Wadah PELANCAR Edisi Khas PKTA 2019

Sektor Pembangunan Hartanah

Visi Sektor Pembangunan Hartanah & Industri Binaan adalah menjadi Peneraju Kecemerlangan Koperasi dengan menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melalui Sektor Pembangunan Haratanah dan Industri Binaan menjelang 2020. Misi 1. Mengenal pasti dan memajukan perniagaan baru untuk koperasi yang berpotensi. 2. Membangun dan memperkukuhkan aktiviti perniagaan koperasi yang sedia ada. 3. Mewujudkan jaringan perniagaan koperasi di peringkat nasional dan antarabangsa. Portal E-Coop Hardware Dapatkan Barangan Hardware Pada Harga Lebih Murah

DATO’ HAJI CHE MOHD SHUKREE CHE ISA Naib Presiden ANGKASA Merangkap Pengerusi Sektor Pembangunan Hartanah

Oleh : RAHMAT MOHD DID

Seiring dengan perkembangan teknologi yang pesat dan dunia tanpa sempadan, gerakan koperasi perlu mengorak langkah proaktif agar tidak ketinggalan dalam perniagaan. ANGKASA melalui Sektor Pembangunan Hartanah dan Industri Binaan komited untuk membantu koperasi yang menjalankan aktiviti pembekalan dan perniagaan bahan industri binaan (hardware) dengan menyediakan platform e-dagang yang dipanggil E-Coop Hardware. Umum sedia mengetahui bahawa perbezaan harga dalam pasaran pembekalan bahan industri binaan kerap berlaku dan perlu ditempuhi oleh masyarakat dan koperasi yang terlibat di negara ini. Perbezaan ini wujud apabila terdapat segelintir pembekal yang memonopoli dan mengawal harga pasaran.

» Anggota Koperasi Peserta Rancangan FELCRA Seberang Perak Berhad (KPFSPB) melawat kedai hardware di China untuk mendapatkan barang-barang dengan harga lebih murah.

32 PELANCAR Khas 2019

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease