Wadah PELANCAR Edisi Khas PKTA 2019

SEKAPUR SIREH Datuk Nordin bin Salleh Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Usaha yang telah dan sedang dijalankan oleh ANGKASA telah banyak membantu memperkembangkan potensi modal insan warga koperasi terutamanya Anggota Lembaga Koperasi (ALK) khususnya dalam membangun dan merangsang perniagaan koperasi. Ia dilihat selaras dengan usaha kerajaan untuk mentransformasikan koperasi kepada satu entiti perniagaan secara lebih efisien bagi meningkatkan paras sosioekonomi anggotanya tanpa mengorbankan prinsip, nilai dan falsafah koperasi itu sendiri. Perkembangan insaniah itu juga mendorong ke arah pembangunan ilmu untuk anggota koperasi yang akhirnya memberi kesan secara langsung kepada kecemerlangan koperasi itu sendiri. Pada hemat saya, program pembangunan ilmu dalam kalangan anggota koperasi perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa untuk memastikan tahap kesediaan dan keupayaan koperasi sentiasa seimbang dan kompetitif dalam menghadapi apa jua cabaran. Rangka Kerja Keusahawanan Negara, Kementerian Pembangunan Usahawan telah meletakkan gerakan koperasi sebagai pemangkin untuk meningkatkan budaya keusahawanan dalam kalangan B40 melalui beberapa teras strategik yang telah ditetapkan. Ia cabaran baharu yang perlu kita harungi bersama bagi menjadikan koperasi sebagai pemacu ekonomi dan medium utama untuk melonjakkan keusahawanan dalam kalangan B40. Di sinilah letaknya harapan agar ANGKASA terus memainkan peranannya sebagai badan apeks dengan membantu koperasi yang dinaungi supaya terus maju dan mencapai kejayaan yang lebih membanggakan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada ANGKASA dan didoakan persidangan ini berjaya mencapai matlamat seperti yang ditetapkan. Sekian, terima kasih.

DATUK NORDIN BIN SALLEH

4 PELANCAR Khas 2019

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease