dilantik ini akan menjalankan aktiviti kutipan bagi pihak ANGKASA dan koperasi manakala tindakan kawal selia akan dilakukan oleh kakitangan Sektor Kewangan dalam memastikan aktiviti kutipan dijalankan dengan lebih efektif dan mematuhi garis panduan serta tatacara pengutipan hutang (“Fair Debt Collection Practice”).
Perlaksanaan ACCRS akan melalui 2 Fasa Perlaksanaan. Bagi Fasa 1, ANGKASA akan menguruskan sahaja Perkhidmatan Kutipan dan Pemulihan Kredit bagi pihak koperasi dengan kerjasama daripada agensi kutipan (DCA). Oleh yang demikian, pihak ANGKASA telah melantik 15 buah syarikat agensi kutipan sebagai panel agensi kutipan. Agensi-agensi kutipan yang
Bermula pada Mac 2019, kakitangan Sektor Kewangan telah mula menjalankan kempen promosi di koperasi-koperasi kredit di seluruh Malaysia. Kempen promosi ini akan diteruskan sepanjang tahun bagi memberi penerangan dengan lebih terperinci berkenaan perkhidmatan ini dan seterusnya mendapatkan koperasi untuk menyertai perkhidmatan ini. Pihak Sektor Pembangunan Perkhidmatan Kewangan percaya, dengan adanya infrastruktur
yang sedia ada yang bakal menyokong perkhidmatan ini seperti sistem SPGA oleh Bahagian Perkhidmatan Kredit dan Kewangan, Unit SPEKAR, Sistem Kutipan menyeluruh, serta pengkalan data yang meluas oleh panel-panel agensi yang dilantik bakal memberi kelebihan kepada koperasi dalam mendapatkan semula bayaran tunggakan pembiayaan mereka pada kadar caj yang sangat minimum.
Khas 2019 PELANCAR
31
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease