Anggota koperasi diharap dapat memberi kerjasama dengan membantu menghebahkan peranan Infaq Lil- Waqf ANGKASA kepada kenalan dan juga saudara terdekat. Usaha tersebut sekiranya dapat dilaksanakan secara lebih menyeluruh, ANGKASA yakin kelestarian sosioekonomi masyarakat akan lebih cemerlang sekaligus dapat membantu asnaf yang benar-benar memerlukan. BANTU KEMBANGKAN DANA INFAQ MENERUSI HEBAHAN SESAMA ANGGOTA KOPERASI
DATUK HAJI MOHAMAD ALI HASAN Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Bahagian Perkhidmatan dan Pembangunan Syariah ANGKASA
Di samping itu, ANGKASA juga turut mengalu-alukan kerjasama strategik dengan syarikat-syarikat, badan-badan korporat serta agensi- agensi yang ingin menyumbang dana CSR melalui Infaq Lil-Waqf. Hasil yang dicapai setakat ini adalah sangat memuaskan menerusi pelbagai pendekatan korporat seperti pendekatan potongan menerusi akaun bank dan sebagainya. Kos rawatan yang tinggi menjadi antara punca kepada berlakunya kepincangan ekonomi khususnya kepada masyarakat luar bandar yang tidak berkemampuan. ANGKASA telah menjadikan
motif tersebut sebagai asas kepada pelaksanaan prinsip koperasi ketujuh iaitu ‘berprihatin kepada masyarakat’ dengan melaksanakan tabung infaq demi membantu meringankan kos sara hidup masyarakat khususnya anggota koperasi. Infaq Lil-Waqf mula dilaksanakan oleh ANGKASA pada tahun 2010 untuk memberi peluang kepada koperasi dan anggotanya, kakitangan koperasi serta orang perseorangan untuk berwakaf sama ada secara tunai atau melalui potongan gaji. Berdasarkan kepada rekod, jumlah kutipan infaq bagi tahun ini sahaja telah mencecah RM12.26 juta dan RM11.6
juta daripadanya telahpun dimanfaatkan. Menerusi dana tersebut, sumbangan terbesar yang telah dijayakan adalah pembelian bangunan taska di Putrajaya bernilai RM4.6 juta dan pembelian satu unit bangunan di Bandar Baru UDA, Johor Bahru. Bangunan tersebut disewakan dan hasil sewaan diagihkan untuk manfaat kesihatan, pendidikan dan sebagainya.
Dana ini juga turut digunakan untuk
membiayai kos anak-anak yatim dan asnaf di bawah Pusat Jagaan Darul Sakinah yang diasaskan ANGKASA.
14 PELANCAR November 2018
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease