Wadah PELANCAR Edisi Khas PKTA 2019

Laporan Khas

Konsortium Platform Penyatuan Koperasi

Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

Penglibatan Sektor Pembangunan Komuniti ANGKASA dalam industri perniagaan berimpak tinggi sejak tahun 2016 lalu berjaya menyerlahkan pemantapan tadbir urus koperasi sekaligus membuka ruang koperasi memasarkan produk serta perkhidmatan koperasi. Program Keusahawanan ANGKASA yang dilaksanakan telah memperlihatkan koperasi di bawah Sektor Pembangunan Komuniti ini berupaya memperluaskan rantaian nilai berasaskan produk dan perkhidmatan menerusi gabungan koperasi-koperasi melalui penubuhan Konsortium Koperasi di bawah bimbingan ANGKASA. Sektor Pembangunan Komuniti yang dipacu dalam Lapan Sektor Pembangunan Perniagaan Koperasi dihasratkan dapat menjadi penyumbang kepada pendapatan negara dan ANGKASA sentiasa komited dalam membantu pergerakan koperasi mengikut keupayaan dan kemampuan koperasi terbabit. Bagi tujuan tersebut, inisiatif ANGKASA mewujudkan Konsortium Koperasi merupakan langkah terbaik dan memberi petanda positif terhadap usaha memperkasakan konsortium selaras dengan peranannya sebagai badan penyatuan yang mewakili gerakan koperasi di Malaysia di peringkat nasional dan antarabangsa.

Selain itu, ia juga selaras dengan Teras Strategik 1, Dasar Koperasi Negara (DKN) iaitu merangsang penglibatan koperasi dalam sektor ekonomi bernilai tinggi. Penubuhan Konsortium Koperasi bertujuan memperkasa dan memperkukuhkan koperasi supaya lebih berdaya saing di samping mewujudkan peluang perniagaan berskala besar. Sehingga kini sebanyak lapan Konsortium Koperasi berada di bawah bimbingan ANGKASA di seluruh negara dan dianggarkan lebih kurang 20 buah Konsortium Koperasi dalam pelbagai bidang. Berikut adalah Konsortium Koperasi Di bawah bimbingan ANGKASA:

56 PELANCAR Khas 2019

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease