BA100 akan melibatkan penambah-
» Dato’ Abdul Fattah menyaksikan demonstrasi simulasi BA100 yang dijalankan di Pusat Khidmat Usahawan, Wisma Ungku A. Aziz. Turut serta ialah Naib- Naib Presiden ANGKASA , Haji Mohamad Azmi Omaruddin dan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa.
Objektif BA100
baikan operasi dan penjualan di semua kedai koperasi yang terlibat. Projek ini sekaligus dapat memberi manfaat sosioekonomi kepada gerakan koperasi dan masyarakat khususnya anggota koperasi selain menjadi sebahagian daripada usaha kerajaan dalam mengurangkan kos sara hidup rakyat. Pada peringkat awal, projek pilot akan dijalankan meliputi Selangor dan Wilayah Persekutuan sebelum dikembangkan ke seluruh negara. Tujuan pelaksanaannya adalah untuk menganalisa penerimaan koperasi dari segi pilihan produk dan tinjauan harga serta lain-lain isu yang perlu dipastikan jalan penyelesaiannya. Koperasi yang menyertai projek ini akan dapat menambahbaik pengurusan kedai
Menawarkan Barang Asas Dengan Harga Berpatutan
Menaiktaraf Kualiti Hidup Anggota Koperasi
Menaiktaraf Operasi Koperasi Peruncitan Agar Lebih Kompetitif
Merangsang Perniagaan Koperasi
24 PELANCAR Khas 2019
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease