» Program Dialog Pengetua anjuran ANGKASA diadakan di seluruh negara untuk meningkatkan kefahaman kepada koperasi selain membincangkan tentang perancangan serta pendekatan baharu yang boleh diambil terhadap program pembangunan perniagaan koperasi sekolah untuk tahun 2019.
» Duta Besar Itali ke Malaysia, Mr. Cristiano Maggipinto ketika menyampaikan ucapan dalam majlis Showcase Video Malaysian School Co-operative for “aroundtheworld.coop” Project di Wisma Ungku A. Aziz pada 29 April 2018.
» Tetamu kehormat bergambar bersama pelajar-pelajar sekolah yang turut hadir ke tayangan video koperasi sekolah oleh Sara Vicari (baris depan, sembilan dari kanan) dan Andrea Mancori (baris depan, lapan dari kanan).
sekolah telah berjaya membuka 159 buah kiosk, menjangkaui sasaran yang telah ditetapkan oleh ANGKASA. Dalam tempoh yang sama juga, sebanyak 136 buah COOP Mart telah dibangunkan oleh koperasi sekolah. Mungkin ada yang berfikir, jumlah kiosk dan COOP Mart yang telah dibuka perlu dipertingkatkan memandangkan jumlah koperasi sekolah di seluruh negara sehingga 30 Jun 2018 melebihi 2,400 buah. Apa yang penting adalah peningkatan yang konsisten dan usaha yang berterusan daripada warga koperasi sekolah. Koperasi sekolah cepat mengenal pasti keperluan dan kehendak pelanggan yang terdiri daripada warga sekolah serta masyarakat setempat dan mengambil peluang tersebut untuk mempelbagaikan lagi jenis perniagaan. Sebagai contoh, semakin banyak koperasi sekolah yang menyediakan khidmat pengasuhan dan penjagaan kanak-kanak melalui pembukaan taska sekaligus memberi kemudahan kepada guru-guru dan pihak sekolah. Terdapat beberapa koperasi sekolah juga dilihat yakin
menguruskan kantin sekolah serta membuka kafé atau kedai kopitiam sebagai salah satu usaha meningkatkan perolehan. Tidak dinafikan terdapat keterujaan menyaksikan perolehan yang dicatatkan koperasi sekolah seluruh negara terus meningkat. Perolehan koperasi sekolah meningkat sebanyak 22 peratus daripada RM312 juta pada tahun 2013 kepada RM382 juta pada tahun 2017. Pada tahun 2018, sebanyak enam buah koperasi sekolah telah berjaya meraih perolehan lebih daripada RM1 juta; Koperasi MRSM Taiping Berhad, Koperasi Kolej Vokasional Tanah Merah Berhad, Koperasi MRSM Tun Abdul Razak Berhad, Koperasi MRSM Kepala Batas Berhad, Koperasi MRSM Kubang Pasu Berhad dan Koperasi MRSM Batu Pahat Berhad. ANGKASA juga turut menyampaikan penghargaan keceriaan landskap “Sudut LAMAN ANGKASA” kepada koperasi-koperasi sekolah yang telah berjaya mencapai perolehan melebihi RM1 juta. Walaupun ANGKASA yakin akan lebih banyak koperasi sekolah yang akan menjana
Khas 2019 PELANCAR
45
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease