Wadah PELANCAR Edisi Khas PKTA 2019

Daripada bimbingan secara manual, Sistem SPBA kemudiannya berevolusi kepada sebuah sistem lain yang dinamakan sebagai MYSPBA bagi menampung keperluan-keperluan tambahan koperasi. Sistem MYSPBA telah mula dibangunkan sejak tahun 2014 lagi dan mula digunakan di koperasi-koperasi bermula tahun 2017. Sistem ini dibangunkan dengan penambahan fungsi GST bagi memenuhi keperluan perakaunan pada ketika itu dan mendapat pengiktirafan sepenuhnya daripada Jabatan Kastam DiRaja Malaysia. Namun begitu sistem ini masih boleh digunakan walaupun GST dimansuhkan dengan pengubahsuaian fungsi SST jika ada. Sejak dari tahun 2010, jumlah bilangan perkhidmatan yang telah diberikan kepada koperasi di seluruh Malaysia adalah sebanyak 12,713 perkhidmatan dan berjaya menghasilkan 4,971 penyata kewangan. Seiring dengan perkembangan teknologi dan keperluan dalam menguruskan maklumat secara sistematik dan berkesan, Unit Khidmat Senggara sedang membangunkan sistem mySPBA secara online (mySPBA web) iaitu proses pembangunan dibuat sendiri oleh Bahagian Teknikal Unit Khidmat Senggara bersama pembangun dari luar. Ia bagi memastikan sistem yang bakal dibangunkan dapat memenuhi kehendak semasa koperasi dan mematuhi garis panduan SKM. Kerjasama ini diperlukan bagi menyokong pembangunan sistem itu sendiri dan seterusnya memastikan pengurusan infrastruktur pelayan dan rangkaian berada pada tahap optimum. Pembangunan sistem mySPBA web ini yang merupakan variasi kepada SPBA sedia ada dan dijangka dapat menarik lebih ramai pengguna disamping dapat mengurangkan kos

penyelenggaraan sistem untuk jangka masa panjang. Proses kerja yang diringkaskan dan dipadatkan dengan laporan-laporan yang lebih pelbagai menjadi nilai tambah penting dalam pembangunan sistem ini. Namun demikian, SPBA dan mySPBA sedia ada akan terus digunakan di koperasi-koperasi yang tiada kemudahan internet bagi memastikan kesinambungan khidmat senggara di koperasi berkenaan dikekalkan. Ini tidak bermaksud SPBA sekarang tidak relevan, cuma keperluan dalam menaik taraf kaedah pemantauan di koperasi dan mengurangkan kebergantungan sistem yang juga menyokong evolusi perkembangan teknologi maklumat pada masa-masa akan datang. Perkhidmatan dan bimbingan yang dijalankan oleh ANGKASA ini amat penting bagi menyokong gerakan koperasi secara amnya. Ia perlulah selari dengan perkembangan teknologi dan pelbagai cabang perniagaan yang koperasi jalankan pada masa ini. Dengan pertambahan bilangan koperasi, sudah menjadi matlamat ANGKASA untuk memberi perkhidmatan ini kepada lebih banyak lagi koperasi. Harapan ini tidak mustahil akan dicapai melalui pembangunan sistem yang berasaskan web yang dijangka siap sepenuhnya tahun hadapan. Setelah menerima perkhidmatan Khidmat Senggara, ANGKASA bersama-sama pihak koperasi memastikan perkhidmatan ini digunakan sepenuhnya secara berterusan dengan harapan koperasi akan mahir dan dapat berdikari mengendalikan sistem. Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ini, pihak koperasi boleh menghubungi Unit Khidmat Senggara di talian 03-78846520 atau melalui emel radhi.angkasa@gmail.com.

Khas 2019 PELANCAR

51

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease