Laporan Khas
Oleh : MD RADHI ISMAIL Penolong Pengurus Unit Khidmat Senggara
Penubuhan Unit Khidmat Senggara adalah gabungan daripada Unit Pra Audit dan Unit Sekkop yang bertujuan untuk membimbing dan membantu koperasi dewasa dan koperasi sekolah dalam menyediakan penyata kewangan koperasi. Perkhidmatan ini asalnya dijalankan melalui 10 TAHUN Bersama SPBA
d. Kaedah perkhidmatan adalah melalui lawatan ke koperasi, bengkel dan atas talian (teamviewer) e. Penyelenggaraan bantuan teknikal secara berterusan. f. Khidmat bimbingan dan nasihat berterusan sehingga koperasi mahir dan boleh berdikari untuk menyediakan penyata kewangannya sendiri. Syarat-syarat untuk mendapatkan a. Koperasi perlu mempunyai pengguna sistem sama ada terdiri daripada kakitangan mahir/separa mahir atau ALK. b. Koperasi perlu mempunyai perkakasan komputer yang lengkap c. Bersedia memberi kerjasama dan menggunakan SPBA/MYSPBA sepenuhnya Semasa perkhidmatan ini diberikan, pelbagai cabaran yang ditempuhi oleh Unit Khidmat Senggara bagi memastikan penyata kewangan dapat dihasilkan. Antara cabarannya adalah seperti koperasi tidak memiliki perkakasan komputer yang sesuai untuk dipasang sistem, koperasi tidak memiliki pekerja atau ALK mahir atau separa mahir untuk mengendalikan sistem SPBA / MYSPBA, pengguna sistem kurang komitmen untuk mengemaskini data di dalam sistem dan bilangan kakitangan unit khidmat senggara yang terhad yang hanya dapat memberikan perkhidmatan kepada bilangan koperasi yang terhad. Caj perkhidmatan bagi perkhidmatan khidmat senggara yang dikenakan mengikut kadar bayaran berikut : a. Harga perisian Sistem Pengurusan Perkhidmatan Khidmat Senggara : Berkomputer ANGKASA (SPBA) dan MYSPBA adalah percuma. Namun caj perkhidmatan sahaja akan dikenakan. b. Kadar bayaran caj perkhidmatan bagi koperasi sekolah ditetapkan RM50.00 sahaja (melalui khidmat setiap lawatan dan bengkel). c. Kadar bayaran caj perkhidmatan bagi koperasi dewasa adalah di antara RM50.00 hingga RM500.00 (melalui khidmat setiap lawatan) dan perlu mengikut kriteria atau gred koperasi yang telah ditetapkan.
bimbingan secara manual sejak 2005 kepada koperasi dewasa manakala koperasi sekolah pula dibimbing dengan sistem yang dikenali sebagai SEKKOP 123 sejak tahun 2000. Perkhidmatan khidmat senggara koperasi melalui Sistem SPBA (Sistem Pengurusan Berkomputer ANGKASA) telah dilaksanakan secara meluas di koperasi-koperasi ahli ANGKASA seluruh Malaysia sejak tahun 2009, dengan tujuan membantu menguruskan perakaunan koperasi dan seterusnya menambahbaik sistem perakaunan secara manual yang diamalkan sebelum ini. Sejak 2010, sistem SPBA ini turut diperkenalkan kepada koperasi sekolah secara berperingkat. Sambutan yang diberikan oleh pihak koperasi amat menggalakkan dan sehingga kini, koperasi yang mendapat perkhidmatan ini berjumlah 1,403 buah koperasi di seluruh Malaysia. Unit Khidmat Senggara menjalankan satu perkhidmatan penyelenggaraan dan nasihat perakaunan yang disediakan oleh ANGKASA, khusus untuk memberi bantuan dan bimbingan mengemaskini rekod-rekod perakaunan, rekod-rekod lain dan menyediakan penyata kewangan koperasi melalui Sistem Pengurusan Berkomputer ANGKASA (SPBA/MYSPBA). Objektif yang boleh dicapai melalui pelaksanaan perkhidmatan ini : a. Memastikan rekod-rekod perakaunan dan rekod-rekod lain koperasi diselenggarakan dan penyata kewangan dapat disediakan untuk diaudit bagi dibentangkan pada Mesyuarat Agung. b. Melalui perkhidmatan penyelenggaraan dan nasihat berterusan agar koperasi dapat berdikari menyelenggara rekod-rekod perakaunan, rekod-rekod lain dan menyediakan penyata kewangannya sendiri. Skop Perkhidmatan Khidmat Senggara meliputi : a. Mendapatkan koperasi dan menerima
permohonan daripada koperasi ahli ANGKASA dan agensi-agensi berkaitan lain. b. Mengadakan rundingan awal serta dapatkan persetujuan koperasi sebelum perkhidmatan diberikan. c. Memberi bimbingan dan nasihat kepada koperasi agar dapat mengemaskini rekod-rekod melalui sistem SPBA/MYSPBA dan menyediakan Penyata Kewangan.
50 PELANCAR Khas 2019
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease