Integriti dan Tadbir Urus ANGKASA
ANGKASA Ke Arah Badan Pensijilan Yang Diiktiraf
Oleh : WAN ADLINA WAN AB AZIZ
Cadangan pelantikan ANGKASA sebagai badan pensijilan yang diiktiraf dalam gerakan koperasi telah dikemukakan oleh Ketua Pengarah JSM, Datuk Fadilah Baharin dalam satu mesyuarat di antara ANGKASA dan JSM pada 28 Disember 2017. Cadangan tersebut amat bertepatan dalam usaha membantu koperasi mendapatkan pensijilan bagi mematuhi keperluan standard pada kos yang munasabah. Hasil daripada perbincangan tersebut, JSM menawarkan ANGKASA supaya mendapatkan akreditasi ISO/IEC 17021- 3:2017 bagi membolehkan ANGKASA menjadi sebuah badan pensijilan yang diiktiraf dengan mewujudkan keperluan standard ISO khas untuk sektor koperasi. Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoU) di antara ANGKASA dengan JSM yang berlangsung pada 9 Mac 2018 telah menggariskan program yang perlu dilaksanakan merangkumi promosi penggunaan standard, penganjuran program bersama dan pembangunan kapasiti modal insan.
DR MOHD. AZLAN YAHYA Naib Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Integriti Dan Tadbir Urus ANGKASA
Usaha mendapatkan pengiktirafan ANGKASA sebagai Badan Pensijilan dalam sektor koperasi negara membuktikan kreadibiliti dan imej badan puncak ini dalam membangun dan mengiktiraf amalan kualiti bagi pengurusan koperasi.
Sistem Pengurusan Pematuhan (ISO) yang dipraktikkan ANGKASA bertujuan memastikan pendekatan bersistematik dalam menerapkan nilai kualiti kerja bertepatan dengan keperluan piawaian yang ditetapkan serta mematuhi standard garis panduan antarabangsa. ANGKASA mengambil inisiatif mengadakan persefahaman usahasama dengan Jabatan Standard Malaysia (JSM) dalam membangunkan ISO bagi membantu meningkatkan tahap penerimaan pengguna terhadap produk koperasi. Selain menawarkan kepakaran dan
Selaras dengan peranannya dalam merangsang dan membangunkan perniagaan koperasi sekaligus memberi impak kepada
sumbangan sektor koperasi dalam Kadar Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang
latihan untuk tujuan itu, JSM akan membantu pengusaha koperasi untuk mempromosikan penggunaan standard di peringkat domestik dan antarabangsa. JSM merupakan sebuah badan standard dan akreditasi kebangsaan yang berperanan untuk memberi keyakinan kepada pihak berkepentingan melalui aktiviti standard berwibawa bagi meningkatkan daya saing global.
tahun 2020, ANGKASA terus mengambil peranan proaktif memperkasakan usaha ini bagi kemajuan gerakan koperasi. ANGKASA perlu mematuhi
peruntukan-peruntukan yang ditetapkan piawaian ISO/IEC 17021-3: 3:2017 untuk menjadi Badan Pensijilan dan hendaklah memenuhi
28 PELANCAR Khas 2019
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease