Menurut BNM, terdapat tiga faktor yang menyumbang kepada ketidakmampuan memiliki kediaman; ketidaksepadanan antara bekalan dan permintaan rumah, kadar peningkatan pendapatan isi rumah lebih rendah daripada kadar kenaikan harga rumah dan kebanyakan rumah baharu yang dilancarkan ditawar dengan harga yang tinggi. Tiga faktor itulah yang menjadi penghalang kepada usaha memastikan pasaran rumah mampu milik berada dalam kedudukan yang mantap untuk jangka masa yang panjang. Koperasi perlu muncul sebagai antara penyelesai utama kepada isu-isu tersebut, namun begitu mereka juga perlu terlebih dahulu mengambil kira isu dan cabaran dalaman. Sebagai badan puncak gerakan koperasi negara, ANGKASA memandang serius perkara ini memandangkan 6.5 juta daripada keseluruhan jumlah penduduk di Malaysia merupakan anggota koperasi. Pada 11 Oktober lepas, ANGKASA telah mengadakan perbincangan bersama pihak Malaysia Building Society Berhad (MBSB) untuk pembiayaan projek “Coopcity” dan “Coop Home” serta projek KL Sentral Waterfront City. Perbincangan yang telah diadakan di Wisma MBSB, Kuala Lumpur telah disertai oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB, Datuk Seri Ahmad Zaini Othman; Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah; Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa; Ketua Pegawai Eksekutif MyANGKASA Bina Sdn. Bhd., Encik Azman Mat Wajib dan Pengurus Besar Bahagian Pengurusan Aset dan Pembangunan Hartanah, Encik Che Yusuf Che Mustafa. Pelan Pembangunan Sektor Pembangunan Hartanah dan Industri Pembinaan (2016-2020) yang telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia menggariskan empat isu dan cabaran yang dihadapi oleh koperasi dalam sektor ini:
1) Tidak memiliki kepakaran dan teknologi yang mencukupi.
2) Pengecualian pematuhan Akta Pemaju Perumahan ditarik balik pada tahun 2002 dan koperasi perlu mendeposit wang amanah ke dalam Akaun Pemaju Perumahan. 3) Persaingan dari kontraktor swasta yang menyukarkan mendapatkan bekalan bahan binaan dengan harga yang kompetitif. 4) Konsep bina dan jual (build-then sell model) menyekat koperasi daripada menggunakan sumber model dari pembeli.
Buletin Suku Tahunan yang telah diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada suku keempat 2017 pula menyatakan bahawa kemampuan untuk rakyat Malaysia memiliki rumah pada tahun 2016 berada di tahap median multiple 5.0. Berdasarkan kepada standard antarabangsa, median multiple 5.0 ini bermakna perumahan negara sebagai “sangat tidak mampu untuk dimiliki”.
November 2018 PELANCAR
9
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease