Kajian World Cooperative Monitor (WCM), yang diterbitkan pada tahun 2018 menunjukkan koperasi di seluruh dunia memainkan peranan yang sangat besar dalam pembangunan ekonomi negara. Sumbangan 300 buah koperasi terbesar yang dikaji didapati menyamai KDNK Negara ke-8 terbesar di dunia, iaitu sebanyak USD2,164.23 bilion. Koperasi-koperasi ini terlibat di dalam bidang ekonomi yang penting seperti insuran (32%), pertanian (32%), pemborongan dan peruncitan (19%), perbankan dan kewangan (8%), industri dan utiliti (2%), kesihatan, pendidikan dan kebajikan (2%) serta lain-lain (2%). Prospek Ekonomi Menjelang 2050 Memperkasa Gerakan Koperasi: OLEH: DATO’ ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH Presiden ANGKASA Merangkap Presiden ASEAN Co-Operative Organization (ACO)
koperasi sekaligus meningkatkan kesejahteraan sosio ekonomi anggota masyarakat. Berdasarkan keperluan ini, ANGKASA mengambil inisiatif dengan membangunkan Pelan Strategik 2050 dalam usaha memperkasa dan melestarikan gerakan koperasi seiring dengan peredaran masa. Perancangan teliti untuk memberi suntikan baru terhadap ekonomi gerakan koperasi negara telah dibuat untuk memastikan ekonomi sektor koperasi terus berkembang. Mengambil kira unjuran perkembangan purata konvensional yang ditetapkan dan diguna pakai oleh ICA iaitu sebanyak tujuh peratus setahun, satu unjuran perkembangan ekonomi koperasi disusun dengan menetapkan sasaran garis masa iaitu tahun 2030 dan 2050.
Pertumbuhan ini selaras dengan matlamat yang digariskan dalam Sustainable Development Goals (SDG). Gerakan koperasi dunia pada prinsipnya mempunyai hasrat dan impian yang sama, iaitu memakmurkan rakyat. Sebagai sebuah organisasi yang berpaksikan kepada anggota, koperasi telah dan akan terus memainkan peranan penting menyediakan peluang pekerjaan dan meningkatkan produktiviti di bidang ekonomi, disamping mengutamakan kesejahteraan wanita dan belia serta menjaga alam sekitar. Sebagai badan puncak gerakan koperasi negara dan anggota Perikatan Koperasi Antarabangsa (International Cooperative Alliance – ICA), ANGKASA juga perlu mempunyai wawasan yang jelas bagi memacu pertumbuhan gerakan
6 PELANCAR Khas 2019
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease