Wadah PELANCAR Edisi November 2018

» Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah (tiga dari kiri) dan Datuk Shahrin Zahari (tiga dari kanan) menunjukkan perjanjian kerjasama yang telah ditandatangani antara ANGKASA dan Syarikat Sukaniaga Sdn. Bhd. Turut hadir Haji Mohamad Azmi Omaruddin (dua dari kiri) dan Encik Mohamad Darulnizam Mat Darus (paling kiri).

LEADS Bantu Pertingkat Kualiti Proses Pinjaman

Oleh : NOR AZAH ABD. AZIZ

Usaha untuk menambah baik sistem pengurusan pinjaman koperasi terus diperhebat menerusi pendekatan baharu berasaskan Platform Rujukan Pangkalan Data (LEADS).

LEADS yang dibangunkan oleh pihak Sukaniaga kepada semua koperasi kredit yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) merupakan suatu kaedah iaitu sistem permohonan dan pinjaman dapat dilakukan secara cepat, efisien dan telus, selain melengkapkan persekitaran proses kepada kaedah digital. Sistem itu juga mampu mengurangkan beban berlebihan dalam rantaian proses pinjaman dan membantu memberi perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan. Atas dasar tersebut, ANGKASA dan Syarikat Sukaniaga Sdn. Bhd. telah menandatangani perjanjian kerjasama (MoU) bagi mempromosikan LEADS dalam program-program anjuran Sektor Kewangan ANGKASA. Susulan daripada perjanjian tersebut, taklimat mengenai LEADS telah disampaikan kepada koperasi-koperasi kredit

sekitar bulan September di negeri Melaka. Program Rangsangan Modal Sektor Koperasi Zon Selatan pula telah diadakan di Klang pada pertengahan Oktober dan Program Rangsangan Modal Sektor Koperasi di peringkat Zon Utara berlangsung di Pulau Pinang pada akhir bulan Oktober 2018. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, kerjasama yang terjalin itu diharap dapat memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak dan koperasi yang terlibat. Turut hadir pada majlis memeterai MoU tersebut ialah Naib Presiden ANGKASA, Haji Mohamad Azmi Omaruddin; Ketua Pegawai Eksekutif Sukaniaga, Datuk Shahrin Zahari dan Pengurus Besar Bahagian Perkhidmatan Kredit & Kewangan dan Sektor Kewangan ANGKASA, Encik Mohamad Darulnizam Mat Darus.

18 PELANCAR November 2018

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease