Rencana Khas
Integriti Unggul Organisasi Cemerlang
Matlamat PIN adalah untuk meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama dalam pelbagai sektor menerusi usaha peningkatan integriti supaya menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang. Pertama kali dilancarkan pada 23 April 2004, PIN merupakan antara langkah penting kerajaan dalam usaha meningkatkan integriti dan pembudayaan nilai murni dalam kalangan semua lapisan masyarakat dan institusi. Pengamalan nilai integriti menjadi kunci kejayaan sesebuah koperasi. Kegagalan beberapa kopersei sebelum ini berpunca dari sikap kurang amanah, integriti tidak menjadi keutamaan dan dan kepentingan peribadi mengatasi kepentingan anggota-anggota. Koperasi juga seharusnya mempunyai budaya integriti yang bercirikan penguasaan ilmu melalui pentadbiran yang cekap, amanah dan mesra dengan anggota dan tidak tunduk di bawah pengaruh rasuah, bebas daripada penyalahgunaan kuasa atau kedudukan serta bersih dari kronisme. Tadbir urus yang berintegriti menjamin kecekapan dan keberkesanan tugas serta fungsi sesebuah koperasi. Sekiranya seluruh warga koperasi berintegriti tinggi, maka integriti organisasinya juga akan meningkat. Cabaran utama dalam melaksanakan integriti adalah bagaimana untuk membudayakannya dalam organisasi sebagai tanggungjawab korporat. Pelan Integriti Nasional (PIN) yang memfokuskan kepada usaha membina masyarakat bermoral dan beretika pada dasarnya adalah sebuah pelan induk yang bertujuan memberikan hala tuju serta bimbingan kepada pengukuhan asas moral semua komponen dalam masyarakat.
Oleh: HAJI NASIR KHAN YAHAYA Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA
Dalam konteks koperasi tanggungjawab korporat membawa maksud koperasi sebagai sebuah badan bertanggungjawab ke atas semua tindakannya. Dalam kata lain, Lembaga Pengarah dan Pengurusan Kanan koperasi sebagai pihak yang berkuasa ke atas perjalanan koperasi, bertanggungjawab menanggung liabiliti terhadap semua tindakan yang dilakukan oleh koperasi.
TANGGUNGJAWAB LIABILITI KORPORAT
Liabiliti Korporat
Lembaga Pengarah
Pengurusan Kanan
Kakitangan
Di bawah Akta MACC 2018 (Pindaan) Lembaga Pengarah dan Pengurusan Kanan bertanggungjawab ke atas semua tindakan syarikat/organisasi.
Sumber : Corporate Integrity/Plan, Triden Integrity Solution.
34 PELANCAR Khas 2019
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease