Wadah PELANCAR Edisi Khas PKTA 2019

keperluan serta memastikan badan ini kompeten, konsisten dan kesaksamaan dalam menguruskan pensijilan dan konsultansi. Badan Pensijilan ini berperanan mengeluarkan Sijil Pematuhan mengikut skop pematuhan yang dibangunkan dalam membantu koperasi berkenaan menyediakan keperluan piawaian merangkumi proses terlibat dan didokumenkan. Selain itu, badan ini juga memberi perlindungan kepada pengguna produk dan menjaga kepentingan awam. ANGKASA dipersijilkan lebih 10 tahun untuk Sistem Pengurusan Kualiti berasaskan Pengurusan Risiko 9001: 2015; lebih tiga tahun untuk Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) 27001: 2016 dan Sistem Pengurusan Anti Rasuah 37001: 2016 daripada 11 organisasi terawal di negara ini yang mendapat pensijilan. Penubuhan ANGKASA Research & Certification Sdn. Bhd. (ARC) menjadi platform baharu buat badan induk koperasi ini sebagai Badan Pensijilan yang mengeluarkan Sijil Sistem Pengurusan Pematuhan (ISO) kepada koperasi dan bukan koperasi melalui pengauditan yang dibuat ke atas organisasi yang terlibat. ARC adalah sebuah syarikat milik penuh serta mewakili ANGKASA dalam menjalankan kegiatan pensijilan, pemeriksaan dan ujian yang menyediakan prasarana untuk membangunkan standard mengikut produk dan khidmat pengauditan pematuhan. Ia adalah selaras dengan Teras Strategik Dasar Koperasi Negara Keempat

iaitu meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap gerakan koperasi. ARC yang telah mendapat kelulusan dan mandat perwakilan di Persidangan Kebangsaan Tahunan ANGKASA (PKTA) Ke-33 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pada 12 Mei 2018 lalu turut berfungsi menawarkan perkhidmatan konsultansi kepada koperasi dan bukan koperasi dalam bidang dokumentasi mengikut standard ISO untuk memperolehi pensijilan ISO. Badan Pensijilan yang dilaksanakan oleh ARC ini berupaya dan mampu memainkan peranannya memandangkan rekod ANGKASA yang sebelum ini berpengalaman menguruskan standard ISO iaitu Sistem Pengurusan Kualiti (QMS); Pengurusan Keselamatan Sistem Maklumat (ISMS) dan Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS) di samping kekuatan ANGKASA yang memiliki 10 orang kakitangan memiliki Sijil Juruaudit/Penilai Utama (Lead Assessor/Auditor) dan 4 kakitangan berkelulusan Pegawai Integriti Bertauliah sebagai penasihat teknikal untuk Sistem Pengurusan Anti Rasuah. Inisiatif ini wajar dilaksanakan dalam usaha membantu koperasi mendapat pensijilan memandangkan hanya sebilangan kecil koperasi di Malaysia telah disijilkan dengan standard ISO serta kurangnya kesedaran penggunaan standard ini dalam sektor koperasi.

Hala Tuju Kerjasama dengan Jabatan Standard Malaysia

Program

Sasaran

2019

Pelaksanaan program-program

kesedaran penggunaan standard dalam koperasi (taklimat, seminar, kursus)

> Akreditasi ARC > Peningkatan bilangan koperasi yang disijilkan ISO

Menandatangani MoU pada 9 Mac 2018

Bengkel Pelaksaan Amalan Kualiti yang Menyeluruh ke Arah Pensijilan ISO

2020

> Standard koperasi > Penggunaan Standard dijadikan satu kriteria dalam menentukan 100 koperasi

Mewujudkan Standard MS Koperasi 72001 : 2020

Pensijilan MS ISO Koperasi

Gambar rajah : Hala Tuju Kerjasama ANGKASA Dengan Jabatan Standard Malaysia (JSM).

Khas 2019 PELANCAR

29

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease