Sektor Kewangan
Visi Sebagai hub dan penyumbang pendapatan utama didalam gerakan koperasi Misi Menjadi platform yang dapat memperkasakan serta melindungi kepentingan dan hak memperjuangkan hak gerakan koperasi dari konteks perkhidmatan kewangan termasuk dari aspek pengiktirafan, undang- undang, sumber modal dan produk-produk. Perkhidmatan Kutipan dan Pemulihan Kredit ANGKASA “ANGKASA Credit Collection and Recovery Services (ACCRS)”
Oleh : MOHAMAD DARULNIZAM MAT DARUS Pengurus Besar Bahagian Perkhidmatan Kredit & Kewangan dan Sektor Kewangan ANGKASA melalui Sektor Pembangunan
HAJI MOHAMAD AZMI OMARUDDIN Naib Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Sektor Kewangan
Perkhidmatan Kewangan ANGKASA telah merangka satu perkhidmatan di bawah projek “Cooperative
Empowerment Plan 1” (CEP1) yang dinamakan sebagai Perkhidmatan Kutipan dan Pemulihan Kredit ANGKASA (ACCRS). Perkhidmatan ini diwujudkan bagi membantu koperasi dalam mengutip semula tunggakan pembiayaan dan seterusnya memulihkan semula tunggakan tersebut. Perkhidmatan ini akan menyasarkan kepada semua 591 buah koperasi kredit di seluruh Malaysia termasuklah 419 koperasi kredit yang merupakan pelanggan BPA, institusi-institusi perbankan dan agensi-agensi pembiayaan berlesen.
1. Koperasi tiada kakitangan untuk menguruskan kutipan balik tunggakan. 2. Koperasi tiada sistem kutipan yang lengkap dalam menguruskan aktiviti kutipan tunggakan. 3. Kekangan data terkini (Limitation of Data) menyukarkan koperasi menghubungi peminjam. 4. Kesukaran koperasi dalam mendapatkan Perkhidmatan DCA kerana caj yang dikenakan agak tinggi. 5. Kurang kesedaran dalam kalangan koperasi dalam kepentingan menguruskan tunggakan pinjaman koperasi. 6. Tiada kepakaran atau pengalaman dalam menguruskan kutipan balik tunggakan. Melalui dapatan daripada kajian tersebut, lahirlah perkhidmatan ini yang memberi penyelesaian kutipan (Collection Solution) kepada koperasi-koperasi yang memerlukan perkhidmatan ini.
Mengimbas semula di awal perancangan perkhidmatan ini, pihak Sektor Kewangan telah menjalankan terlebih dahulu satu kajian ringkas melalui satu borang kaji selidik yang telah diedarkan kepada beberapa koperasi kredit di seluruh Malaysia bagi mendapatkan data “Non-Performing Financing (NPF)” terkini. Selain itu, pihak Sektor Kewangan turut mengadakan beberapa sesi temuduga bagi mengumpul data dan maklumat berkenaan permasalahan tunggakan pinjaman yang tidak berjaya dikutip. Hasil kaji selidik tersebut, terdapat 40 responden daripada 40 buah koperasi kredit dan jumlah terkumpul nilai NPF adalah sebanyak RM62 juta. Melalui kajian tersebut juga, kami telah mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada permasalahan tersebut. Antara faktor- faktor tersebut adalah seperti berikut:
30 PELANCAR Khas 2019
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease