Wadah PELANCAR Edisi Khas PKTA 2019

Kepimpinan berteladan, kesediaan individu untuk berubah, matlamat yang jelas dan komunikasi berkesan yang berteraskan integriti berupaya menjamin kejayaan sesebuah koperasi. Pemimpin yang berintegriti sentiasa menzahirkan jati diri yang berteraskan ketelusan, sadik dan amanah dengan berpegang kepada prinsip dan tidak mudah dipengaruhi oleh sesiapa. Pengurusan berintegriti dalam koperasi memerlukan komitmen semua pihak yang terlibat merangkumi anggota, Lembaga, kakitangan dan JAD serta pihak kerajaan sebagai penguatkuasa. Bagi memperkukuhkan integriti dalam organisasi, ANGKASA telah mewujudkan kerjasama strategik dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pusat Governans, Integriti & Anti Rasuah, Jabatan Perdana Menteri (GIACC) bagi memberi pendedahan dan perkongsian ilmu serta bimbingan kepada koperasi mengenai rasuah.

Rasuah boleh berlaku ekoran daripada sistem yang lama, kekurangan atau ketiadaan penguatkuasaan serta budaya menerima/ menganggap rasuah sebagai kebiasaan yang tidak perlu dihiraukan. Dalam hal ini, perkara pertama dan kedua perlu diselesaikan dahulu sebelum perkara ketiga boleh dihapuskan dan ia harus bermula dengan komitmen peringkat kepimpinan dan pengurusan kanan. Secara berperingkat, ANGKASA mengukuhkan amalan integritinya dengan melaksanakan pemangkin Standard ISO dalam pengurusan khususnya Anti Bribery Management System (ABMS : ISO 37001) dan Information Security Management System (ISMS : ISO 27001). Pada masa yang sama ANGKASA memastikan semua perjalanan operasinya patuh syariah. ANGKASA juga sudah mewujudkan Garis Panduan Pengurusan Risiko, Dasar Menerima/Memberi Hadiah, Pelan Strategik Integriti dan Pengisytiharan Harta.

PEMANTAPAN INTEGRITI

Integriti secara umumnya ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Integriti berkaitan erat dengan etika. Ia adalah berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari.

INDIVIDU

PENJAWAT AWAM

PENJAWAT AWAM

Integriti individu ialah keselarasan di antara apa yang dikatakan oleh individu dengan apa yang diamalkan di antara tindakannya dengan prinsip moral, etika dan undang-undang serta di antara kepentingan diri dan kepentingan umum. Seseorang dikatakan berintegriti apabila dia bertindak atau bertingkah laku sedemikian secara konsisten dalam pelbagai segi.

Integriti Penjawat Awam merujuk kepada apabila seseorang menjawat apa-apa sahaja jawatan yang diamanahkan dalam perkhidmatan kerajaan. Beliau perlu bertindak secara amanah kepada kuasa dan tugasnya, telus, tulus, tiada konflik peribadi, berwibawa, akauntabiliti, patuh kepada undang- undang dan peraturan berkuatkuasa. Apabila berlaku konflik kepentingan, keutamaan harus diberikan kepada kepentingan awam.

Integriti organisasi tercermin dalam perumusan dan pelaksanaan kod etika, piagam pelanggan atau sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Kod etika organisasi ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota organisasi berkenaan sehingga menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya organisasi.

Sumber: Megat Ayop Megat Arifin & Abd. Halim Ahmad, Kepentingan Budaya Integriti Dan Etika Kerja Dalam Organisasi Di Malaysia : Satu Tinjauan Umum, GEOGRAFIA Online TM Malaysia Journal Of Society And Space 12 Issue 9, (2016 ) ISSN 2180-2491

Khas 2019 PELANCAR

35

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease