Wadah PELANCAR Edisi Khas PKTA 2019

Data Statistik Pelajar Yayasan ANGKASA Dari Tahun 2000 Hingga 2018

Bilangan Pelajar

944 orang 112 orang

Jumlah Pengambilan 2018

Jumlah Peruntukan 2000 hingga 2018 RM 12.6 juta Jumlah Pinjaman Ditukar Kepada Biasiswa RM 8.23 juta / 70% daripada jumlah pinjaman

» Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah menyampaikan anugerah kepada pelajar cemerlang, Safwana Afiqah Mahmood.

Bagi memastikan budaya kecemerlangan di kalangan pelajar-pelajar Yayasan ANGKASA menyediakan tiga program tahunan yang wajib dihadiri oleh pelajar-pelajar iaitu: i. Program motivasi (untuk pelajar baru). ii. Program kaunseling ( bagi pelajar mendapat nilai gred dibawah 2.80). iii. Kursus persediaan mendapatkan pekerjaan (pelajar tahun akhir). iv. Program Keusahawanan Pelajar. Kesemua program ini di atur semasa cuti semester. Yayasan ANGKASA memperuntukkan belanja hampir RM200,000 untuk ke semua program tersebut setiap tahun. ANGKASA merupakan penyumbang utama yang menyalurkan peruntukkan kepada Yayasan ANGKASA dengan jumlah sumbangan sebanyak RM1 juta setiap tahun kepada Yayasan ANGKASA, peruntukkan ini adalah untuk disalurkan kepada pembangunan pendidikan anggota serta anak- anak anggota koperasi. Ini demi memastikan

misi memperkasakan taraf pendidikan dan pembangunan modal insan warga koperasi dapat dicapai. ANGKASA akan sentiasa melaksanakan tanggungjawab kepada anggota dan anak- anak anggota melalui Yayasan ANGKASA, berteraskan pendidikan dengan memberikan pembiayaan boleh ubah kepada biasiswa, dan ini adalah untuk memberi peluang kepada mereka untuk menggapai impian ke menara gading bagi menuntut ilmu dan menentukan masa hadapan negara kelak, kerana golongan inilah sebahagiannya akan berperanan sebagai tunggak pentadbiran negara dan berada di sektor-sektor utama negara. Pembiayaan Yayasan ANGKASA yang boleh ditukarkan sebagai biasiswa adalah merupakan satu anugerah daripada ANGKASA kepada anak- anak anggota koperasi di atas prestasi dan pencapaian yang cemerlang di dalam pendidikan, ini juga merupakan salah satu cara memberi motivasi agar pelajar sentiasa berada di tahap tertinggi dan mencapai keputusan yang cemerlang.

Data Statistik Pelajar Yayasan ANGKASA Dari Tahun 2000 Hingga 2018

Pencapaian Gred Kelas Pertama

Nilai Pemboleh ubah

100% Biasiswa

Kelas Ke Dua Atas Kelas Ke Dua Bawah

60% Biasiswa (40% Pembiayaan kena bayar balik) 40% Biasiswa (60% Pembiayaan kena bayar balik)

Lain-lain

100% Pembiayaan bayar balik

Khas 2019 PELANCAR

61

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease