Laporan Khas
Galak Pertumbuhan Ekonomi Koperasi Anggota
Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA) terus komited untuk melaksanakan pelbagai inisiatif untuk merealisasikan Visi dan Misi terutama dalam memberi manfaat kepada Koperasi Anggota dengan memberi perkhidmatan kewangan dan ke arah mempelbagaikan rantaian nilai dalam perniagaan.
DATO’ SYED MOHD. GHAZALI WAFA SYED ADWAM WAFA Ketua Pegawai Eksekutif KOPSYA
Selaras dengan usaha untuk membantu Koperasi Anggota menikmati kemudahan pembiayaan sekaligus melonjakkan prestasi dan pertumbuhan koperasi ke tahap yang lebih tinggi, KOPSYA telah mengeluarkan pembiayaan kepada 99 buah koperasi dengan jumlah pengeluaran sebanyak RM369 juta. Pengeluaran pembiayaan paling tinggi adalah pengeluaran untuk kredit berjumlah RM326 juta diikuti pengeluaran untuk projek koperasi sebanyak RM27.3 juta dan pembiayaan Musyarakah Mutanaqisah iaitu pembiayaan hartanah berjumlah RM4.3 juta. Pelaburan daripada Koperasi Anggota menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun menjadikan jumlahnya RM37,273,122 pada akhir tahun 2018. Bilangan koperasi yang menyertai KOPSYA juga telah meningkat. Sehingga 31 Mei 2019, jumlah keanggotaan KOPSYA adalah 1,424 buah koperasi
dengan jumlah pegangan syer terkumpul sebanyak RM51.06 juta. Bagi menjamin kekukuhan operasi, Koperasi Anggota disaran supaya turut sama berkempen bagi menambah keanggotaan dan secara tidak langsung akan meningkatkan jumlah modal syer. Selaras dengan usaha tersebut, KOPSYA kini melancarkan kempen Penambahan Modal Syer minimum Koperasi sehingga tiga kali ganda iaitu dari RM1,000 ke RM3,000. Koperasi Anggota juga perlu sentiasa menyokong dan melanggani produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh KOPSYA serta memberi sokongan padu agar Visi dan Misi KOPSYA akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
64 PELANCAR Khas 2019
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease