Wadah PELANCAR Edisi November 2018

DARI MEJA PRESIDEN

SIDANG PENGARANG

Presiden Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah

Timbalan Presiden Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail

Naib Presiden Datuk Haji Mohamad Ali Hasan Haji Mohamad Azmi Omaruddin Dr. Mohd. Azlan Yahya Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa Panel Penasihat Editorial Dato’ Haji A. Aziz Deraman Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah

Salam Sejahtera

Secara umumnya, apabila melihat kepada kesungguhan dan ketekunan perwakilan koperasi yang hadir dalam sesebuah program sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa, terlintas sejenak di fikiran, sejauh manakah pendekatan tadbir urus yang mahu diketengahkan, menerusi pelbagai pembentangan dan perbincangan itu dapat memberi impak kepada proses membangunkan agenda ekonomi koperasi khususnya koperasi di negara kita. Pelbagai jemputan khususnya di peringkat antarabangsa telah dipenuhi oleh ANGKASA dan menerusinya, banyak agenda ekonomi telah dibentangkan demi meningkatkan sinergi pengurusan koperasi. Berbekalkan kepada rumusan dan keputusan yang dipersetujui, jalinan ekonomi yang kukuh antara negara menjadi semakin kuat dan kelebihan seperti ini sekiranya tidak dimanfaatkan, prestasi sektor koperasi pasti tidak mampu berkembang dan tidak berupaya memberi daya saing yang sewajarnya di pasaran. Namun, apabila melihat kembali kepada matlamat asas ANGKASA iaitu mahu merangsang dan membangunkan perniagaan koperasi di Malaysia, saya merasakan masih ada beberapa perkara yang mungkin boleh dikongsi secara bersama dan perlu segera ditangani oleh koperasi. Sudah tiba masanya koperasi menceburi bidang ekonomi berskala tinggi yang mempunyai potensi eksport berasaskan kepada faktor permintaan dan penawaran yang sangat tinggi ketika ini. Menerusinya, ANGKASA dapat membantu koperasi merealisasikan hasrat tersebut menerusi kempen pemasaran di luar negara sekiranya koperasi tersebut memiliki prasarana dan kualiti produk atau perkhidmatan yang selayaknya untuk diketengahkan. Koperasi juga boleh mengambil kesempatan terhadap penganjuran persidangan atau program antarabangsa dengan cara menghantar sendiri wakil mereka bagi tujuan mempromosikan produk atau perkhidmatan koperasi secara lebih khusus. ANGKASA sedia membantu dengan menyediakan platform sokongan seperti penyediaan ruang pameran namun tugas untuk memperkenal dan mempromosi harus dijalankan oleh wakil koperasi itu sendiri bagi menzahirkan impak yang lebih kuat. Di samping itu, brosur atau katalog perniagaan koperasi juga boleh disediakan oleh koperasi untuk dibawa oleh ANGKASA bagi disebarkan di luar negara menerusi penggunaan pelbagai bahasa. Selain bahasa Inggeris, bahasa Jepun, Korea, Arab, Mandarin dan Perancis juga boleh disediakan. Secara tidak langsung, perwakilan luar yang berkaitan akan dapat membaca dan ini mungkin dapat memberikan kesan langsung kepada hasrat mereka untuk membeli produk atau perkhidmatan koperasi tersebut. Akhirnya kepada koperasi yang mahu mendapatkan gambaran secara lebih jelas tentang peluang dan potensi yang ada di pasaran luar, bolehlah menghubungi ANGKASA dan kami sedia memberi kerjasama bagi membantu melestarikan ekonomi gerakan koperasi.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Haji Nasir Khan Yahaya

Pengurus Besar Bahagian Sekretariat Halim Haji Ibrahim

Pengurus Mohd Zakuan Azmi

Penolong Pengarang Nor Azah Abd. Aziz Wan Adlina Wan Ab. Aziz

Pegawai Media Sosial Nadiah Kamarudin

Pereka Grafik Faizatulliza Mohd. Nor

Pemberita / Jurugambar Rahmat Mohd. Did Aizal Azizan Sajari Pruf Dan Rekaletak Haji Anuar Ismail Datin Hajah Fauziah Zainal

Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Sekretariat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com

Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd.

November 2018 PELANCAR

1

NOVEMBER 2018

25 MyANGKASA Dialisis Sasar Jaringan Perkhidmatan Lebih Meluas 33 LEADS Segerakan Proses Pinjaman 44 Pupuk Nilai Berkoperasi Melalui Seni & Sastera 47 14th National Cooperative Summit : Simbol Kesatuan Dan Kesepaduan Anggota 52 Platform Komuniti Digital Untuk Koperasi 54 Produk Koperasi ASEAN Tembusi Pasaran Global / Reaksi Peserta 56 Bentuk Peluang Kerjasama Koperasi Sri Lanka Dan Malaysia JPAN 22 Selangor : Pejabat Maya Untuk Disewa 24 Pahang Zon 1 : Koperasi Kongsi Pembangunan Wilayah Padang 26 Perluas Peranan JPAN 27 Wilayah Persekutuan :

30 Sarawak : Jalinan Kerjasama Antara Koperasi Bantu Pertingkat Skala Ekonomi Hartanah Koperasi 32 Mudahkan Anggota Membuat Pinjaman Perumahan 34 Melaka : Bengkel Roti Dan Kek Bantu Koperator Wanita Jana Pendapatan RENCANA 16 Tadbir Urus Terbaik Ke Arah Memperkasakan Pentadbiran Dan Pengurusan Sektor Koperasi 40 e-Dompet Pembayaran Tanpa Tunai Yang Semakin Popular

KETERANGAN GAMBAR KULIT Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah (tiga dari kanan) menyampaikan cenderahati kepada Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Ir. Amiruddin Hamzah (tiga dari kiri) dalam

kunjung hormat baru-baru ini. Foto Oleh : RAHMAT MOHD DID

ANGKASA 4

ANGKASA Optimis Kerjasama Kementerian Kewangan Bantu Perkasa Koperasi

6

Koperasi Sekolah : Model Terbaik Bentuk Nilai Keusahawanan 11 Manfaat Dana Infaq Untuk Warga Koperasi : Biaya Mesin Dan Kos Rawatan Dialisis 14 Bantu Kembangkan Dana Infaq Menerusi Hebahan Sesama Anggota Koperasi 15 MyANGKASA Dialisis Sasar Jaringan Perkhidmatan Lebih Meluas 19 Tingkat Taraf Perkhidmatan Koperasi Kredit 20 1nfaq 21 Biaya Mesin Dan Kos Rawatan Dialisis 24 Bantu Kembangkan Dana Infaq Menerusi Hebahan Sesama Anggota Koperasi

ANGKASA Mahu Ubah Nasib Gelandangan

11

2 PELANCAR November 2018

28

29

4

KOPERASI 36 “ CoopStay Golf Challenge “ Promosi Pelancongan Sukan Untuk Koperasi 42 Koperasi Kastam Malaysia Berhad Optimis Bantu Ekonomi Anggota IKON KOPERATOR MUDA 62 Koperasi Sentiasa Di Hati COOPMALAYSIA UPDATE 57 Malaysian Co-ops Expect to Increase Contribution in Wholesale, Retail Sector 59 “100 Product Champion” a Great Platform for Malaysian Co-op Products

35

53

Diterbitkan Oleh: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya

47301 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan.

Alamat Perhubungan: Wisma Ungku A. Aziz Jalan SS 6/1, Kelana Jaya

Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya 46798 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Telefon: 03-7806 1977 Faks: 03-7806 1506 E-Mel: apex@angkasa.coop Laman Web: www.angkasa.coop

@ANGKASACoop

19

November 2018 PELANCAR

3

ANGKASA Optimis Kerjasama Kementerian Kewangan Bantu Perkasa Koperasi

Oleh : RAHMAT MOHD DID

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) telah mengadakan kunjung hormat ke pejabat Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Ir. Amiruddin Hamzah baru-baru ini.

Delegasi ANGKASA yang diwakili Presiden, Dato’ Abdul Fattah Abdullah; Timbalan Presiden, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Naib-Naib Presiden, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dr. Mohd Azlan Yahya dan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Haji Nasir Khan Yahaya dan Ketua

Pegawai Kewangan ANGKASA, Encik Suresh Kumar hadir dengan tujuan memohon bajet pembangunan gerakan koperasi tahun 2019 dan pengiktirafan koperasi setaraf Industri Kecil Sederhana (IKS) dan isu-isu percukaian koperasi.

4 PELANCAR November 2018

dan peruncitan dan pembangunan hartanah dengan matlamat akhir untuk menurunkan kos sara hidup rakyat Malaysia, khasnya yang berada dalam golongan B40. Selain itu ANGKASA juga memohon beberapa pelepasan dan pelarasan isu percukaian yang memberi kesan kepada pembangunan perniagaan koperasi seperti pengurangan kadar cukai pendapatan yang tinggi. Selain itu, lanjutan tempoh pengecualian cukai pendapatan, pengurangan beban cukai permulaan, pelepasan cukai untuk perbelanjaan mesyuarat agung tahunan koperasi sebagai belanja, elaun modal untuk bangunan milik koperasi dan pengecualian cukai dengan pemberian pemotongan di bawah Seksyen 65A. Lantaran itu, ANGKASA turut mengharapkan agar kerajaan dapat mengiktiraf pertubuhan koperasi yang layak sebagai atau setaraf dengan IKS untuk membolehkan koperasi berkenaan mendapat manfaat kemudahan perniagaan, geran dan lain-lain perkara yang disediakan oleh agensi- agensi kerajaan khusus untuk IKS. Menurut Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah, pertemuan tersebut berakhir dengan positif dan Dato’ Ir. Amiruddin Hamzah komited mahu membantu gerakan koperasi menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi selama ini selain membawa nama koperasi ke tahap baru yang cemerlang dan bersama-sama dengan kerajaan dalam membantu masyarakat mengurangkan kos sara hidup.

Bajet Pembangunan Perniagaan Gerakan Koperasi yang dipohon ANGKASA daripada Kementerian Kewangan bertujuan untuk mengembangkan perniagaan koperasi khasnya dalam bidang pertanian dan asas tani, perkhidmatan kewangan, pelancongan dan kesihatan, perladangan, pemborongan

» Barisan Kepimpinan Tertinggi ANGKASA menerangkan tentang perkembangan terkini dan hala tuju gerakan koperasi di Malaysia kepada Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Ir. Amiruddin Hamzah.

November 2018 PELANCAR

5

Koperasi Sekolah :

Model Terbaik Bentuk Nilai Keusahawanan Koperasi sekolah adalah model terbaik buat pelajar dalam membentuk nilai keusahawanan dan sahsiah diri. Pencapaian dan kecemerlangan yang ditunjukkan oleh koperasi sekolah di negara ini ternyata berjaya memberi kesan positif terhadap pembangunan perniagaan dan sahsiah diri pelajar, malah menjadi contoh kepada beberapa negara luar selain diiktiraf di peringkat global. Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

» Dato’ Abdul Fattah bergambar bersama peserta.

Justeru, gerakan koperasi sekolah perlu mengorak langkah secara lebih dominan selaras dengan perkembangan sosioekonomi negara. Demikian menurut Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah ketika berucap merasmikan Program Pembangunan Perniagaan Koperasi Sekolah di Port Dickson, Negeri Sembilan, 12 Oktober lepas. Katanya, pengembangan gerakan koperasi sekolah yang dilaksanakan ANGKASA tetap mengekalkan matlamat asal iaitu memberi latihan, pendidikan dan pengalaman keusahawanan secara langsung kepada pelajar yang mana latihan seperti itu tidak diperolehi di dalam bilik darjah.

» Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Negeri Sembilan, Encik Zainuddin Mohd Ali menyampaikan kertas kerja bertajuk “Peranan, Tanggungjawab Dan Cabaran Koperasi Sekolah”.

6 PELANCAR November 2018 6 PELANCAR November 2018

ANGKASA berpandangan koperasi sekolah berpotensi menjana pendapatan tanpa mengganggu pembelajaran dalam kelas di samping mengasah bakat-bakat keusahawanan dan kemahiran mentadbir, mengurus, berniaga serta memupuk nilai-nilai murni selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Beliau juga turut yakin bahawa pengalaman yang diperoleh akan dapat membuka minda pelajar untuk menjalankan perniagaan sendiri atau menubuhkan koperasi kelak. Manfaat yang diperolehi juga turut dapat membantu mewujudkan peluang pekerjaan baharu malah dapat mengurangkan kebergantungan generasi muda terhadap bekerja makan gaji. Ujarnya, statistik pertumbuhan koperasi sekolah meningkat dengan ketara sejak ia diasaskan pada 1969, selaras dengan usaha-usaha yang dilaksanakan ANGKASA yang mendapat sokongan padu daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional (BPTV) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Sehingga 2017, koperasi sekolah berjumlah 2,395 dengan keahlian RM1.8 juta; syer berjumlah RM25.30 juta; aset berjumlah RM344.88 juta dan menyumbang perolehan sebanyak RM382.94 juta. “ANGKASA berhasrat melahirkan lebih banyak koperasi sekolah yang menyumbang perolehan melebihi RM1 juta dan ia amat membanggakan apabila Koperasi MRSM Kepala Batas Berhad; MRSM Kubang Pasu Berhad; Koperasi Vokasional Tanah Merah Berhad; Koperasi MRSM Taiping Berhad; Koperasi Batu Pahat Berhad dan Koperasi MRSM Tun Abdul Razak Pekan Berhad yang telah berjaya menjana perolehan tahunan melebihi RM1 juta. “Lima buah sekolah lagi bakal mengikut jejak yang sama iaitu SMK Kota, Kota Bharu, Kelantan; MRSM Tawau, Sabah, MRSM Kuching, Sarawak, SMK Bintulu, Sarawak dan MRSM Parit, Perak yang kini perolehannya hampir mencecah RM1 juta,” katanya di hadapan 100 guru koperasi sekolah yang hadir dalam program tersebut. Turut hadir ialah Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Negeri Sembilan, Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah.

» Sebahagian daripada peserta yang hadir

November 2018 PELANCAR

7

Tingkat penglibatan koperasi tangani isu rumah mampu milik

Oleh : NADIAH KAMARUDIN

» Hasil perbincangan antara pihak ANGKASA yang diketuai oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah (empat dari kanan) dan pihak MBSB yang diketuai oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB, Datuk Seri Ahmad Zaini Othman (empat dari kiri) maka satu pasukan kerja akan diwujudkan bagi memperincikan lagi pembiayaan untuk projek perumahan yang sedang diusahakan oleh ANGKASA.

Penglibatan sektor koperasi dalam industri perumahan perlu diperhebatkan bagi membantu sebahagian besar isi rumah memiliki kediaman sendiri. Antara perkara utama yang boleh diberi keutamaan oleh koperasi adalah dengan menangani isu dan cabaran yang sudah sekian lama bertapak dalam industri ini.

Kerajaan menyasarkan untuk membina sebanyak 200,000 ribu unit rumah mampu milik menjelang 2020. Demikian menurut Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 18 Oktober 2018 di Dewan Rakyat. Sasaran tersebut diletakkan di bawah Tonggak ke-2 yang telah digariskan iaitu ‘Memperkukuh Pembangunan Inklusif dan Kesejahteraan Rakyat’.

8 PELANCAR November 2018

Menurut BNM, terdapat tiga faktor yang menyumbang kepada ketidakmampuan memiliki kediaman; ketidaksepadanan antara bekalan dan permintaan rumah, kadar peningkatan pendapatan isi rumah lebih rendah daripada kadar kenaikan harga rumah dan kebanyakan rumah baharu yang dilancarkan ditawar dengan harga yang tinggi. Tiga faktor itulah yang menjadi penghalang kepada usaha memastikan pasaran rumah mampu milik berada dalam kedudukan yang mantap untuk jangka masa yang panjang. Koperasi perlu muncul sebagai antara penyelesai utama kepada isu-isu tersebut, namun begitu mereka juga perlu terlebih dahulu mengambil kira isu dan cabaran dalaman. Sebagai badan puncak gerakan koperasi negara, ANGKASA memandang serius perkara ini memandangkan 6.5 juta daripada keseluruhan jumlah penduduk di Malaysia merupakan anggota koperasi. Pada 11 Oktober lepas, ANGKASA telah mengadakan perbincangan bersama pihak Malaysia Building Society Berhad (MBSB) untuk pembiayaan projek “Coopcity” dan “Coop Home” serta projek KL Sentral Waterfront City. Perbincangan yang telah diadakan di Wisma MBSB, Kuala Lumpur telah disertai oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB, Datuk Seri Ahmad Zaini Othman; Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah; Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa; Ketua Pegawai Eksekutif MyANGKASA Bina Sdn. Bhd., Encik Azman Mat Wajib dan Pengurus Besar Bahagian Pengurusan Aset dan Pembangunan Hartanah, Encik Che Yusuf Che Mustafa. Pelan Pembangunan Sektor Pembangunan Hartanah dan Industri Pembinaan (2016-2020) yang telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia menggariskan empat isu dan cabaran yang dihadapi oleh koperasi dalam sektor ini:

1) Tidak memiliki kepakaran dan teknologi yang mencukupi.

2) Pengecualian pematuhan Akta Pemaju Perumahan ditarik balik pada tahun 2002 dan koperasi perlu mendeposit wang amanah ke dalam Akaun Pemaju Perumahan. 3) Persaingan dari kontraktor swasta yang menyukarkan mendapatkan bekalan bahan binaan dengan harga yang kompetitif. 4) Konsep bina dan jual (build-then sell model) menyekat koperasi daripada menggunakan sumber model dari pembeli.

Buletin Suku Tahunan yang telah diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada suku keempat 2017 pula menyatakan bahawa kemampuan untuk rakyat Malaysia memiliki rumah pada tahun 2016 berada di tahap median multiple 5.0. Berdasarkan kepada standard antarabangsa, median multiple 5.0 ini bermakna perumahan negara sebagai “sangat tidak mampu untuk dimiliki”.

November 2018 PELANCAR

9

BIAYA MESIN DAN KOS RAWATAN DIALISIS Manfaat Dana Infaq Untuk Warga Koperasi

Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI

Dua buah mesin dialisis berteknologi terkini bernilai RM77,600 dan kos pembiayaan rawatan pesakit berjumlah RM13,140 hasil manfaat dana Infaq Lil-Waqf ANGKASA telah disumbangkan kepada MyANGKASA Dialisis Sdn. Bhd. di Temerloh, Pahang.

» Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Haji Mohamad Azmi Omaruddin di sisi salah sebuah mesin dialisis terbaharu yang disumbangkan hasil manfaat dana Infaq Lil-Waqf. Turut di dalam gambar ialah Haji Mansor Ab. Rahman (belakang)

November 2018 PELANCAR

11

Majlis penyerahan yang berlangsung pada 10 Oktober 2018 itu telah disempurnakan oleh Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Bahagian Perkhidmatan dan Pembangunan Syariah, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan diterima melalui Naib Presiden ANGKASA yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah MyANGKASA Dialisis Sdn. Bhd., Haji Mohamad Azmi Omaruddin. Turut hadir di majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Pahang (JPAN) Zon 2, Haji Mansor Ab. Rahman serta anggota JPAN yang lain; Pegawai di Bahagian Pembangunan dan Kawal Selia, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

» Sumbangan Infaq untuk rawatan dialisis berjumlah RM13,140.00 disampaikan oleh Datuk Haji Mohamad Ali Hasan kepada penerima sumbangan iaitu Encik Ibrahim Bakar.

» Datuk Haji Mohamad Ali Hasan turut menyampaikan sumbangan kepada pesakit-pesakit yang menerima rawatan dialisis.

12 PELANCAR November 2018

» Bergambar dengan wakil koperasi yang menyumbang kepada tabung Infaq Lil-Waqf ANGKASA.

Temerloh, Mohd Hafizu Haji Sulaiman dan Pengurus Besar Bahagian Pengurusan Syariah dan Pembangunan ANGKASA, Haji Azhar Hamzah. Menurut Haji Mohamad Azmi, pertambahan dua unit mesin dialisis itu dilihat sangat tepat pada masanya dalam usaha MyANGKASA Dialisis memacu pelan pembangunan jangka panjang untuk memperluas operasi perkhidmatan daripada sembilan kepada 12 buah mesin dialisis berteknologi tinggi menjelang suku kedua 2019.

Perkembangan tersebut juga dilihat selaras dengan pembelian bangunan bersebelahan yang akan digabungkan kelak dengan unit sedia ada bagi meluaskan ruang pusat rawatan berkenaan. Apabila siap kelak, Pusat Dialisis MyANGKASA Temerloh dijangka mampu meningkatkan tahap operasinya sekaligus berupaya memberi khidmat kepada lebih ramai pesakit khususnya anggota koperasi yang memerlukan rawatan dialisis dengan kadar harga berpatutan.

Dalam ucapannya, beliau turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada penyumbang Infaq Lil-Waqf ANGKASA yang setakat ini telah membantu membiayai tujuh pesakit buah pinggang iaitu dua orang di MyANGKASA Dialisis Temerloh, tiga orang di Koperasi Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak Berhad dan empat orang di KOOPSINAR. Sehingga kini, dana infaq telah menyumbang sebanyak 18 buah mesin dialisis kepada klinik-klinik wakaf, yayasan buah pinggang, hospital-

hospital kerajaan dan pusat-pusat dialisis kepunyaan koperasi. Hasil manfaat yang diterima menerusi penggunaan mesin tersebut kemudiannya boleh diinfaqkan ke tabung Infaq Lil-Waqf ANGKASA agar dapat dimanfaatkan kepada tujuan yang lebih luas dan besar.

» Bergambar bersama penerima rawatan yang menggunakan mesin dialisis terkini hasil manfaat dana Infaq Lil-Waqf ANGKASA.

November 2018 PELANCAR

13

Anggota koperasi diharap dapat memberi kerjasama dengan membantu menghebahkan peranan Infaq Lil- Waqf ANGKASA kepada kenalan dan juga saudara terdekat. Usaha tersebut sekiranya dapat dilaksanakan secara lebih menyeluruh, ANGKASA yakin kelestarian sosioekonomi masyarakat akan lebih cemerlang sekaligus dapat membantu asnaf yang benar-benar memerlukan. BANTU KEMBANGKAN DANA INFAQ MENERUSI HEBAHAN SESAMA ANGGOTA KOPERASI

DATUK HAJI MOHAMAD ALI HASAN Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Bahagian Perkhidmatan dan Pembangunan Syariah ANGKASA

Di samping itu, ANGKASA juga turut mengalu-alukan kerjasama strategik dengan syarikat-syarikat, badan-badan korporat serta agensi- agensi yang ingin menyumbang dana CSR melalui Infaq Lil-Waqf. Hasil yang dicapai setakat ini adalah sangat memuaskan menerusi pelbagai pendekatan korporat seperti pendekatan potongan menerusi akaun bank dan sebagainya. Kos rawatan yang tinggi menjadi antara punca kepada berlakunya kepincangan ekonomi khususnya kepada masyarakat luar bandar yang tidak berkemampuan. ANGKASA telah menjadikan

motif tersebut sebagai asas kepada pelaksanaan prinsip koperasi ketujuh iaitu ‘berprihatin kepada masyarakat’ dengan melaksanakan tabung infaq demi membantu meringankan kos sara hidup masyarakat khususnya anggota koperasi. Infaq Lil-Waqf mula dilaksanakan oleh ANGKASA pada tahun 2010 untuk memberi peluang kepada koperasi dan anggotanya, kakitangan koperasi serta orang perseorangan untuk berwakaf sama ada secara tunai atau melalui potongan gaji. Berdasarkan kepada rekod, jumlah kutipan infaq bagi tahun ini sahaja telah mencecah RM12.26 juta dan RM11.6

juta daripadanya telahpun dimanfaatkan. Menerusi dana tersebut, sumbangan terbesar yang telah dijayakan adalah pembelian bangunan taska di Putrajaya bernilai RM4.6 juta dan pembelian satu unit bangunan di Bandar Baru UDA, Johor Bahru. Bangunan tersebut disewakan dan hasil sewaan diagihkan untuk manfaat kesihatan, pendidikan dan sebagainya.

Dana ini juga turut digunakan untuk

membiayai kos anak-anak yatim dan asnaf di bawah Pusat Jagaan Darul Sakinah yang diasaskan ANGKASA.

14 PELANCAR November 2018

MyANGKASA Dialisis SASAR JARINGAN PERKHIDMATAN LEBIH MELUAS

MyANGKASA Dialisis Sdn. Bhd. mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan dua buah mesin dialisis daripada manfaat dana Infaq Lil-Waqf ANGKASA bernilai RM77,600. Bantuan rawatan kepada pesakit dialisis yang ditanggung sepenuhnya menggunakan hasil manfaat dana itu dapat meringankan beban kos rawatan selain meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pesakit.

HAJI MOHAMAD AZMI OMARUDDIN Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah MyANGKASA Dialisis Sdn. Bhd.

Insya-Allah pada suku kedua 2019, pusat dialisis MyANGKASA di Temerloh akan menambah bilangan mesin dialisis kepada sekurang kurangnya 12 buah untuk menampung permintaan yang tinggi daripada masyarakat setempat. Ketika ini, pusat dialisis MyANGKASA Temerloh mampu merawat sehingga 48 pesakit dengan mengoperasikan sembilan buah mesin yang ada. ANGKASA melalui anak syarikatnya MyANGKASA Dialisis Sdn. Bhd. akan terus membantu koperasi yang berminat untuk

menceburi bidang rawatan dialisis sebagai salah satu cabang perniagaan koperasi. ANGKASA juga telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan satu jaringan coop dialisis yang dimiliki koperasi. Sehingga kini, terdapat tujuh buah pusat dialisis yang bernaung di bawah jaringan tersebut dan mempunyai pesakit seramai 300 orang. Menerusi penglibatan anak syarikat seperti ini, aktiviti perniagaan akan dapat diperluas dengan pendekatan yang lebih ekonomik dan cekap. Dalam tempoh lima tahun sekiranya koperasi di seluruh negara dapat mengambil peluang untuk sama-sama terlibat dalam

menjayakan aktiviti tersebut, jaringan perkhidmatan dialisis koperasi akan berupaya memberi impak positif secara lebih menyeluruh sekaligus memberi manfaat kepada masyarakat khususnya pesakit dalam kalangan anggota koperasi di negara ini. Melalui penglibatan koperasi dalam perniagaan ini, sumbangan yang dapat diberi akan lebih besar dan bermakna demi kelestarian anggota dan masyarakat selain dapat memberi sumbangan kepada pembangunan sosioekonomi koperasi dan juga negara.

November 2018 PELANCAR

15

Tadbir Urus Baik Ke Arah Memperkasa Pentadbiran dan Pengurusan Sektor Koperasi

Oleh : MOHD. ISMAIL IBRAHIM Pengurus Besar Bahagian Pengurusan Risiko, Tadbir Urus & Integriti

Peranan gerakan koperasi semakin meningkat sejajar dengan arus pembangunan negara. Justeru, semua Anggota Lembaga Koperasi (ALK), pihak Pengurusan dan Jawatankuasa

Menurut The Cadbury Report, UK (1992), tadbir urus boleh di definisikan sebagai satu sistem organisasi yang diarah dan dikawal. “Tadbir urus merangkumi aspek-aspek seperti Tatacara Ketua Eksekutif/Ketua Jabatan dan para pegawai di semua peringkat pengurusan melaksanakan tanggungjawab secara telus dan berhemah dari segi pengambilan dan penyampaian hasil, struktur termasuk budaya kerja, dasar, strategi serta tatacara mereka berurusan dengan pelbagai pihak yang berkepentingan (stakeholders) dan proses di mana agensi awam diurus/diarah, dikawal dan dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan objektif yang telah dipersetujui”. (Tan Sri Mohd. Sidek Haji Hassan, 2007) International Co-operative Alliance (ICA) pula memberi definisi bahawa koperasi adalah ‘Persatuan autonomi orang bersatu secara sukarela untuk memenuhi keperluan mereka yang sama ekonomi, sosial dan budaya dan aspirasi melalui sebuah syarikat yang dimiliki bersama dan dikawal secara demokratik’ (ICA, 2009). Tadbir urus baik (Good Governance) boleh diertikan sebagai ‘Konsep normatif nilai-nilai ke arah merealisasikan perlakuan tadbir urus dan kaedah yang digunakan oleh sekumpulan aktor sosial yang berinteraksi mengikut konteks sosial tertentu’. Oleh itu, tadbir urus baik perlu memberikan penekanan terhadap dua aspek utama iaitu : Audit Dalaman (JAD) mempunyai peranan dan tanggungjawab yang penting dalam urusan mentadbir koperasi dengan cekap dan berkesan.

1. Prestasi iaitu pengurusan penyampaian amat penting dalam penyampaian perkhidmatan yang efektif dan efisien, seperti yang diharapkan oleh pihak-pihak berkepentingan ( stakeholders ) di samping memastikan perkhidmatan tersebut “ value for money ” serta pengurangan terhadap pembaziran sumber dan dana. 2. Pematuhan terhadap undang-undang iaitu setiap organisasi/agensi perlu mematuhi segala peraturan, undang- undang, piawaian (standard) yang digunapakai dan harapan masyarakat terhadap amalan kejujuran, akauntabiliti dan intergriti serta ketelusan dalam perkongsian maklumat.

16 PELANCAR November 2018

e.

Efektif dan efisien Pegawai sektor koperasi perlu sentiasa memastikan

Tadbir urus baik juga berteraskan kepada beberapa prinsip utama seperti berikut :

penyampaian perkhidmatan dilaksanakan secara efektif (cekap) dan efisien (berkesan). Kecekapan dan keberkesanan pegawai merupakan tonggak kepada tadbir urus baik dalam sesebuah organisasi. Seseorang pegawai perlu memastikan koperasinya mempunyai sistem yang dinamik, cepat dan tepat, melalui penggunaan sumber yang minimal (efisien) dengan penghasilan kerja yang maksimum.

a.

Fokus kepada pelanggan Tadbir urus koperasi yang terbaik sentiasa

memberikan keutamaan menyeluruh kepada pelanggan. Prinsip “ customer is always right ” diberi penekanan dan usaha ke arah meningkatkan kepuasan hati pelanggan yang sentiasa dilaksanakan secara berterusan. Dalam ertikata lain, agensi / jabatan yang melaksanakan tadbir urus baik akan sentiasa memastikan operasi perkhidmatan berfungsi untuk kepuasan pelanggan yang maksima dalam pelbagai dimensi.

f.

Pengurusan Perubahan Tadbir urus yang cekap dan berkesan (terbaik) adalah

bagaimana pengurusan mengurus dan menangani perubahan ( change management ). Koperasi yang dinamik akan sentiasa bersedia menerima perubahan dengan membuat penyesuaian mengikut perubahan dan kehendak semasa. Dalam hal tersebut, persediaan dan komitmen menyeluruh dari pihak pengurusan adalah amat kritikal. Perubahan dalam sesebuah koperasi amat perlu agar koperasi lebih dinamik dan berdaya saing. Ringkasnya di sini, tadbir urus baik akan dapat memacu setiap pegawai koperasi ke arah pemantapan sistem penyampaian yang efektif dan berkesan bagi menentukan kecemerlangan. Secara keseluruhannya, tadbir urus yang baik dalam koperasi perlu mengikut persempadanan dan garis panduan yang telah ditetapkan. Ini akan menghasilkan keputusan yang baik melalui kejayaan dalam perniagaan. Tadbir urus yang baik juga sentiasa diiringi dengan amalan integriti yang tinggi. Rujukan Adams, R. B., & Mehran, H. (2005). Corporate performance, board structure and its determinants in the banking industry. Paper presented at EFA 2005 Moscow Meetings. Available at SSRN http://ssrn.com/abstract¼302593. Ahmad Marzuki Ismail (2005). Kepimpinan Koperasi: Memimpin dan Dipimpin. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

b.

Beretika Prinsip ini merupakan tunjang bagi tadbir urus baik.

Penekanan terhadap nilai-nilai positif dalam pelaksanaan dan penyampaian perkhidmatan adalah amat kritikal bagi memberikan penghasilan kerja terbaik yang diharapkan oleh orang ramai dan pihak berkepentingan sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Pengurusan perlu sentiasa memastikan ahli-ahli dalam koperasi mempunyai etika yang tinggi serta mengamalkan nilai-nilai murni melalui aktiviti dan program kualiti menyeluruh.

c.

Ketelusan Ketelusan dalam perkongsian maklumat kepada pihak

yang berkepentingan juga amat dititikberatkan dalam tadbir urus baik. Ketelusan amat penting dalam segala segi. Ia boleh dilihat melalui proses kerja yang jelas dan mudah difahami, penyampaian maklumat dan pengaksesan maklumat oleh pihak berkaitan.

d.

Akauntabitili & Integriti Akauntabiliti adalah kewajipan untuk memberikan

penjelasan terhadap apa juga tindakan dalam pelaksanaan tugasan kepada sesiapa yang berhak untuk mendapatkan penjelasan tersebut. Akauntabiliti dan integriti adalah elemen terpenting dalam tadbir urus baik. Setiap pegawai dalam koperasi perlu melaksanakan tugas dengan penuh integriti serta bertanggungjawab terhadap segala tindakan yang diambil.

» Gambar hiasan

November 2018 PELANCAR

17

» Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah (tiga dari kiri) dan Datuk Shahrin Zahari (tiga dari kanan) menunjukkan perjanjian kerjasama yang telah ditandatangani antara ANGKASA dan Syarikat Sukaniaga Sdn. Bhd. Turut hadir Haji Mohamad Azmi Omaruddin (dua dari kiri) dan Encik Mohamad Darulnizam Mat Darus (paling kiri).

LEADS Bantu Pertingkat Kualiti Proses Pinjaman

Oleh : NOR AZAH ABD. AZIZ

Usaha untuk menambah baik sistem pengurusan pinjaman koperasi terus diperhebat menerusi pendekatan baharu berasaskan Platform Rujukan Pangkalan Data (LEADS).

LEADS yang dibangunkan oleh pihak Sukaniaga kepada semua koperasi kredit yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) merupakan suatu kaedah iaitu sistem permohonan dan pinjaman dapat dilakukan secara cepat, efisien dan telus, selain melengkapkan persekitaran proses kepada kaedah digital. Sistem itu juga mampu mengurangkan beban berlebihan dalam rantaian proses pinjaman dan membantu memberi perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan. Atas dasar tersebut, ANGKASA dan Syarikat Sukaniaga Sdn. Bhd. telah menandatangani perjanjian kerjasama (MoU) bagi mempromosikan LEADS dalam program-program anjuran Sektor Kewangan ANGKASA. Susulan daripada perjanjian tersebut, taklimat mengenai LEADS telah disampaikan kepada koperasi-koperasi kredit

sekitar bulan September di negeri Melaka. Program Rangsangan Modal Sektor Koperasi Zon Selatan pula telah diadakan di Klang pada pertengahan Oktober dan Program Rangsangan Modal Sektor Koperasi di peringkat Zon Utara berlangsung di Pulau Pinang pada akhir bulan Oktober 2018. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, kerjasama yang terjalin itu diharap dapat memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak dan koperasi yang terlibat. Turut hadir pada majlis memeterai MoU tersebut ialah Naib Presiden ANGKASA, Haji Mohamad Azmi Omaruddin; Ketua Pegawai Eksekutif Sukaniaga, Datuk Shahrin Zahari dan Pengurus Besar Bahagian Perkhidmatan Kredit & Kewangan dan Sektor Kewangan ANGKASA, Encik Mohamad Darulnizam Mat Darus.

18 PELANCAR November 2018

Tingkat Taraf Perkhidmatan Koperasi Kredit

Oleh : AIZAL AZIZAN SAJARI

» Naib Presiden ANGKASA, Haji Mohamad Azmi Omaruddin bergambar bersama peserta Seminar Rangsangan Modal di Hotel Kobemas, Melaka

ANGKASA menerusi Bahagian Perkhidmatan Kredit & Pembangunan Kewangan (BPKK) telah mengadakan Kursus Pemulihan Hutang Dan Pengurusan Kredit Zon Selatan pada awal September lalu.

Kursus selama dua hari membabitkan penyertaan 31 orang mewakili 13 koperasi melibatkan pelanggan Sistem Pelaporan Kredit ANGKASA & RAMCI (SPeKAR) itu bertujuan untuk meningkatkan taraf perkhidmatan koperasi kredit di negara ini, setaraf dengan perkhidmatan yang disediakan oleh institusi perbankan komersil. Naib Presiden ANGKASA, Haji Mohamad Azmi Omaruddin berkata, penyertaan koperasi kredit dalam kursus itu amat penting kerana dapat memberi pendedahan dan latihan secara terperinci dalam mempelajari kaedah mengutip hutang tidak berbayar secara lebih berkesan. Katanya, dalam menjamin keberkesanan kursus tersebut kepada semua koperasi pelanggan SPeKAR, ANGKASA telah melantik jururunding bertauliah iaitu MLCA Capital, sebuah firma perunding kewangan, perbankan, pengurusan risiko dan penasihat perniagaan bagi menyampaikan modul-modul yang berkaitan. “Maklumat-maklumat yang diperolehi ini diharap dapat meluaskan pengetahuan dan kesedaran bagi meningkatkan tahap profesionalisme Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dan kakitangan koperasi dalam pengurusan aktiviti kredit. “Koperasi-koperasi kredit perlu menyedari bahawa perkhidmatan yang disediakan adalah setanding dengan perkhidmatan bank-bank komersil di pasaran luar. Mereka sewajarnya mengambil peluang yang ada untuk menghasilkan produk koperasi kredit yang bermutu dan diyakini anggota koperasi,” katanya ketika merasmikan kursus berkenaan yang diadakan di Hotel Kobemas, Melaka.

Sementara itu, dalam majlis berasingan pada 26 September 2018 lalu, sejumlah 25 peserta menyertai Seminar Rangsangan Modal Sektor Koperasi Zon Selatan yang bermatlamat mewujudkan platform kepada koperasi yang terdiri daripada pelbagai lapangan perniagaan untuk mendapatkan modal kerja bagi pembangunan koperasi. Menurut Haji Mohamad Azmi, pelbagai informasi berguna mengenai pakej-pakej rangsangan yang terdapat di pasaran untuk pembangunan koperasi telah disalurkan selain pendedahan kepada pengeluar modal yang terdiri daripada institusi perbankan/agensi berkaitan mengenai perniagaan koperasi. “ANGKASA melalui sektor ini memberikan komitmen terbaik untuk koperasi ahlinya dengan penyertaan pelbagai institusi perbankan dan agensi kewangan berkaitan seperti Bank Rakyat; Bank Islam Malaysia; Bank Persatuan; Bank Muamalat dan Koperasi Pembiyaan Syariah ANGKASA (KOPSYA). Penyertaan menerusi kursus ini juga diharap dapat membuka ruang pencerahan kepada peserta khususnya dalam melontarkan idea dan pandangan ke arah mengurangkan risiko supaya koperasi dapat menjalankan perniagaan dengan lebih lancar,” katanya. Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Melaka, Haji Muslim Md. Shah dan Pengurus Besar Bahagian Perkhidmatan Kredit Dan Pembangunan Kewangan (BPKK), Encik Muhamad Darulnizam Mat Darus.

November 2018 PELANCAR

19

Infaq : Pupuk Semangat Saling Membantu Oleh : MOHD IDZDIHAR NOORIDZAHIR Seramai 100 peserta yang terdiri daripada kalangan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dari seluruh negeri Pahang telah menghadiri Seminar Kesejahteraan Ummah: Infaq Lil Waqf ANGKASA bersama Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Pahang Zon 1, Zon 2 dan Zon 3.

Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan berkata, sehingga bulan September 2018, kutipan dana Infaq Lil-Waqf ANGKASA telah berjaya mengumpul lebih RM12 juta. Sehingga kini, sebanyak RM4.96 juta telah diagihkan dan dimanfaatkan, manakala bakinya sedang dilaksanakan dengan projek-projek lain seperti dalam proses pembelian Bangunan Wakaf Kompleks Kemudahan Awam dua tingkat yang turut menempatkan taska dan tadika yang terletak di Presint 11, Putrajaya yang bernilai sekitar RM5.08 juta. Melalui sumbangan yang dikumpul itu juga, ANGKASA telah melaksanakan pelbagai program atau projek yang tidak bercanggah dengan hukum syarak. Antaranya seperti menyediakan perkhidmatan kesihatan melalui penubuhan pusat

» Datuk Haji Mohamad Ali Hasan menyampaikan ucapan.

Objektif program

selama tiga hari yang bertempat di

MyANGKASA Akademi dan Resort Langkawi itu adalah untuk memberi pendedahan secara lebih spesifik tentang pengertian wakaf di samping memupuk kesedaran dan semangat saling membantu selain meningkatkan lagi hubungan ( networking ) dalam kalangan anggota koperasi.

» Sumbangan Infaq Lil-Waqf daripada Koperasi Kemajuan Masyarakat Pahang Berhad.

20 PELANCAR November 2018

» Sumbangan Infaq Lil-Waqf daripada Konsoritum Koperasi Ternakan Ikan Pahang Berhad.

» Sumbangan Infaq Lil-Waqf daripada Koperasi Perumahan Guru Melayu Pahang Selatan Berhad.

dialisis MyANGKASA termasuk sumbangan mesin dialisis ke pusat rawatan yang lain. Di samping itu juga, manfaat dana tersebut turut digunakan bagi membeli bangunan perniagaan seperti bangunan rumah kedai di Bandar Baru UDA, Johor Bahru bernilai RM1.56 juta. Bangunan tersebut diwakafkan kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan melaluinya, ANGKASA diberikan hak untuk menguruskan bangunan wakaf tersebut. Majlis perasmian turut diserikan dengan penyampaian mock cheque sumbangan koperasi- koperasi negeri Pahang. Negeri Pahang juga merupakan penyumbang terbesar Infaq Lil-Waqf ANGKASA berdasarkan kepada statistik yang dikeluarkan oleh

Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah ANGKASA iaitu sebanyak RM13,719 untuk tahun ini. ANGKASA mengharapkan agar perolehan dana tersebut dapat ditingkatkan bagi meluaskan lagi sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Datuk Haji Mohammad Ali Hasan juga turut mengalu-alukan kerjasama strategik dengan koperasi di seluruh negeri Pahang serta agensi-agensi lain yang ingin menyumbang dana tanggungjawab khidmat korporat melalui program Infaq Lil-Waqf ANGKASA. Infaq Lil-Waqf dilaksanakan ANGKASA pada 2010 untuk memberi peluang kepada koperasi-koperasi, anggota-anggota koperasi, kakitangan koperasi, organisasi dan orang perseorangan berwakaf sama ada secara tunai atau potongan gaji.

» Antara peserta yang hadir.

November 2018 PELANCAR

21

Selangor

» Dato’ Abdul Fattah Abdullah menandatangani plak tanda perasmian POKAS

Pejabat Maya Untuk Disewa Majlis Perasmian Pejabat ANGKASA Negeri Selangor Oleh : NOR AZAH ABD. AZIZ

DATO’ ALIAS HAMZAH Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Selangor

» Pengerusi JPAN Selangor, Dato’ Alias Hamzah memberikan penerangan.

Koperasi ahli ANGKASA dialu-alukan menyewa pejabat operasi yang terletak di Lot 102 – C, Blok C, Bangunan Glomac Business Centre, Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor.

Pejabat Operasi Koperasi ANGKASA Selangor (POKAS) turut menyediakan pejabat maya untuk disewa oleh koperasi- koperasi baharu sebagai pelengkap kepada tadbir urus koperasi merangkumi alamat, nombor telefon dan faks. Terdapat 1,150 buah koperasi mikro di Selangor yang bernaung di bawah ANGKASA dan kemudahan yang disediakan oleh JPAN Selangor ini dapat memberi peluang kepada koperasi yang berminat.

Presiden ANGKASA, Dato Abdul Fattah Abdullah ketika berucap merasmikan pejabat maya tersebut berkata, kemudahan tersebut diwujudkan dengan matlamat untuk meningkatkan tahap pengurusan dan imej koperasi. Ruang pejabat maya tersebut dilengkapi dengan pelbagai peralatan, selain boleh disewa mengikut pakej sama ada mingguan, bulanan dan tahunan.

22 PELANCAR November 2018

November 2018 PELANCAR

23

JPAN Pahang Zon 1

Koperasi Kongsi Pembangunan Wilayah Kota Padang

HAJI MOHD ZAHIDI HAJI HUSAIN Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Pahang Zon 1

Oleh : SUBAIZAH BAHARUDDIN Pegawai ANGKASA Pahang Zon 1

Sekumpulan 38 delegasi koperasi termasuk barisan Jawatankuasa dan kakitangan yang mewakili Perhubungan ANGKASA Pahang Zon 1 telah menjayakan sesi lawatan ke Wilayah Kota Padang & Bukit Tinggi di Sumatera Barat, Indonesia bagi meninjau perkembangan dan potensi yang ada di wilayah tersebut untuk dikongsi bersama dengan koperasi di Malaysia khususnya di Negeri Pahang.

Kota Padang yang merupakan ibu kota Wilayah Barat terletak di pantai barat pulau Sumatera dan sememangnya dikenali sebagai sebuah destinasi pelancongan selain aktif dalam aktiviti perniagaan termasuk yang diurus atau disediakan oleh koperasi. Pengisian utama program adalah dengan menjayakan sesi lawatan penanda aras ke tiga buah koperasi yang berpusat di wilayah tersebut iaitu Koperasi UKM Hajah Rosma yang menjalankan perusahaan sulaman, Koperasi Karyawan Kiniko dan Koperasi UKM Ummi Alfa yang menjalankan perusahaan kerepek dan beraneka makan ringan. Koperasi UKM Ummi Alfa merupakan sebuah koperasi

Indonesia. Sokongan kerajaan baik dari segi kewangan, pemasaran dan infrastruktur dapat dilihat di wilayah berkenaan dan sekaligus dapat membantu merancakkan perniagaan koperasi. Kawasan di Bukit Tinggi juga terkenal dengan aktiviti pertanian dan hampir 100% digunakan bagi aktiviti pertanian seperti tanaman ubi, sayur-sayuran dan padi. Hasil pertaniannya pula berkualiti tinggi berikutan keadaaan muka bumi dari segi PH tanahnya sangat baik untuk pertanian selain kurang menggunakan bahan kimia untuk mengekalkan kualiti sayuran. Hasil pertanian yang berkualiti tinggi itu turut mempengaruhi kualiti penghasilan

yang berjaya dan menjadi platform untuk anggotanya untuk memasarkan produk masing-masing ke dalam pasaran khususnya di Wilayah Kota Padang. Di samping itu, sokongan serta bantuan agensi kerajaan dalam membantu dan menggalakan perusahaan khususnya industri kecil dan sederhana (IKS) semakin berkembang maju dan menjadi antara perusahaan terpenting di

» Melawat pusat jualan milik Koperasi UKM Ummi Alfa.

24 PELANCAR November 2018

Selain diterangkan tentang perkembangan dan tadbir urus koperasi, delegasi juga turut dibawa meninjau ke pusat jualan produk koperasi dan melihat sendiri pendekatan yang dijalankan oleh koperasi tersebut seperti jenis produk, teknik susun atur, pembungkusan dan promosi. Koperasi yang turut serta dalam program lawatan tersebut adalah Koperasi Keluarga Haji Husain Dan Hajah Khamesah Pahang Berhad, Koperasi Kariah Masjid Al-Khairiah Batu Tujuh Kuantan Berhad, Koperasi Perumahan Guru- Guru Melayu Pahang Timur Berhad, Koperasi Pemasaran Kumpulan Pengembangan Wanita Pahang Berhad, Koperasi Pengguna Pahang Berhad, Koperasi Warisan Penghulu Pahang Berhad, Koperasi Warga Emas Daerah Kuantan

Berhad, Koperasi Pembangunan Daerah Kuantan Berhad, Koperasi Mukim Pulau Rusa Berhad, Koperasi Kawasan Paya Besar Berhad dan Koperasi Peserta-Peserta Felcra Gugusan Pahang Tenggara Berhad.

kerepek dan makanan ringan yang dihasilkan oleh Koperasi UKM Ummi Aufa kerana produk yang dihasilkan tidak menggunakan pengawet.

Prinsip-prinsip koperasi yang diguna pakai oleh koperasi di Malaysia dan Indonesia adalah sama seperti berikut : l Koperasi dikawal, diurus dan ditadbir dengan tanggungjawab sepenuhnya oleh anggota. l Koperasi ditadbir dengan efisien oleh kakitangan yang berpengalaman, terlatih dan profesional di bawah jagaan Anggota Lembaga Koperasi. l Sentiasa berpegang kepada prinsip kebertanggungjawaban, tadbir urus yang baik, beretika dan bertindak sebagai ‘ role model ’ kepada koperasi lain. Pematuhan terhadap penggunaan perkhidmatan yang berkonsepkan ‘ Joint-Use ’. l Mengintegrasikan operasi dan pengeluaran produk berdasarkan keperluan dan kehendak anggota.

» Antara produk yang dijual oleh koperasi

November 2018 PELANCAR

25

Perluas Peranan JPAN Oleh : NADIAH KAMARUDIN

Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri atau ringkasnya JPAN memainkan peranan yang begitu signifikan dalam membantu ANGKASA berfungsi dengan jayanya sebagai badan apeks gerakan koperasi negara.

Dato’ Haji Kamarudin Ismail Timbalan Presiden ANGKASA

Tidak dinafikan JPAN memikul tanggungjawab yang besar bukan sekadar tertumpu kepada perkhidmatan yang disediakan ANGKASA seperti perkhidmatan potongan gaji, malah turut memastikan pembangunan sosioekonomi koperasi ahli sentiasa berada di landasan yang sepatutnya menerusi pelbagai bentuk khidmat dan latihan anjuran ANGKASA. Demikian antara inti pati ucapan yang disampaikan oleh Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail sewaktu berucap merasmikan Kursus Khas JPAN Zon Timur di Terengganu, baru-baru ini. Kursus tersebut telah disertai seramai 65 peserta yang terdiri daripada Anggota Lembaga dan Ahli Jawatankuasa JPAN negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang Zon 1 hingga 3. Menurut beliau, pendekatan ekonomi yang sering berubah terutamanya dalam menghadapi kesan penggunaan teknologi digital telah menyebabkan sesetengah koperasi khususnya koperasi di luar bandar berasa ketinggalan khususnya dalam aspek persaingan dan juga harga.

Justeru, JPAN perlu sentiasa prihatin terhadap perkembangan pasaran semasa selain meluaskan ruang lingkup peranannya dengan membantu koperasi memperkasa pembangunan ekonomi digital bagi meneruskan kelangsungan sekaligus menjana hasil yang sepatutnya. Seiring dengan peningkatan jumlah koperasi dan keahliannya dalam ANGKASA, JPAN perlu melengkapkan tenaga kerjanya dengan melengkapkan Anggota Lembaga serta kakitangan yang berkelayakan dan mahir dalam menangani cabaran ekonomi koperasi selain mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang terutamanya perniagaan. Anggota Lembaga yang mahir dalam selok belok perniagaan mampu menjana tadbir korporat secara lebih mantap dan memberi impak lebih berkesan ke arah mencapai kejayaan seperti yang dihasratkan.

26 PELANCAR November 2018

Wilayah Persekutuan

Program Khidmat Masyarakat Terus Diperkasa ANGKASA komited untuk memperbanyakkan lagi penganjuran program khidmat masyarakat termasuk membantu golongan gelandangan dengan harapan dapat mengubah nasib dan masa hadapan golongan tersebut menjadi lebih baik. Oleh : RAHMAT MOHD DID Sejajar dengan pegangan prinsip ketujuh koperasi iaitu ‘Berprihatin terhadap masyarakat’, golongan gelandangan tidak sewajarnya diabaikan dan perlu sentiasa dibantu. Ada di antara mereka memiliki ilmu dan kemahiran tertentu yang mungkin boleh dimanfaat dan diketengahkan sekiranya diberi peluang dan sokongan.

November 2018 PELANCAR

27

Kemahiran yang dimiliki sekiranya dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya, seseorang individu itu mampu memperoleh pekerjaan yang sesuai selain boleh menjadikannya sebagai asas untuk menimba lebih banyak ilmu tentang keusahawanan. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, ANGKASA melalui Sektor Pembangunan Komunitinya sedia memberi dorongan dan juga bantuan demi membantu golongan gelandangan yang mahu meningkatkan taraf hidup mereka menerusi saluran koperasi.

Menurut beliau, ilmu dan kemahiran yang dimiliki seperti menjahit, bertukang, memasak dan sebagainya boleh dijadikan sebagai pendorong kepada mereka untuk meningkatkan pendapatan menerusi pekerjaan tambahan yang akhirnya mampu mengubah taraf hidup mereka. Program anjuran bersama Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI) iaitu sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang bertanggungjawab menyelaras Pusat Khidmat Sementara Gelandangan ini boleh dijadikan sebagai landasan kepada lebih banyak lagi penganjuran program yang sama di seluruh negara.

» Sumbangan juga turut diberikan kepada anak-anak gelandangan.

Haji Zulkifli Jamaludin Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Wilayah Persekutuan

28 PELANCAR November 2018

“Program seumpama ini juga dapat memberi peluang kepada ANGKASA untuk mendekati dan menunaikan tanggungjawab sosial keada masyarakat yang tidak berkemampuan selain memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan membantu golongan yang memerlukan,” katanya lagi. Beliau berkata demikian sewaktu sidang media selepas menyerahkan bantuan makanan kepada lebih 300 orang gelandangan dalam Program Tautan Kasih Bersama Gelandangan anjuran Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Wilayah Persekutuan di Pusat Khidmat Sementara Gelandangan di Lorong Medan Tuanku 2, Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Naib- Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dr Mohd Azlan Yahya dan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa; Pengerusi JPAN Wilayah Persekutuan, Haji Zulkifli Jamaludin dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya.

» Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (kanan) turut menyampaikan sumbangan.

» Merakam kenangan bersama aktivis PERTIWI.

November 2018 PELANCAR

29

Sarawak

Bantu Pertingkat Hartanah Jalinan Kerjasama Antara Koperasi Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

Haji Usuf Bin Haji Samah @ Abu Samah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Sarawak

» Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree bergambar bersama peserta.

Program Pembangunan Jaringan Perniagaan Hartanah Koperasi mampu menjadi penanda aras kepada matlamat pemerkasaan sektor hartanah dan pembinaan koperasi di samping memberi galakan agar terus aktif menceburi sektor

perniagaan secara berimpak tinggi. Menerusi program yang dianjurkan, peserta boleh meraih pelbagai bentuk manfaat khususnya yang berkaitan dengan potensi dan juga peluang-peluang yang tersedia melalui penglibatan secara langsung dalam aktiviti perniagaan sektor hartanah dan industri binaan. Dalam konteks seperti itu, jalinan kerjasama antara koperasi juga boleh dipergiat ke arah meluaskan jaringan kerjasama strategik selaras dengan Prinsip Keenam Koperasi iaitu ‘Kerjasama Antara Koperasi’.

ANGKASA menerusi Sektor Pembangunan Hartanah terus komited merangsang koperasi menjalankan perniagaan ke arah meningkatkan skala ekonomi seterusnya memberi lonjakan besar kepada kemajuan gerakan koperasi. Bagi tujuan tersebut, Program Pembangunan Jaringan Perniagaan Hartanah Koperasi Negeri Sarawak telah dianjurkan oleh ANGKASA selama dua hari bertempat di Hotel Merdeka Palace, Kuching, September lalu. Program yang dirasmikan oleh Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa turut menyaksikan kehadiran peserta seramai 52 orang yang mewakili koperasi berasaskan hartanah dan industri binaan.

30 PELANCAR November 2018

Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16 Page 17 Page 18 Page 19 Page 20 Page 21 Page 22 Page 23 Page 24 Page 25 Page 26 Page 27 Page 28 Page 29 Page 30 Page 31 Page 32 Page 33 Page 34 Page 35 Page 36 Page 37 Page 38 Page 39 Page 40 Page 41 Page 42 Page 43 Page 44 Page 45 Page 46 Page 47 Page 48 Page 49 Page 50 Page 51 Page 52 Page 53 Page 54 Page 55 Page 56 Page 57 Page 58 Page 59 Page 60 Page 61 Page 62 Page 63 Page 64 Page 65 Page 66

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease