» Antara produk yang dihasilkan oleh koperasi sekolah dan dibentangkan sewaktu AKKS 2018.
teknikal, undang-undang dan peraturan yang berkaitan agar memenuhi kriteria untuk dipasarkan di pasaran terbuka. Usaha ini mampu meningkatkan kredibiliti koperasi sekolah sebagai “pusat” menghasilkan pelajar berinovasi. Pasti menjadi suatu kebanggaan atau kepuasan untuk pelajar melihat produk yang dihasilkan menjadi penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh pengguna. Gerakan koperasi sekolah di Malaysia juga terus menerima pengiktirafan daripada pihak antarabangsa apabila aroundtheworld. coop, sebuah projek yang disokong oleh International Co-operative Alliance (ICA) dan dibiayai bersama oleh Kesatuan Eropah telah memilih untuk mendokumentasikan aktiviti dan pencapaian Koperasi MRSM Kepala Batas di Pulau Pinang selama 10 hari pada bulan Mac 2019. Video tersebut yang telah dirakam oleh pasangan suami isteri dari Rome, Italy, Sara Vicari dan Andrea Mancori, telah ditayangkan buat pertama kalinya dalam majlis Showcase Video Malaysian School Co-operative for “aroundtheworld.coop” Project di Wisma Ungku A.Aziz pada 29 April 2018. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Duta Besar Itali ke Malaysia, His Excellency Cristiano Maggipinto; Duta Besar Maghribi ke Malaysia, His Excellency Mohamed Reda Benkhaldoun; Timbalan Presiden ANGKASA dan Pengarah Serantau ICA-Asia Pacific, Mr. Balu Iyer.
perolehan lebih daripada RM1 juta, mengaut keuntungan bukanlah tujuan utama koperasi sekolah ditubuhkan di negara kita tetapi kemenjadian murid yang berlaku di luar bilik darjah. Kerajaan boleh meletakkan keyakinan mereka terhadap koperasi sekolah untuk turut membantu merealisasikan aspirasinya untuk melahirkan lebih ramai lagi usahawan dalam kalangan belia dengan melonjakkan minat pelajar dalam bidang keusahawanan. Penglibatan mereka dalam operasi perniagaan yang diusahakan koperasi menjadi asas pemahaman mengenai ilmu koperasi dan keusahawanan. Melalui koperasi sekolah juga, pelajar bebas untuk menonjolkan kreativiti dan inovasi melalui penghasilan produk atau perkhidmatan. Hasil usaha mereka ini ditonjolkan ketika Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah yang dianjurkan setiap tahun oleh ANGKASA yang amat menitikberatkan dua elemen tersebut. Setiap tahun, pelbagai jenis produk telah dibentangkan dan pembentangan tersebut sedikit sebanyak menunjukkan tahap pemikiran kritis pelajar dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Produk-produk yang dihasilkan oleh warga koperasi sekolah perlu dibangunkan dari aspek pengurusan pembuatan, pembungkusan,
46 PELANCAR Khas 2019
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease