Wadah PELANCAR Edisi November 2018

MyANGKASA Dialisis SASAR JARINGAN PERKHIDMATAN LEBIH MELUAS

MyANGKASA Dialisis Sdn. Bhd. mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan dua buah mesin dialisis daripada manfaat dana Infaq Lil-Waqf ANGKASA bernilai RM77,600. Bantuan rawatan kepada pesakit dialisis yang ditanggung sepenuhnya menggunakan hasil manfaat dana itu dapat meringankan beban kos rawatan selain meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pesakit.

HAJI MOHAMAD AZMI OMARUDDIN Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah MyANGKASA Dialisis Sdn. Bhd.

Insya-Allah pada suku kedua 2019, pusat dialisis MyANGKASA di Temerloh akan menambah bilangan mesin dialisis kepada sekurang kurangnya 12 buah untuk menampung permintaan yang tinggi daripada masyarakat setempat. Ketika ini, pusat dialisis MyANGKASA Temerloh mampu merawat sehingga 48 pesakit dengan mengoperasikan sembilan buah mesin yang ada. ANGKASA melalui anak syarikatnya MyANGKASA Dialisis Sdn. Bhd. akan terus membantu koperasi yang berminat untuk

menceburi bidang rawatan dialisis sebagai salah satu cabang perniagaan koperasi. ANGKASA juga telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan satu jaringan coop dialisis yang dimiliki koperasi. Sehingga kini, terdapat tujuh buah pusat dialisis yang bernaung di bawah jaringan tersebut dan mempunyai pesakit seramai 300 orang. Menerusi penglibatan anak syarikat seperti ini, aktiviti perniagaan akan dapat diperluas dengan pendekatan yang lebih ekonomik dan cekap. Dalam tempoh lima tahun sekiranya koperasi di seluruh negara dapat mengambil peluang untuk sama-sama terlibat dalam

menjayakan aktiviti tersebut, jaringan perkhidmatan dialisis koperasi akan berupaya memberi impak positif secara lebih menyeluruh sekaligus memberi manfaat kepada masyarakat khususnya pesakit dalam kalangan anggota koperasi di negara ini. Melalui penglibatan koperasi dalam perniagaan ini, sumbangan yang dapat diberi akan lebih besar dan bermakna demi kelestarian anggota dan masyarakat selain dapat memberi sumbangan kepada pembangunan sosioekonomi koperasi dan juga negara.

November 2018 PELANCAR

15

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease