Wadah PELANCAR Edisi Khas PKTA 2019

BIL.

KOPERASI

KEANGGOTAAN

AKTIVITI

1.

Konsortium Koperasi Tanaman Padi Kedah Konsortium Koperasi Tanaman Padi Perlis Konsortium Koperasi Ternakan Ikan Pahang Konsortium Koperasi Wanita Malaysia Berhad Konsortium Koperasi Hartanah Negara Berhad Konsortium Koperasi Kariah Masjid Berhad Konsortium Koperasi Penyayang Terengganu Berhad Konsortium Koperasi Orang Asli Pahang Berhad

8 buah koperasi

- Aktiviti pajakan sawah; mengusahakan sawah; aktiviti pertanian; penyewaan jentera - Aktiviti pertanian; mengusahakan sawah dan penyewaan kedai - Aktiviti ternakan ikan sangkar (ikan patin)

2.

13 buah koperasi

3.

8 buah koperasi

4.

7 buah koperasi

- Pengedar minyak masak jenama Hanna

5.

25 buah koperasi

- Projek pembangunan hartanah dan industri binaan

6.

26 buah koperasi

- Pengedar barangan seperti kurma, ayam sihat, daging perap dan menjalankan projek lembu korban fidlot - Menyediakan khidmat nasihat dan konsultansi kepada warga OKU - Rancangan masa depan : membuka Pusat Rawatan Refleksologi

7.

3 buah koperasi

8.

7 buah koperasi

- Aktiviti dalam perancangan

Konsortium Koperasi yang ditubuhkan di bawah bimbingan ANGKASA diharap dapat menjalankan peranan dan matlamat seperti yang disasarkan sekali gus menjadi contoh kepada koperasi-koperasi lain seterusnya menggalakkan mereka bergabung dalam menjalankan aktiviti yang lebih besar, kuat dan mantap. Menerusi usaha ini, ANGKASA yang bertindak merangsang dan membangunkan perniagaan koperasi turut berperanan sebagai pembimbing dan penyokong kerana penggerak utamanya adalah Konsortium Koperasi yang memerlukan komitmen dan kesungguhan di peringkat kepimpinan dalam memberi sumbangan yang signifikan kepada gerakan koperasi, masyarakat dan negara. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah menyatakan gabungan koperasi melalui penubuhan konsortium mampu menjadi simbol penyatuan kepada kekuatan sesebuah koperasi dalam membantu meningkatkan pendapatan melalui peluang perniagaan yang dijalankan. Menerusi penyertaan koperasi di dalam gabungan koperasi yang ditubuhkan, ia bukan sahaja dapat menonjolkan kemahiran anggota

tetapi juga menjadi platform terbaik memajukan koperasi masing-masing di samping menonjolkan kemahiran yang ada dalam meingkatkan pendapatan koperasi. Menurutnya, penubuhan Konsortium Koperasi membolehkan gabungan koperasi merebut peluang dalam pelbagai projek berskala besar negara termasuk projek mega. “Ia bukan sahaja membabitkan keahlian malah perkongsian modal, kepakaran dan pengalaman masing-masing sekaligus meningkatkan keyakinan institusi kewangan mendapatkan pembiayaan. Di samping itu, ia juga secara tidak langsung dapat mengelakkan koperasi daripada bersaing sesama sendiri selain memastikan produk keluaran koperasi mendapat pasaran dalam dan luar negara. “Konsortium ini berperanan membantu ahli- ahlinya dalam meningkatkan perolehan koperasi. Saya melihat konsortium ini berupaya bersaing dengan usahawan-usahawan yang selama ini menguasai pasaran. “Walaupun ANGKASA tidak memberi bantuan modal, Konsortium Koperasi digalakkan mengembang dan memperluaskan perniagaan dan menceburi perniagaan berimpak tinggi,” katanya.

Khas 2019 PELANCAR

57

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease