Wadah PELANCAR Edisi Khas PKTA 2019

» Peserta-peserta International School Co-op Seminar bergambar kenangan bersama Naib Presiden ANGKASA, Dr. Haji Mohd. Azlan Yahya (duduk, tengah).

dilihat dengan penyertaan yang menggalakkan sewaktu Persidangan dan Mesyuarat Agung Pertubuhan Koperasi ASEAN (ACO) yang berlangsung di Petaling Jaya pada 11 Disember 2018. Dalam majlis yang sama, Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah telah berjaya mengekalkan jawatannya sebagai Presiden pertubuhan tersebut untuk tempoh 2018 hingga 2022. ANGKASA turut menggunakan kelebihan pejabat perniagaan ICA-AP yang lebih dikenali sebagai ICA-AP Malaysian Business Office (MBO) di Kelana Jaya untuk menganjurkan pelbagai program dengan kerjasama All China Federation of Supply and Marketing Co-operatives, National Agricultural Co-operative Federation (NACF) dan Japanese Consumer Co-operative Union. Kelebihan ini turut dimanfaatkan dengan memberi pendedahan mengenai aktiviti gerakan koperasi di Malaysia kepada koperator antarabangsa. International School Co-op Seminar yang telah dianjurkan oleh ANGKASA dengan kerjasama ICA-AP Committee on University / Campus Co-operatives dari 22 hingga 26 Julai 2018 telah memberi peluang kepada 34 delegasi dari tujuh negara untuk melihat sendiri operasi koperasi sekolah di sekitar Pulau Pinang. Pada 25

» Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah, Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa ANGKASA, Hajah Roszurina Haji Omar (paling kanan) bergambar bersama Pengerusi NACF, Kim Byeong-Won pada Persidangan ICA dan Mesyuarat Lembaga ICA untuk tahun 2018 yang berlangsung di Buenos Aires, Argentina pada 18 hingga 24 Oktober 2018.

» Naib Presiden ANGKASA merangkap Ahli Lembaga Koperasi Perumahan Antarabangsa ICA Global, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (dua dari kanan) bertindak sebagai moderator sewaktu Persidangan ICA-AP kali ke-13 dan Forum Koperasi ke-10 pada 26 hingga 30 November 2018 di Tehran, Iran.

40 PELANCAR Khas 2019

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease