Program E-Coop Hardware dikenal pasti sebagai satu perniagaan yang berpotensi untuk dijayakan oleh koperasi. Langkah ini dilihat sebagai satu agenda koperasi untuk meningkatkan perolehan seterusnya dapat membantu memberi sumbangan lebih bermakna kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). ANGKASA sebagai badan puncak gerakan koperasi di Malaysia mahu membantu koperasi supaya dapat membeli bahan industri binaan secara terus dari kilang dan menjualnya dengan harga yang lebih kompetitif seterusnya menarik minat pengguna. Justeru, sistem E-Coop Hardware yang akan dibangunkan oleh ANGKASA dengan kerjasama Persatuan Usahawan Hardware Bumiputera Malaysia bakal menjadi jenama E-Coop Harware pertama di Malaysia dan akan dipatenkan agar dapat menjadi penanda aras terbaharu dalam pembangunan perniagaan tersebut. Program ini adalah lanjutan daripada jaringan Coop Hardware yang bermula pada tahun 2017 dan telah mempunyai 19 buah kedai hardware koperasi di seluruh Malaysia. Setakat ini, sembilan buah koperasi yang juga anggota jaringan Coop Hardware bersetuju untuk menjadi perintis kepada program E-Coop Hardware ini. Koperasi-koperasi yang terlibat adalah Koperasi Sri Al Amin Kerteh Berhad, Koperasi Akedemi Binaan Malaysia Wilayah Utara Berhad, Koperasi Barakah Sepang Berhad, Koperasi Alumni Sevotek Taiping Berhad, KoperasiKoperasi Warisan Kamad Tuaran Sabah
koperasi-koperasi mentee mendapatkan bahan industri binaan secara terus dari pemborong dari luar negara sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada pembekal-pembekal tempatan. Koperasi Peserta Rancangan FELCRA Seberang Perak Berhad (KPFSPB) sendiri telah pergi ke China pada bulan Mac 2019 dengan tanggungan sendiri untuk mencari pembekal- pembekal yang mampu menyediakan barangan hardware dengan harga lebih murah dan kompetitif. ANGKASA berharap kerjasama yang dijalinkan antara koperasi ini akan memberi impak besar kepada gerakan koperasi secara keseluruhannya antaranya membolehkan koperasi mewujudkan jaringan bekalan bahan industri binaan di kalangan koperasi dalam dan luar negara, membantu membangun dan merangsang penglibatan koperasi dalam perniagaan hartanah dan bahan industri binaan, memperkasakan perniagaan koperasi yang terlibat dengan aktiviti pembekalan bahan industri binaan dan mempromosikan jenama E-Coop Hardware sebagai satu platform sokongan kepada anggota koperasi dan masyarakat untuk mendapatkan bahan industri binaan dengan harga lebih murah. Portal E-Coop Hardware dijangka akan dilancarkan oleh ANGKASA pada penghujung tahun ini dan akan diuruskan sepenuhnya oleh koperasi. ANGKASA juga akan menambahkan lagi bilangan koperasi yang terlibat dalam jaringan ini dari semasa ke semasa.
Berhad, Koperasi Peneroka FELDA Papan Timur Berhad, Koperasi Perbadanan Putrajaya Berhad, Koperasi Pekida Kluang Berhad dan Koperasi Peserta- Peserta FELCRA Malaysia Berhad. Sementara itu, dua buah koperasi dan sebuah persatuan yang dilantik ANGKASA iaitu Koperasi Paku Selangor Berhad (KOPAKU), Koperasi Peserta Rancangan FELCRA Seberang Perak Berhad (KPFSPB) dan Persatuan Usahawan Hardware Bumiputera Malaysia akan menjadi mentor kepada sembilan koperasi tersebut. Mentor-mentor ini akan memberi bimbingan dari segi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan juga membantu
» Kedai Paku Hardware milik Koperasi Paku Selangor Berhad (KOPAKU) yang merupakan salah satu mentor dalam program E-Coop Hardware.
Khas 2019 PELANCAR
33
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease