Wadah PELANCAR Edisi November 2018

DARI MEJA PRESIDEN

SIDANG PENGARANG

Presiden Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah

Timbalan Presiden Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail

Naib Presiden Datuk Haji Mohamad Ali Hasan Haji Mohamad Azmi Omaruddin Dr. Mohd. Azlan Yahya Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa Panel Penasihat Editorial Dato’ Haji A. Aziz Deraman Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah

Salam Sejahtera

Secara umumnya, apabila melihat kepada kesungguhan dan ketekunan perwakilan koperasi yang hadir dalam sesebuah program sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa, terlintas sejenak di fikiran, sejauh manakah pendekatan tadbir urus yang mahu diketengahkan, menerusi pelbagai pembentangan dan perbincangan itu dapat memberi impak kepada proses membangunkan agenda ekonomi koperasi khususnya koperasi di negara kita. Pelbagai jemputan khususnya di peringkat antarabangsa telah dipenuhi oleh ANGKASA dan menerusinya, banyak agenda ekonomi telah dibentangkan demi meningkatkan sinergi pengurusan koperasi. Berbekalkan kepada rumusan dan keputusan yang dipersetujui, jalinan ekonomi yang kukuh antara negara menjadi semakin kuat dan kelebihan seperti ini sekiranya tidak dimanfaatkan, prestasi sektor koperasi pasti tidak mampu berkembang dan tidak berupaya memberi daya saing yang sewajarnya di pasaran. Namun, apabila melihat kembali kepada matlamat asas ANGKASA iaitu mahu merangsang dan membangunkan perniagaan koperasi di Malaysia, saya merasakan masih ada beberapa perkara yang mungkin boleh dikongsi secara bersama dan perlu segera ditangani oleh koperasi. Sudah tiba masanya koperasi menceburi bidang ekonomi berskala tinggi yang mempunyai potensi eksport berasaskan kepada faktor permintaan dan penawaran yang sangat tinggi ketika ini. Menerusinya, ANGKASA dapat membantu koperasi merealisasikan hasrat tersebut menerusi kempen pemasaran di luar negara sekiranya koperasi tersebut memiliki prasarana dan kualiti produk atau perkhidmatan yang selayaknya untuk diketengahkan. Koperasi juga boleh mengambil kesempatan terhadap penganjuran persidangan atau program antarabangsa dengan cara menghantar sendiri wakil mereka bagi tujuan mempromosikan produk atau perkhidmatan koperasi secara lebih khusus. ANGKASA sedia membantu dengan menyediakan platform sokongan seperti penyediaan ruang pameran namun tugas untuk memperkenal dan mempromosi harus dijalankan oleh wakil koperasi itu sendiri bagi menzahirkan impak yang lebih kuat. Di samping itu, brosur atau katalog perniagaan koperasi juga boleh disediakan oleh koperasi untuk dibawa oleh ANGKASA bagi disebarkan di luar negara menerusi penggunaan pelbagai bahasa. Selain bahasa Inggeris, bahasa Jepun, Korea, Arab, Mandarin dan Perancis juga boleh disediakan. Secara tidak langsung, perwakilan luar yang berkaitan akan dapat membaca dan ini mungkin dapat memberikan kesan langsung kepada hasrat mereka untuk membeli produk atau perkhidmatan koperasi tersebut. Akhirnya kepada koperasi yang mahu mendapatkan gambaran secara lebih jelas tentang peluang dan potensi yang ada di pasaran luar, bolehlah menghubungi ANGKASA dan kami sedia memberi kerjasama bagi membantu melestarikan ekonomi gerakan koperasi.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Haji Nasir Khan Yahaya

Pengurus Besar Bahagian Sekretariat Halim Haji Ibrahim

Pengurus Mohd Zakuan Azmi

Penolong Pengarang Nor Azah Abd. Aziz Wan Adlina Wan Ab. Aziz

Pegawai Media Sosial Nadiah Kamarudin

Pereka Grafik Faizatulliza Mohd. Nor

Pemberita / Jurugambar Rahmat Mohd. Did Aizal Azizan Sajari Pruf Dan Rekaletak Haji Anuar Ismail Datin Hajah Fauziah Zainal

Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Sekretariat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com

Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd.

November 2018 PELANCAR

1

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease